Pages

MaSYgHuL (SuKa DuKa) HaTiKu.........

HiDuPku........PeRjaLaNaNku.........DeStinAsiku......

Muqaddimah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم (Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm)

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

My Life......Hidupku
My Journey......Perjalananku
My Destinations..........Destinasiku

Sedihku sakitku ku terima,Ku rela ku pasrah jalanku,Ini suratan aku dicuba,Demi rahmat-Mu ku memohon

Kenapa susah untuk memaafkan dan kenapa susah lagi untuk melupakannya....

Monday, February 28, 2011

Selamat Pengantin Baru.......

Selamat Pengantin Baru
Diyana & Hafizi
Ahad, 27 Februari 2011 di Hotel Seri Malaysia, Kulim, Kedah


Kad Jemputan Kahwin (depan) Kalau sapa tak tau Jalan nak pi Hotel Seri Malaysia bleh la zoom tengok peta dalam kad Jemputan ni......

Kad Jemputan (dalam)


Amboi....seronok tengok adik-adik ne staff Hotel Seri Malaysia melayan tetamu dan kami semua dengan senyuman manis depa......bagus jugak depa ne......

Ne ha gambar pengantin baru tu...Diyana dan suami Hafizi tengah makan beradab....yang jadi pengapit pengantin ne nama dia Azila Morad dan suami.....


Ne gambar Ita dan suami Azhar driver kami  untuk ke Majlis Kahwin tersebut....Terima Kasih Azhar hantar kami ke sini...

Gadis yang bertudung n berbaju biru tu la aku (kanan), yang tengah tu Fahida dan hjung sekali tu Sara nama dia...kami bertiga ne bujang lagi..hahahaa.....



 KLINIK HAZLIM SEBERANG JAYA


Sebelum pi Kenduri Kahwin Diyana, aku ngan akak pi Klinik dulu tp bukan klinik orang tapi klinik haiwan.  Klinik ne nama dia Klinik Haiwan Hazlim kat Seberang Jaya. Aku ngan akak pi bawak Shibie untuk dimandulkan dan Shiro untuk di cukur bulu ekor dia yang makin hari semakin berminyak ja....Doktor kata disebabkan Shiro ne Kucing Jantan so kat bulu ekor dia tu akan keluar sejenis minyak untuk memberikan kelebihan kepada Shiro sebagai kucing jantan dan juga sebagai penanda yang Shiro ne dah bersedia untuk mengawan...hahahaa....Shiro ne bulu dia warna putih so minyak tu wat bulu dia jadi tak cantik....Shiro juga penternak kutu yang berjaya, hahhaaa........Selepas dicukur bulu ekor dia doktor sapu lak seluruh badan Shiro dengan ubat kutu yang jenis spray untuk membunuh semua kutu tu dan menjejaskan peternakan kutu di badan Shiro. Shibie lak terpaksa tinggal dengan doktor selama 3 hari 2 malam untuk menginap di Klinik Hazlim tu untuk melakukan pembedahan untuk memandulkan dia...cian Shibie..pas ne dia dah tak dak nafsu untuk mengawan lagi dan yang dia ada hanya nafsu makan.....lepas ne Shibie akan makin gemuk la....


Depan Klinik Haiwan Hazlim ne tercatat la waktu beroperasi Klinik ne.....Jumaat dan Hari Cuti Kelepasan Am Klinik nie tutup....Klinik ne ramai orang pi kerana bersih dan dapat layanan terbaik daripada Doktor Hazlim sendiri dan seorang lagi nama dia Doktor Tina....Bagus betoi doktor dua orang nie memang sekali pi akan tertarik untuk datang lagi....Kucing pun akan semakin sihat lepas jumpa doktor nie......harga kat sini pun berpatutan la dengan service yang diterima......Pembela Kucing dari Sungai Petani dan Kawasan Pulau pun ada yang datang ke sini untuk mendapatkan perkhidmatan kat sini... Kalau Doktor Tina yang jaga memang dia akan bagi tips-tips terbaik untuk penjagaan kucing kita....

0 comments:

Post a Comment