Pages

MaSYgHuL (SuKa DuKa) HaTiKu.........

HiDuPku........PeRjaLaNaNku.........DeStinAsiku......

Muqaddimah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم (Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm)

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

My Life......Hidupku
My Journey......Perjalananku
My Destinations..........Destinasiku

Sedihku sakitku ku terima,Ku rela ku pasrah jalanku,Ini suratan aku dicuba,Demi rahmat-Mu ku memohon

Kenapa susah untuk memaafkan dan kenapa susah lagi untuk melupakannya....

Sunday, March 25, 2012

MeMaNciNg di LuMut PeRtaMa kaLi di TaHuN 2012...

            Sama seperti tiap-tiap tahun dah lebih kurang 3 tahun kebelakangan nie tempat yang selalu kami tuju ialah Coral Fishing Chalet kat Lumut..untuk tahun 2012 nie adalah pertama kali gi sini untuk memancing..dari aku tak minat n suka mancing akhirnya nie jadi kesukaan aku lak..nie sebab abang ipar aku sorang nie giler memancing sampai la giler tu sampai kepada anak-anak dia so giler nie sampai lak kat aku ngn kak nurul aku yang sorang nie..dia pun dari tak minat jadi minat nak memancing mana nya tak nie kali pertama dia dapat ikan besar ikan siakap lak tu..ada la kat 1kg kot..nanti aku tunjuk gambar ikan siakap tu kat bawah k...


                Kat atas nie adalah rupa kat dalam chalet tu..ok la selesa jugak ada 2 bilik dalam satu chalet muat la untuk kami yang kat 10 orang nie kan padat tapi best la dapat mancing..semua menghilangkan ketagih memancing termasuk aku..hehehe.........


                   Aktiviti kami pabila sampai kat Chalet tu di masa panas terik mengambang kui 12 tengahari ialah cari tiram..sedih dapat la dalam 10 ekor tiram ja..ingat leh dapat banyak dalam semangkuk macam tu seperti orang yang kami tengok dia dapat tiram untuk aktiviti mancing kami tahun lepas..mungkin kami tak sepandai orang tu so tak dapat la nak rasa tiram nie....anak buah aku iki yang sorang nie giler nak cari tiram nie bertungkus lumus ar mencari tapi kecewa kerana tak pandai nak teka yang mana satu tiram yang mana satu kulit tiram yang tak dak isi, heheee..........so aktiviti mengorek tiram terpaksa di hentikan coz kami semua tak pakar untuk mengorek dan mengenali yang mana satu tiram yang boleh dikorek, hehehe...........

                    Memandangkan pencarian tiram terpaksa kami hentikan, so kami meneruskan aktiviti kebiasaan kami iaitu memancing.......hurray...wah nie pertama kali aku dapat 3 ekor ikan kerapu seekor besar tapi tak besar mana sangat pun seperti gambar kat atas nie pas tu 2 ekor kerapu kecik ja tapi manis jugak la bila mak masak wat steam.....makan ikan yang dapat sendiri tu lebih memberikan kegembiraan dan puas ati untuk aku, manis kerapu tu lebih terasa coz mancing ngan tangan sendiri.......suka nya....

               Kat atas nie adalah antara ikan yang kami dapat masa mancing kat situ untuk 2 hari 1 malam di Coral Fishing Chalet..hehee...untuk sesapa nak try leh ar cari website dia...kerapu singa pun banyak...yang siakap besar tu la akak nurul aku dapat..yang ikan daun baru tu adik bongsu aku yang dapat manakala ikan ebek tu abang ipar aku dapat..hehee......bila lagi nak gi mancing kat situ lagi ek abang rosli..best ooooo...........

4 comments:

Moon said...

Wahh bestnya mancing ;) cari tiram lagi tu..aktiviti menyeronokkan...
Salam kenal :)Kalau sudi follow lah blog saya ya... Saya masih baru lagi

Nor Ainun Mansor said...

hai.....cari tiram pun dapat sikit ja pun...memancing bersama keluarga..hehee......try la nanti gi sana......best

Unknown said...

Salam. Tompang tanya.

1. Kerapu singa tu boleh sentuh dan boleh makan ka? Tak beracun? Saya pancing pernah dapat ikan tu tapi x brani sentuh takut kalau beracun.

2. Coral fishing chalet tu 1 malam berapa RM? Dari tingkap bilik boleh terus pancing? Teringin sgt2 nak pi.

3. Mcm mana nk korek tiram? Pisau? Cari celah batu je?

Nor Ainun Mansor said...

Bill Imy - kerapu singa tu sentuh ok ja..boleh ja makan..beracun tapi tak tau racun tu ada kat mana so klu nak makan elok potong ja kepala dia pas tu buang kulit dia pas tu baru leh wat sup atau goreng...orang ckap kerapu singa elok untuk lelah n asthma..ntah la betoi ka tak..
Coral Fishing tu harga tak tetap...dulu pi rm250 pas tu naik rm300..ntah la kena selalu tnya...bkn dari tingkap chalet boleh pancing tp kena kuar dari chalet pas tu depa ada sediakan tempat untuk mancing depan chalet atas air...try la pi best...
Kami korek tiram pkai pahat tajam tuh tp tak dapat byk pun coz tak pandai..hehee...atas batu ja ada tp bila air surut baru dapat tengok tiram tuh....

Post a Comment