Pages

MaSYgHuL (SuKa DuKa) HaTiKu.........

HiDuPku........PeRjaLaNaNku.........DeStinAsiku......

Muqaddimah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم (Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm)

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

My Life......Hidupku
My Journey......Perjalananku
My Destinations..........Destinasiku

Sedihku sakitku ku terima,Ku rela ku pasrah jalanku,Ini suratan aku dicuba,Demi rahmat-Mu ku memohon

Kenapa susah untuk memaafkan dan kenapa susah lagi untuk melupakannya....

Monday, February 28, 2011

Selamat Pengantin Baru.......

Selamat Pengantin Baru
Diyana & Hafizi
Ahad, 27 Februari 2011 di Hotel Seri Malaysia, Kulim, Kedah


Kad Jemputan Kahwin (depan) Kalau sapa tak tau Jalan nak pi Hotel Seri Malaysia bleh la zoom tengok peta dalam kad Jemputan ni......

Kad Jemputan (dalam)


Amboi....seronok tengok adik-adik ne staff Hotel Seri Malaysia melayan tetamu dan kami semua dengan senyuman manis depa......bagus jugak depa ne......

Ne ha gambar pengantin baru tu...Diyana dan suami Hafizi tengah makan beradab....yang jadi pengapit pengantin ne nama dia Azila Morad dan suami.....


Ne gambar Ita dan suami Azhar driver kami  untuk ke Majlis Kahwin tersebut....Terima Kasih Azhar hantar kami ke sini...

Gadis yang bertudung n berbaju biru tu la aku (kanan), yang tengah tu Fahida dan hjung sekali tu Sara nama dia...kami bertiga ne bujang lagi..hahahaa.....



 KLINIK HAZLIM SEBERANG JAYA


Sebelum pi Kenduri Kahwin Diyana, aku ngan akak pi Klinik dulu tp bukan klinik orang tapi klinik haiwan.  Klinik ne nama dia Klinik Haiwan Hazlim kat Seberang Jaya. Aku ngan akak pi bawak Shibie untuk dimandulkan dan Shiro untuk di cukur bulu ekor dia yang makin hari semakin berminyak ja....Doktor kata disebabkan Shiro ne Kucing Jantan so kat bulu ekor dia tu akan keluar sejenis minyak untuk memberikan kelebihan kepada Shiro sebagai kucing jantan dan juga sebagai penanda yang Shiro ne dah bersedia untuk mengawan...hahahaa....Shiro ne bulu dia warna putih so minyak tu wat bulu dia jadi tak cantik....Shiro juga penternak kutu yang berjaya, hahhaaa........Selepas dicukur bulu ekor dia doktor sapu lak seluruh badan Shiro dengan ubat kutu yang jenis spray untuk membunuh semua kutu tu dan menjejaskan peternakan kutu di badan Shiro. Shibie lak terpaksa tinggal dengan doktor selama 3 hari 2 malam untuk menginap di Klinik Hazlim tu untuk melakukan pembedahan untuk memandulkan dia...cian Shibie..pas ne dia dah tak dak nafsu untuk mengawan lagi dan yang dia ada hanya nafsu makan.....lepas ne Shibie akan makin gemuk la....


Depan Klinik Haiwan Hazlim ne tercatat la waktu beroperasi Klinik ne.....Jumaat dan Hari Cuti Kelepasan Am Klinik nie tutup....Klinik ne ramai orang pi kerana bersih dan dapat layanan terbaik daripada Doktor Hazlim sendiri dan seorang lagi nama dia Doktor Tina....Bagus betoi doktor dua orang nie memang sekali pi akan tertarik untuk datang lagi....Kucing pun akan semakin sihat lepas jumpa doktor nie......harga kat sini pun berpatutan la dengan service yang diterima......Pembela Kucing dari Sungai Petani dan Kawasan Pulau pun ada yang datang ke sini untuk mendapatkan perkhidmatan kat sini... Kalau Doktor Tina yang jaga memang dia akan bagi tips-tips terbaik untuk penjagaan kucing kita....

Sunday, February 20, 2011

MAULIDUR RASUL 1432H / 2011M

Salam Maulidur Rasul untuk semua..... Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432 H / 2011 M peringkat kebangsaan telah diadakan pada 15 Februari 2011 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya yang bertemakan " 1 Malaysia 1 Ummah".  Manakala kami di Pulau Pinang bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kecemerlangan Ummah". Wasatiyyah atau kesederhanaan menurut Dr. Yusuf al-Qadrawi membawa pengertian "adil, konsisten, aman, lambang kebaikan, kekuatan dan tunjang kesatuan." Apa pun kita tengok dulu makna Maulidur Rasul mengikut Wikipedia, eksiklopedia bebas...

