Pages

MaSYgHuL (SuKa DuKa) HaTiKu.........

HiDuPku........PeRjaLaNaNku.........DeStinAsiku......

Muqaddimah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم (Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm)

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

My Life......Hidupku
My Journey......Perjalananku
My Destinations..........Destinasiku

Sedihku sakitku ku terima,Ku rela ku pasrah jalanku,Ini suratan aku dicuba,Demi rahmat-Mu ku memohon

Kenapa susah untuk memaafkan dan kenapa susah lagi untuk melupakannya....

Monday, December 5, 2011

TeAm BuiLdiNg di JeRejAk RainFoResT ReSorT..............

                 Baru-baru nie aku telah mengikuti satu kursus Team Building yang dianjurkan oleh Bahagian aku yang telah dihadiri oleh 16 orang peserta saja yang sepatutnya 30 orang, memandangkan ramai yang ada hal dan masalah tersendiri.  Team Building nie start 2.12.2011 hingga 4.12.2011 dan telah diadakan di Jerejak Rainforest Resort Bayan Lepas, Pulau Pinang.


                  Kami bertolak dari Jeti lebih kurang jam 3.30 petang...nasib baik feri nya besar jugak...baru ja feri tu  jalan sekejap tiba-tiba lak terhenti di atas air..semua terkejut sat...pas tu driver feri tu bukak dan tengok kuar asap so dia tambah la air, alhamdulilah ok tak la kami tersangkut di atas air laut nie, hehehee......feri nak ke Pulau Jerejak nie tak la jauh sangat pun..dalam 15 minit sampai la...

NiGhT BLiNd WaLk.....


                   Nie gambar lauk pauk untuk kami malam nie yang telah dihidangkan oleh pihak resort antaranya lala, sayur kubis, kambing masak kurma..ikan pari dan campuran sayur terung dan lain-lain....Selepas makan malam, aktiviti pertama sekali untuk team building ialah Night Blind Walk... hati gelabah, takut, teruja semua ada tapi aku gagahkan jugak join bukan pa aku takut ditinggaikan di dalam hutan sorang diri tapi nasib la Marshall yang bagi penerangan untuk aktiviti kami malam nie cakap tak dak sapa yang akan ditingaikan sendiri just jalan ramai-ramai di dalam hutan cuma yang dibiarkan sendiri ada lah masa dilepaskan seorang demi seorang mengikut tali sehingga ke hujung...takut jugak.....tapi bila dah time yang ditunggu semua mata kami ditutup dan dilepaskan sorang demi sorang dan kami perlu mengikut tali tu sehingga ke hujung..bila time aku punya la berdebar sesangat tapi bila aku dapat ja tali tu trus aku ikut ja selaju yang boleh..alhamdulilah sampai jugak di last tali..heheee.....sory tak dak gambar untuk aktiviti Night Blind Walk nie coz di lakukan di dalam hutan yang gelap...hehee.....enjoy.....Selepas aktiviti nie pa lagi makan dan tido la...

HaRi KeDua....

                   Aktiviti pertama kami pada hari kedua berada di Jerejak Rainforest Resort nie ada lah senaman pagi...Kami dikehendaki memakai baju yang sama..hehehehee..best kan bila dah tengok sama ja baju kami ari nie...coach senaman pagi kami ari nie yang start kui 7 pagi nie ialah Encik Taharazwan... senaman pagi kami pagi yang segar nie ala-ala Wataniah gitu, hehehe.........pa pun enjoy... Selepas senaman kami disediakan sarapan pagi  oleh pihak resort dan selepas tu ada lak aktiviti berkumpulan iaitu Jerejak Explorace..Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan 4 orang setiap ahli kumpulan..nie gambar group aku..HeNtaM sAjaLah.......untuk Jerejak Explorace nie aku sedih sangat coz ada hal yang terjadi masa tu, apa pun layan ja la...

