Pages

MaSYgHuL (SuKa DuKa) HaTiKu.........

HiDuPku........PeRjaLaNaNku.........DeStinAsiku......

Muqaddimah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم (Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm)

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

My Life......Hidupku
My Journey......Perjalananku
My Destinations..........Destinasiku

Sedihku sakitku ku terima,Ku rela ku pasrah jalanku,Ini suratan aku dicuba,Demi rahmat-Mu ku memohon

Kenapa susah untuk memaafkan dan kenapa susah lagi untuk melupakannya....

Sunday, February 20, 2011

MAULIDUR RASUL 1432H / 2011M

Salam Maulidur Rasul untuk semua..... Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432 H / 2011 M peringkat kebangsaan telah diadakan pada 15 Februari 2011 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya yang bertemakan " 1 Malaysia 1 Ummah".  Manakala kami di Pulau Pinang bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kecemerlangan Ummah". Wasatiyyah atau kesederhanaan menurut Dr. Yusuf al-Qadrawi membawa pengertian "adil, konsisten, aman, lambang kebaikan, kekuatan dan tunjang kesatuan." Apa pun kita tengok dulu makna Maulidur Rasul mengikut Wikipedia, eksiklopedia bebas...

Maulidur Rasul
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


KENDURI MAULIDUR RASUL DI MASJID TUAN ABDULLAH, TANAH LIAT

Kenduri yang pertama pada hari Sabtu 19.02.2011 ialah kat Masjid Tuan Abdullah, Tanah Liat Bukit Mertajam. Tiap-tiap tahun Masjid nie akan mengadakan Kenduri Maulidur Rasul. Seperti biasa macam kenduri kahwin la...Kenduri nie start kui 1 petang untuk wanita dan 12 tghari untuk lelaki.



KENDURI MAULIDUR RASUL DI SURAU HAJI PUTEH, SUNGAI SEMAMBU

Kenduri yang kedua di bawah ne pada Hari Ahad, 20hb Februari 2011 kat Surau Haji Puteh, Sungai Semambu...Kenduri nie start kui 12 tghari. Lauk kat sini lagi banyak dan yang paling best sekali makan hidang atas meja sendiri..fuh..best dan sedap.......Jom layan gambar kat bawah nie...






Lepas makan Kenduri Maulidur Rasul kat Surau Haji Puteh, akak apa lagi wat grooming kat kucing-kucing comel kat rumah.....tengok kat bawah nie bukan senang nak buh tiga-tiga ekor sekali satu tempat..tapi kali nie nasib tiga-tiga ekor nie sporting pulak dah walaupun meragam juga, gaya macam marah antara satu sama lain...apa pun dapat  jugak aku snap gambar ketiga-tiga ekor nie dengan bantuan akak.....







0 comments:

Post a Comment