Maulidur Rasul
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


KENDURI MAULIDUR RASUL DI MASJID TUAN ABDULLAH, TANAH LIAT

Kenduri yang pertama pada hari Sabtu 19.02.2011 ialah kat Masjid Tuan Abdullah, Tanah Liat Bukit Mertajam. Tiap-tiap tahun Masjid nie akan mengadakan Kenduri Maulidur Rasul. Seperti biasa macam kenduri kahwin la...Kenduri nie start kui 1 petang untuk wanita dan 12 tghari untuk lelaki.



KENDURI MAULIDUR RASUL DI SURAU HAJI PUTEH, SUNGAI SEMAMBU

Kenduri yang kedua di bawah ne pada Hari Ahad, 20hb Februari 2011 kat Surau Haji Puteh, Sungai Semambu...Kenduri nie start kui 12 tghari. Lauk kat sini lagi banyak dan yang paling best sekali makan hidang atas meja sendiri..fuh..best dan sedap.......Jom layan gambar kat bawah nie...






Lepas makan Kenduri Maulidur Rasul kat Surau Haji Puteh, akak apa lagi wat grooming kat kucing-kucing comel kat rumah.....tengok kat bawah nie bukan senang nak buh tiga-tiga ekor sekali satu tempat..tapi kali nie nasib tiga-tiga ekor nie sporting pulak dah walaupun meragam juga, gaya macam marah antara satu sama lain...apa pun dapat  jugak aku snap gambar ketiga-tiga ekor nie dengan bantuan akak.....







Sunday, February 13, 2011

RONDA-RONDA (13.02.2011)

 

Memandangkan Hari Ahad tak kerja....so aku ngan akak aku yang sorang tu kuar la ronda-ronda sambil nak cari makanan untuk kucing kami Shiro, Shibie dan Shiena...... Tiga-tiga ekor ne makan kuat sesangat......
Kedai yang kat Bukit Mertajam ne yang selalu kami pi nama dia Golden Pets Centre.....

 

 Kedai Golden Pets Centre
Kedai Golden Pets Centre terletak di Bukit Mertajam.....Sampai kami kat depan tu ada anak kucing warna putih comel betoi dalam 2 bulan lebih umur dia.....cian dia tak dak orang nak beli lagi tpi memang cute dan manja.......Kedai nie ada jual Royal Canin makanan kucing.....kira harga dia lebih murah la dari Kedai Kucing kat Taman Selasih tapi yang sedihnya makanan untuk Shibie IAMS tak dak dijual kat kedai nie.....so aku ngan akak terpaksa pi Kedai kat Taman Selasih, Kulim pulak...... Kat bawah nie ada gambar kucing cute warna putih tu.......





Kedai Comel Taman Selasih
Kedai Kedua yang kami pi adalah Kedai Comel kat Taman Selasih, Kulim. Kedai ne pun tak jauh sangat dari Bukit Mertajam....Kedai ne besar betoi..macam2 ada jual..makanan, mainan, kucing dan macam-macam lagi untuk keperluan kucing, burung,ikan,anjingd an haiwan lain...Serba serbi kita boleh dapat kat kedai ne untuk haiwan peliharaan kita...ubat, shampoo untuk haiwan pun ada...........




 
Kedai Guan Xiang Enteprise, Taman Selasih

Kedai Guan Xiang Enterprise, Taman Selasih, Kulim ne pulak terletak bersebelahan dengan Kedai Comel yang kat atas ne...... Kedai ne semua ada jugak...Berbanding Kedai Comel Kedai Guan Xiang ne lebih murah harga untuk IAMS dan Science Plan......Kami selalu beli IAMS untuk Shibie kat kedai ne la.......


 

Shibie yang bosan

Hujung minggu apa lagi aku dapat tengok gelagat kucing-kucing kat rumah la....
Kat bawah rupa Shibie tengok dekat gril pintu kawasan luar...
Bila dah kuar rumah dia panjat tembok lak...tengok gelagat Shibie ne........



Tengok apa tu Shibie.....
Nak keluar rumah ka....
Kang hilang lak orang curi.......




Shiena

Tengok gelagat Shiena pulak ne..... duk main bawah meja.....



Tengok apa tu Shiena........ Nak keluar jugak ka.........










Thursday, February 10, 2011

LAGU FAVOURITE AKU WAT MASA NE.......JOM TGK LIRIK DIA.....