Selepas Jerejak Explorace kami semua enjoy minum pagi  dan aktiviti lepas tu ialah.........

SuSPeNsiOn BriDgE daN FLyInG Fox.......


                  Akhirnya aku dapat jugak menyelesaikan aktiviti kali nie iaitu suspension bridge dan Flying Fox...nie pertama kali aku wat nie..apa pun takut tetap ada tapi alhamdulilah selesai jugak.....Semua telah mencuba dan melakukan aktiviti nie dengan jayanya..syabas semua....

WiReD ObStaCle CouRse

                  Wired Obstacle Course nie adalah aktiviti petang kami pada hari kedua....masa kat ofis ingatkan laluan bawah dawai ka pa ka tapi nie la Wired Obstacle Course rupanya..Semuanya ada 10 halangan yang aku cuba...nie pun acara berkumpulan...Semua aku wat jugak..hehehee........Nie aktiviti last untuk hari kedua kami berada di sini....tak sabar nak tunggu malam nie untuk BBQ....
             Dalam kul 8 lebih kami dah turun untuk BBQ...macam2 ada....ayam, kepah, daging..kambing..tapi selain tu yang best nya adalah pertunjukkan api seperti gambar kat atas nie....hehee..enjoy tengok depa main api..... cerah benderang ja rasanya keadaan masa tu....

                        Aktiviti Hari Ketiga.......... 3 TeLe MatCh

                  Nie adalah aktivit akhir kami untuk team building di Jerejak Rainforest Resort nie iaitu 3 Telematch...Pihak resort telah menyediakan 3 Telematch iaitu jalan macam gorila bawa bola, kedua...lari berdua bawa bola dibelakang badan dan yang ketiga ialah lari kedepan dan kebelakang dengan tali secara berkumpulan....dan pihak resort telah memberi 1 telematch percuma iaitu bowling padang menggunakan buah kelapa..heheee......

                Akhir sekali penyampaian hadiah untuk semua peserta.........Group aku dapat no 3 ja so hentam sajalah, heheee....................untuk keterangan lanjut leh la layari http://www.jerejakresort.com/.............




Monday, November 14, 2011

DiNnEr di ReStoRaN CiKgU KuBaNg SeMaNg....

              Hari Sabtu lepas terasa nak g dinner kat luar lak coz dah jemu makan kat rumah, so try pi makan kat Restoran Cikgu belakang Masjid Kubang Semang.  Mak Lang cakap nasi goreng dia sedap so aku pun mengajak la akak aku pi sana so dia pun setuju.....pa pun dia belanja malam tu, best mkn bila orang belanja nie....Restoran nie dibuka ari ahad sampai isnin dan cuti ari selasa..dibuka dari jam 5 petang sampai 1.30 pagi..

                Disebabkan aku tak berapa sihat tekak pun sakit ja so aku pun order la tomyam untuk malam nie...masam betoi tapi ok la nak rasa sangat pun coz tak berapa sihat so dapat tomyam yang panas dan masam dah sesuai untuk tekak aku malam nie..hehee...harga tomyam campur nie RM5.00 dan nasi RM1.00 so jadi RM6.00 la untuk tomyam aku..tak pa akak nurul aku belanja, hehehe..........

               Nie nasi goreng ayam yang mak aku order...leh tahan jugak rasanya..best jugak..betoi la Mak Lang kata Nasi goreng dia sedap...tengok orang lain pun banyak order nasi goreng ja......

           Akak lak try Mee Kung Fu....leh tahan sedap jugak la......tak pernah lagi makan so try ja la...sedap jugak la....

Monday, October 31, 2011

HaRi PeLaDaNg, PeNtErNaK, NeLaYaN dan KaRNivAL KoPeRaSi PuLaU PiNaNg 2011......


         Sabtu, 29 Oktober 2011..aku, akak dan mak berkunjung ke Hari Peladang, Penternak, Nelayan & Karnival Koperasi Peringkat negeri Pulau Pinang yang telah diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya. kami sampai kat situ jam 9.30 pagi so tak ramai lagi yang buka kedai jualan masing-masing mungkin awai sangat lagi kot.

                Sampai kat sana aku ngan mak apa lagi memang suka tengok tanaman yang menghijau kat sana pa lagi mak aku walaupun tak larat nak berjalan pun gagah juga tengok smua tempat jualan yang ada.  Macam-macam ada jualan pokok, bunga, barangan keluaran Bumiputera, binatang dan lain-lain.  Aku rasa macam nak beli semua bunga ros tu cantik dipandang tapi bila bawa balik tanam kat rumah mesti mati ntah la mungkin tangan tak sesuai kot....  masa tengok pokok-pokok kat sini ada yang nak dikongsikan bersama diantaranya ialah:-
         Pokok nie digelar buah ajaib atau Miraculous Berry dan satu tempat lagi aku pi dia panggil sweet berry tapi still pokok yang sama la...memang sweet....Pokok nie dari Afrika....Digelarkan buah ajaib kerana memang benar-benar menepati rasannya manis, daunnya lebar, lonjong dan berwarna hijau tua buahnya pula bersaiz kecil dan lonjong seperti buah kopi.  Sweet berry nie akan berwarna merah apabila matang dan mempunyai biji.  Buahnya manis tapi kandungan gulanya tidak membahayakan kesihatan.  Ia dikatakan ajaib kerana buah ini menimbulkan rasa manis yang berpanjangan bila memakannya selama dua atau tiga jam selepas memakannya..  apabila makan buah ini, sebarang makanan atau minuman yang masam akan terasa manis kerasa rasa manis buah melekat pada lidah. rasa manisnya mengandungi protein miraculin yang merangsang deria rasa manis pada lidah yang mengubah rasa masam walaupun cuka.  Daunnya pula boleh digunakan untuk mengubat sakit gigi.  Manakala bagi penghidap kencing manis dengan memakan tiga helai daunnya setiap hari dapat mengurangkan kadar gula yang tinggi dalam darah.  Ia jugak boleh menghilangkan rasa lenguh dan bisa-bisa tulang hilang dengan sendiri.  Tubuh jugak akan berasa segar walaupun memandu berjam-jam untuk perjalanan jauh, mata jadi cerah dan boleh menghilangkan mengantuk..  Klu terasa tidak  sedap seperti nak demam ambik daun dan makan insyallah akak kebah.. Ia juga menyegarkan tubuh dan meningkatkan nafsu seksual.  Selain itu, sweet berry ini berkhasiat untuk merawat gout, kencing manis dan darah tinggi juga baik untuk luka dalaman dan gastrik..  Ia juga berkhasiat untuk kecantikan....  Banyak tul khasiat pokok ajaib nie tapi ntah la betoi ka tak kan apa pun  sebaik-baiknya disertakan dengan doa kerana dari situlah akan datang keberkatan dari rezeki yang ditumbuh kan kelak...walahualam...hanya Allah yang mengetahui kan....

Satu lagi pokok yang menarik ialah Pokok Mahkota Dewa atau (phaleria macro carpa) dikenali sebagai satu tanaman ubat di Indonesia yang berasal dari Papua/Irian Jaya. Diantara khasiatnya ialah:-
                  Daun                     - Ubat ghout, jerawat, tenaga bain lelaki/wanita
                                                   (dikeringkan dahulu, direbus dan diminum)
                  Bunga                   - sakit kepala, minyak wangi
                                                   (letakkan dibawah lidah apabila sakit kepala)
                  ranting                 - sakit urat, organ dalaman
                  batang                  - kanser tulang, organ dalaman
                                                  (direbus dan diminum 1/2 gelas)
                  isi buah                - darah tinggi, kencing manis, kolesterol, maigrain
                                                  (hirisan dikeringkan dan direndam dlm air panas)
                  sabut buah          - barah pangkal rahim, barah payudara, kolesterol
                                                 (hirisan dikeringkan dan direndam dlm air panas)
                  biji (ada racun)   - ubat gatal

              Ada juga booth dari Jabatan Veterinar dan Perhutanan Negeri...kat atas nie gambar binatang yang ada masa pameran tu ada kambing, burung, arnab, ular dan macam-macam lagi.