INSYALLAH DARI MAHER ZAIN (MALAY VERSION)


Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Friday, February 4, 2011

CaMeRoN HiGhLaNdS.. 8 JaNuAri 2011

Pada hari Sabtu, 8hb Januari 2011..aku dan famili aku termasuk akak aku yang duduk kat puncak alam ke Cameron Highlands, Perak.. Akak datang dari Puncak Alam dan kami dari Pulau Pinang. Tempoh perjalanan kami hampir sama kerana Cameron Highlands nie terletak tengah-tengah antara Pulau Pinang dan Selangor. Dah lama kami semua tak pergi ke Cameron Highlands nie....so semua jadi excited giler la nak pi tapi aku dah pi dengan kawan ofis tahun 2009. Tak banyak berubah sangat la...Jalan baru Simpang Pulai memang sesuai dan selamat...Jalan pun luas......
View album

Kat Cameron highlands nie kami menginap di Casa Della Jarzmin... Apartment nie boleh dilawati di http://www.casadellajarzmin.com/. Kat bawah nie gambar dalam Apartment nie..  Apartment nie ada 3 bilik..besar jugak bilik-bilik dia...puas la kami pi beramai-ramai dan tinggai kat situ.... Harga pun RM250.00 ja satu malam..so kami berkongsi la wang pembayaran dia..... Kami booking untuk 3 hari 2 malam...Yang tak best nya apartment nie kat atas, so kena naik tangga...yang cian nya kat mak aku la, kena panjat tangga sampai tingkat 3..apa la nasib..dah booking terpaksa ja la naik...dapur, gas, peti sejuk siap sedia....apa pun malam kat situ memang sejuk giler la....


ShiEnA KuCiNg Ku....

ShiBiE KuCiNg Ku........

ShiRo KuCiNg AkAk........

MaNdi di ULu PaiP..........

Hari ini kami sekeluarga mandi di Ulu Paip.  Ulu Paip nie terletak kat Kulim, Kedah. Ulu Paip nie tak jauh la dari Kulim Hi-tec Park. Kami bertolak dari rumah kami di Sungai Semambu, Bukit Mertajam lebih kurang pukul 9.00 pagi. Kami melalui BKE Expressway terus ke Kulim Hi Tech dalam 45 minit sampai la kami kat Ulu Paip.... Dalam Perjalanan kami untuk ke Ulu Paip nie ada la jumpa kedai juai kuih muih harga sekupang...murahnya...tp kedai nie buka waktu petang so kami sampai awai pagi so belum bukak la....harap-harap petang dapat singgah tapi petang tu pas kami semua mandi hujan lebat lak so tak dapat la nak singgah........jom tengok  gambar kami mandi mandi di ulu paip...

Thursday, February 3, 2011

Baru nak mula buat blog

            Assalamualaikum......Hai, hari ini saya baru mula belajar untuk buat blog, itupun daripada Azizi Bin Rosli hahaha...


KENANGAN 2009 - stanza (rangkap kehidupan).....




Sambutan besday kat Ofis...........




Kek n bunga dari yang tersayang.........Apa pun

Segala-galanya berakhir sudah........Antara aku dan dia........Segala-galanya ketentuan ALLAH...Segala-galanya di tangan ALLAH...........

Ya Allah.....

Mampukah aku untuk hidup tanpa dia....
Mampukah aku meneruskan hidup dengan memori dan kenangan aku dan dia.......
Bagaimana untuk melupakan memori dan kenangan aku dan dia.........
Mampukah aku bahagia dan gembira seperti dia.........
Akan adakah kebahagiaan dan kegembiraan untuk ku seperti dia......
Sampai bila aku akan terus mencintai dia....
Sampai bila aku akan berhenti mencintai dia.......
Tabahkan lah aku menghadapi dugaan dan cubaan Mu............
Adilkah dia dengan mengatakan dia adalah Mahathir Adil..Adil kah dia atas pa yang dia buat padaku..........

Apa pun aku bersujud pada Mu Ya Allah....

Lirik Lagu PadaMu Ku Bersujud – Afgan

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud


Kenapa aku suka tengok "Stanza Cinta" nie..Sebab aku rasa pa yang disampaikan oleh penulis dia..nak sama ja ngn perasaan aku......tapi apa pun perjalanan dan dugaan adalah berlainan....Aku pernah jugak merintih macam ne.....
Sehingga pernah dia (aku) merintih hiba, “Ya Allah...apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina


Putera Impian ku...............My Soulmate......

Siapakah Kau........
Dimanakah Dikau.............
Mampukah aku terus bersabar dan terus bersabar menanti kehadiranmu..............
Sampai bila aku harus menanti....kekadang penantian nie amat menyiksakan hati ini...........
Mampukah Dikau mengembirakan dan membahagiakan aku...............
Adakah penantian ini tidak akan merugikan aku....


Apa pun aku Pasrah dan Reda di atas ketentuanMu dan TAKdir Mu (Qadak dan QadarMu).....moga ada Hikmah untuk ku suatu hari nanti..........

Terima Kasih Ya Allah...Memberi aku pentunjuk tentang kebahagian dan kegembiraan dia apa pun ku doakan dia terus berbahagia dan bergembira.......