               Nie lak gambar ayam selasih...nie pertama kali tengok ayam selasih nie memang berbeza cket dari ayam biasa la..akak kata leh wat ubat tapi tak tau la untuk sakit pa atau kegunaannya macam mana....harganya rm150...


                  Nie lak ayam silkie...rasanya ayam paling pemalu kot coz memang tak nak tengok muka orang pn..dia sembunyikan muka dia dah tu gebu betoi la....harganya rm100...


             Gambar kat atas nie lak adalah nenas yang sangat besar tak tau mai dari mana coz tak tanya pun lalu ja dan ambik gambar. Nenas nie jenis Moris Gajah..besar sesangat......


                 Nie adalah booth kawan kak aku....depa juai Serbuk dadih yang mudah sangat nak guna...bancuh ngan air ja... So kalau sapa nak order serbuk dadih nie leh ar call Zulkefli Bin Osman telepon nombor 012-5275064 atau 017-4901539.  Alamat depa ialah No.8 Taman Penanti Indah, Penanti, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang....



          Singgahan selepas penat berjalan di Ekspo tadi..makan di Hussein Nasi Kandar kat Carrefour Seberang Jaya....



Sunday, October 23, 2011

LuNcH di ReStOrAn SeJaTi GeMiLaNg PeRdA...

Restoran Sejati Gemilang Bandar Perda, Bukit Mertajam

              Pada Sabtu, 22 Oktober 2011 aku, mak ngan akak nak makan tengahari kat luar..so mula tingin nak makan tomyam so gi la dulu cari BM Tomyam & Seafood tapi sedih tak buka la pulak so pa lagi tercari-cari la kedai lain yang berdekatan..akak lak tunjuk Restoran Sejati Gemilang yang tak jauh dari BM Tomyam & Seafood jugak so pa lagi parking dan try la pi.... Kami sampai dalam kui 1 tghari macam tu masa sampai tu ramai jugak orang yang makan kat situ dan ada yang bungkus lauk pauk untuk dibawa pulang.  Yang special kat sini adalah ikan bakar, ayam bakar dan daging bakar...

                 Kat atas nie makanan yang kami pilih untuk tengahari nie di Restoran Sejati Gemilang kat Bandar Perda tak jauh dari Petronas tu.... Mungkin nie pertama kali dan terakhir kali kot pi kedai nie...memang ramai orang tapi lauk pauk tak banyak pun macam depa nie malas nak masak ja sedih...sepatutnya dah ramai orang masa tengahari tu depa kena tambahkan lagi la lauk pauk tapi sedih tul tak banyak lagi yang tinggai untuk kami...ikan, ayam bakar pun baru duk atas bara api lagi....tunggu ayam dan daging bakar pun lambat siap...memang sedih sangat pas tu lepas dah pilih yang kat atas nie aku suh la ada abang pekerja kat situ kot suh dia kira leh lak dia tanya dah ambik habis ka coz mungkin dia nampak akak tak dak tepi aku cuma ada nasi dia..so pa lagi dia leh blah macam tu ja...sedih aku, selalu aku gi kedai makan lain ok ja dia kira walaupun ada tambahan lauk yang akan dikira last nanti..bukan pa aku dah lapar dah mak aku pun dah tak sabar nak makan leh lak dia blah tak nak kira, sedih aku.....cian mak aku...kami tunggu daging bakar ja yang lambat sangat so ingat nak makan dulu so suruh la dia kira dulu nanti daging tu bagi tau lain...terpaksa la aku ngan mak tunggu daging bakar yang lambat sangat nak masak di atas bara api tu....Sedih aku.....pas setle daging bakar tu baru panggil adik lain suh mai kira tp dia panggil yang laki tu jugak la tapi aku wat kering ja malas nak tengok muka dia, hahahaa...Sedih tul...tapi nasib la makanan leh tahan jugak dan harga pun leh tahan jugak tak mahal sangat....Sedih tak dapat makan tomyam favourite aku...lain kali la cari tomyam.....

Sunday, October 9, 2011

CaT ShOw 2011 di ViLLaGe MaLL SuNgAi PeTaNi.........

CAT SHOW 2011
VILLAGE MALL SUNGAI PETANI
                     Hari Sabtu, 8 Oktober 2011 telah diadakan Cat Show 2011 di Village Mall Sungai Petani anjuran Kelab Kucing Malaysia dan sponsor dari 1st choice..Rasa macam dekat ja Sungai Petani nie dari rumah aku di Penang tapi jauh la jugak.. Bertolak dari rumah dalam jam 2.30 petang mengambil masa dekat-dekat 45 minit jugak nak sampai ke Village Mall nie.  Bagi sesiapa yang tak pernah pergi ke Village Mall Sungai Petani boleh la naik highway PLUS je dan kuar tol Sungai Petani Utara ja senang..Pas tu ambik kiri kat traffic light yang pertama sekali pas bayar tol..Dari Tol Sungai Dua ke Tol Sungai Petani Utara nie kena bayar  RM4.50 ja kalau menaiki kereta.  Lepas ambik kiri terus ja sampai nampak Village Mall nie sebelah kanan teruskan lagi pas tu wat ja pusingan U untuk ke Village Mall nie. Village Mall nie selepas RFC dan Selepas Village Mall nie ada Tesco...Mudah kan landmarknya..So tak yah risau mesti tak sesat punya la....

                   Mula-mula sampai risau jugak kalau kami terlewat sampai ka tapi nasib baik la tak lewat coz pertandingan untuk pakaian kucing belum dimulakan.  Alhamdulilah pertandingan pakaian tu start kui 4.45 petang so sempat la tengok.  Mula-mula pi tengok dulu kucing-kucing dalam cage ...ada la kat 60 ekor kesemuanya yang dalam cage dan tak semua masuk untuk pertandingan pakaian  kucing nie... Macam-macam pakaian la si kucing nie pkai....

               Kat atas nie gambar kucing yang menarik perhatian aku, nak tengok banyak lagi gambar peserta kucing yang ambik bahagian dalam cage dan pertandingan pakaian kucing nie leh la tengok kat facebook The Official Site of Kelab Kucing Malaysia.  Banyak jugak kategori yang dipertandingan dan banyak jugak hadiah yang disediakan oleh Sponsor Cat Show nie iaitu 1st Choice...nie pertama kali aku dengar makanan kucing 1st Choice nie yang Super Premium nie...
                  Gambar kat atas nie di antara banyak-banyak kucing yang ada nie yang menarik perhatian aku..comei sesangat la teringin sungguh nak memilikinya, tak tau nama pa tapi umur dalam 5 bulan macam tu hidung penyet dan manja sesangat la aku minat sungguh la tak tau bila mampu nak dimiliki..tanya adik tuan punya kucing nie dia cakap juai RM2500.00 mahalnya.....

                Nie gambar kucing yang aku close up dekat cket..comei....love u la si kucing..aku akan ingat dan berharap sangat satu hari nanti dapat memiliki kucing hidup penyet nie yang berharga ribuan ringgit nie..Aduh......mampu kah aku untuk memilikimu...........

RADIX FRIED CHICKEN (RFC)

                Sebelum pulang ke rumah singgah jap kat RFC untuk makan coz lama jugak tunggu pertandingan kucing tadi..Apa lagi aku, mak dan akak order ayam goreng yang set ada tiga ketul ayam perasa Herb harga dalam RM 10.95 dan Set nasi Herb harganya RM 6.95 ja..boleh tahan jugak bedai ja la..hehheee....Nie pertama kali aku rasa RFC nie ok la jugak keluaran bumiputra nie......so jangan lupa try.....lain rasanya dari KFC...

Monday, September 12, 2011

RuMaH KoTaK bArU......

                 Dah lama tak ceta pasai kucing-kucing aku kat rumah..Alhamdulilah semua sihat waalafiat tanpa sebarang masalah....Baru-baru nie aku wat rumah baru untuk Shiro, Shiena dan Shibie..saja la wat coz ada kotak kosong beli bekas buh air kosong... aku balut cantik-cantik pas tu letak ja kat sudut tepi dinding....Shibie adalah kucing pertama yang berminat tengok hasil kerja aku dan Shibie jugak yang mula masuk tapi apa kan daya badannya besar sangat so kurang selesa untuk Shibie...Shibie baring jap ja dalam tu pas tu dia kuar balik la coz tak muat untuk dia...tak pa nanti ada kotak besar cket  leh ar aku wat lagi rumah kotak untuk mainan ketiga-tiga kucing yang kebosanan kat rumah.....
Nie rupa Shibie bila berada dalam rumah kotak nie..comeinya tengok...

Shiena lak suka duk kat atas nie ja...sampai dah nak terkoyak dibuatnya bukan ringan Shiena nie pun..tapi kotak ni lebih sesuai dan muat untuk Shiena.......Ok la Shiena pun suka.....

Nie rupa Shiena pas aku tegur dia duk dalam rumah kotak tu..dia terus lari nek atas tangga nie..sempat jap aku snap gambar dia atas tangga nie..comei tak???hehehee...comeinya aku rasa.....muka kesian ja klu tengok dia..........

Nie lak rupa Si Shiro bila berada dalam rumah kotak nie....ok la jugak untuk Shiro.... Shiro pun suka tapi aku marah ngan Shiro nie coz bila duk dalam rumah kotak tu dia tak reti nak duk diam ada saja dia nak cakar...hbis terkoyak...Shiena dan Shibie ja baik cket la...........


Sunday, September 11, 2011

MaJLiS RuMaH TeRbUkA MaLaYsiA AiDiLfiTri - MeRdEka 2011

            Hari nie Ahad, 11 September 2011 telah di adakan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri - Merdeka tahun 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu dekat ja dengan rumah aku..Memandangkan mak macam teringin ja nak pi aku ngan akak merendah jugak la jalan yang jem giler ari nie.. Selalunya dalam 10 minit ka dah leh sampai Guar Perahu dari rumah aku tapi ari nie memakan masa dekat-dekat 2 jam untuk sampai ke tempat yang nak di tuju untuk tengok PM kita...Memandangkan aku kuar rumah kui 11 lebih sampai kui 1 lebih so tak dapat nak tengok PM pun disebabkan kesesakan yang sangat luar biasa ari nie..kecewa bercampur stress berada dalam kereta terlalu lama...

Di atas nie keadaan jalan raya yang jem giler la ari nie yang terpaksa kami tempuh coz dah tingin nak pi jugak

       Bila sampai kat jalan yang berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu nie yang kami nampak di kiri kanan jalan raya..aku terfikir sejenak yang aku nie nak pi mengundi Pilihanraya ka aku nak gi Jamuan Raya Aidilfitri nie..ish..ish..dahsyat sungguh....Bendera di kiri kanan jalan raya...
                Nie ha muka mak aku yang stress giler tadi nak sampai ke Majlis Rumah Terbuka nie..cian mak aku..tak pa la mak sampai jugak tempat yang mak tingin nak pi.. Dah sampai kat pintu pagar Sek Men Keb Guar Perahu tu mak terpaksa menerima tolakan budak budak muda coz berebut nak masuk n kuar pintu pagar satu tu ja....Sampai kat dalam apa  lagi ambik dulu teh tarik panas dari 'Dairy Champ' dulu basah tekak yang kering duk dalam kereta terlalu lama.

           Lepas minum secawan teh tarik Dairy Champ tu kami pun berjalan la ke depan tempat tersedianya makanan untuk semua tetamu tapi kecewa betoi nampak pinggan mangkuk n cawan yang kosong ja macam kat atas nie..aku dah mula ingat yang makanan semua dah habis so ingat nak patah balik ja tapi akak ajak ke depan tempat tersedianya kerusi dan meja untuk para tetamu...
             Banyak jugak khemah yang tersedianya makanan kat tepi padang nie tapi sayang padang rumput tu becak/lecah yang teruk so semua tertumpu di tepi ja..terpaksa redah jugak lecah/becak tu cian kasut aku yang cantik..heheeee.....

Nie tempat Char Keteow yang beratur panjang so malas nak tunggu......

                 Akhirnya dapat jugak nasi daging dan mee rebus untuk kami petang nie di Rumah Terbuka Malaysia nie...sambil dengar lagu raya dari M. Nasir dan Jaclynn Victor..pas makan pa lagi balik la rumah..Alhamdulilah balik jalan dah tak jem lagi......


Monday, September 5, 2011

iKaH wAt ChAr KwAy TeOw....

                Jom tengok ikah poyo yang sorang nie, anak akak aku dari  Puncak Alam wat Char Keteow special dari Puncak Alam untuk orang Penang sebelum depa pulang ke Puncak Alam..hahahaa.....amacam???? leh juai ka Char Kway teow yang ikah wat nie..hehehee......agak pedas la ikah woi..kena cuba dan terus mencuba lagi harapkan udang ja besar.....nampak macam Kuetiau goreng biasa ja ikah woi..hahaa.......

              Yang bawah nie pulak Lobster dari Sarawak...dah hidup 29 tahun nie baru pertama kali dapat rasa Lobster.  Ini pun Lobster dari Sarawak yang di beli oleh abang ipar aku semasa menjalankan kerja di Sarawak.. Abang Rosli cakap kat Sarawak Lobster murah ja..dia bawa balik banyak ekor lak tu kira memang murah la.....rasanya....aku rasa sedap lagi udang besar biasa tu la dari Lobster nie..tapi mungkin jugak coz bukan fresh so rasa tak best sangat....ntah la..tapi isi Lobster lebih mampat la selalunya udang biasa lembut kan tapi nie isinya tak best sangat pun..better lagi isi udang biasa...tak pa pertama kali rasa...Apa pun masih tingin nak rasa Lobster Fresh dari Laut..bila ek dapat rasa...mmmmm..........

Friday, September 2, 2011

KeLuAr BeRaYa...3 SyAwAl

              Sebelum terlewat aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua kengkawan dan blogger semua.. Maaf Zahir dan Batin... Sibuk betoi aku bila raya nie ya la akak, abang, adik beradik, sedara mara, anak buah semua ada..penat tapi heppy... Raya ke 3 ja sempat nak g beraya rumah sedara mara nie hari lain sibuk ja dengan kedatangan sedara mara...Raya ke 3 kami plan pi rumah Mak Long Balik Pulau tu pun sebab mak tingin sangat nak pi sana tengok sedara mara dan tok teh yang dah mula jadi pelupa, cian tok teh.....Pa lagi awal-awal pagi kami dah kuar rumah takut bila kuar lambat nanti mesti ada saudara mara yang datang... Selepas melawat tok teh dan Mak Long kat Sungai Burung pa lagi alang-alang dah sampai kat Balik Pulau pa lagi terasa nak makan laksa pokok janggus tapi malang dan terus terliur la coz kedai tu tutup lagi..so kami dengan kesedihan meneruskan perjalanan ke Pulau Betong nak cari ikan tapi sebelum sampai kat situ nampak kedai makcik kt simpang nak ke Pulau Betong....nie ha....
               Nie ikah poyo yang dah sampai menjilat sudu dia coz laksa tu sedap katanya...tak dapat makan laksa pokok janggus laksa tepi simpang nie pun jadilah ikah poyo nie kata, hehee...sedap sangat la tu....

              Nie ha gambar mak cik yang berniaga kat simpang nie...ntah tak sempat nak tanya mak cik nama pa pun..mungkin coz lapar sangat so kami terus capai mangkuk laksa mak cik nie...Mak cik nie kerja dia buh mangkuk kecik atas meja nie ja yang lain semua kena wat sendiri..ambik mangkuk buh laksa sendiri, kuah sendiri sampai nak buh sayur-sayur untuk laksa pun kena buh sendiri...nama pun Self service so semua wat sendiri la..nak buh banyak pun tak leh coz mangkuk kecik sangat sesuai la ngan harganya RM 1 ja semangkuk...sedap jugak.....leh la klu nak try senang ja nampak kedai mak cik nie..ramai jugak singgah mungkin sebab laksa pokok janggus yang famos tu tak buka  kedai lagi mungkin masih beraya lagi kot....

                   Selepas tu kami singgah la ke tempat seterusnya tempat orang naikkan ikan di Pulau Betong......Ikan banyak jugak tapi harganya lebih mahal la dari tempat kami di Bukit Mertajam so kami tengok ja la..Mak ngan akak pun tengok ja macam tak minat pun....Tengok muka orang kat atas nie, semua tengok ja..nak beli pun fikir 10 kali ka, hahahaa...........


              Penat berjalan pas tu rest jap kat Batu Feringhi untuk ambik angin sebelum ke Masjid Terapung untuk menunaikan sembahyang asar dan magrib.....dapat makan rojak kat situ.....

Cantik tak Masjid Terapung Tanjung Bungah nie....Masjid nie baru ja lagi didirikan selepas kejadian Tsunami kat Penang nie....jom sembahyang dulu....

                Selepas menunaikan sembahyang asar dan magrib kat Masjid Terapung, kami pun meneruskan perjalanan untuk pulang..Kami pun plan nak nek feri ja coz bawa si Hafizudin yang tingin sangat nak nek feri so ikut kan ja la walaupun jem ja nak ke sana....Di atas feri kami plan nak makan Char Keteow lak..So teruskan perjalanan kami ke Bandar Baru Perda lak untuk pekena Char Keteow kat situ...Kat atas gambar Char Keteow kat bandar baru Perda nie...gelap la pulak so tak nampak la 3ekor udang dalam keteow tu..hehehee.....Sedap jugak tapi service lambat cket coz sorang ja yang mengoreng tapi bila dah kami nak habis makan baru la kawan dia yang sorang lagi datang untuk membantu...orang pun ramai...tempat nie dekat ja dengan kedai 7 eleven Bandar baru perda..Area Maybank tu ja.....

               Licin pinggan aku ngan pinggan yang lain-lain..Sedap bebbbb...leh try la.....tapi keteow cket la pulak tak cukup rasanya....Si Hafizudin nie pun leh habiskan sepinggan licin jugak dia pun.

               Lepas makan Char Keteow, akak aku yang puncak alam tu tingin lak nak makan Nasi Kandar lak so singgah pulak  kat Kapitan nie pulak untuk membeli Nasi Kandar lak..Aduh...kerja makan ja kami malam nie..dari siang sampai ke malam kerja kami makan ja la.....nie semua untuk akak dan anak-anak dia yang duk puncak alam nie sekali sekala balik Penang semua depa nak bedai la..untung jugak aku nie duk Penang macam-macam makanan ada, hehehee.........