Pages

MaSYgHuL (SuKa DuKa) HaTiKu.........

HiDuPku........PeRjaLaNaNku.........DeStinAsiku......

Muqaddimah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم (Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm)

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

My Life......Hidupku
My Journey......Perjalananku
My Destinations..........Destinasiku

Sedihku sakitku ku terima,Ku rela ku pasrah jalanku,Ini suratan aku dicuba,Demi rahmat-Mu ku memohon

Kenapa susah untuk memaafkan dan kenapa susah lagi untuk melupakannya....

Sunday, September 23, 2012

DiARi UmRaH - Part 5

24 Ogos 2012 (Jumaat)

 
                  Pada Malam nie, kami di bawa mendaki Gua Hira, tempat dimana Nabi Muhamad s.a.w menerima wahyu yang pertama dari Allah melalui Malaikat Jibrail  di Jabal Nur oleh mutawif...aku ngan akak ja pi tapi terpaksa tingaikan mak coz mak dah tak larat nak mendaki Gua nie...hehee.....Kami mula dibawa menaiki bas dalam jam 10 malam mungkin sebab malam lebih sejuk..kalau la mendaki waktu siang panas terik adoi..teruk jugak la kami semua....Selepas sampai dikaki bukit kami di suruh turun oleh mutawif dari bas coz kami akan transit sebentar kat bawah tu dimana bas tak boleh naik ke atas untuk meneruskan perjalanan untuk kami mendaki...kami terpaksa tunggu van untuk naik ke atas...memandangkan kami terlalu ramai so pendakian jagi lambat coz tunggu semua naik van pulak untuk ke atas di mana tempat yang lagi dekat dengan bukit tersebut....
 




                     Pendakian kami dimulakan selepas semua sampai di kaki bukit....adoi..memang tinggi la tengok bukit nie  dah la curam dari bawah kaki bukit tapi ok la ada disediakan jalan-jalan kecil berbatu untuk pendakian tersebut...aku yang berjubah pun leh ja panjat..hehee...ya la tak ingat langsung nak bawa seluar track suit dan tshirt...rasa macam tak mampu tapi bila dah ramai yang join so jadi excited dan pendakian tak la penat sangat tapi penat la jugak nak sampai ke Gua Hira' nie.....
 
 
                        Akhirnya selama sejam lebih pendakian sampai juga kami kat atas tu..dengan kegelapan malam dan angin kekadang datang sepoi-sepoi bahasa, mungkin sebab tu mutawif suh mendaki malam lagi pun tak dak pun pokok ka apa kan klu siang adoi teruk jugak la berpanas...Kat atas nie pemandangan  kota mekah dari atas bukit dengan cahaya lampu..fuh..cantik tul....tak rugi pendakian aku malam nie.....

                      Untuk yang keletihan coz pendakian tersebut jangan risau coz kat atas nie ada orang jual air minuman sejuk dan panas...hehee...kat atas nie jugak ada dijual barangan untuk cenderahati....bila sampai kat atas bukit tu ingat dah sampai gua hira tapi silap la kena turun jauh kebawah pulak selepas tu untuk masuk gua hira'..aku ngan akak cuba jugak turun dan sampai ke bawah untuk masuk ke gua tersebut tapi sedih tul keadaan gua yang agak sempit so susah la bila dah ramai kan..aku ngan akak tetap jugak masuk tapi sedih lagi bila masuk tak sempat nak bergambar kat tempat duduk Nabi dan sembahyang...ada jugak yang berkesempatan bergambar dan solat kat situ...ramai sangat orang so malas nak tunggu untuk masuk....adoi.sedih...bila melalui tempat yang sempit untuk ke tempat persembunyian Nabi tu kita akan terasa macam mana kesusahan Siti Khadijah bawa makanan untuk Nabi masa tu....
                   Pendakian kami malam tu berakhir kira-kira jam 2 pagi..adoi letih giler.....nak turun nasib baik la tak sepenat masa pendakian....

1 comments:

Unknown said...

sekadar perkongsian rancangan ustazah oleh Prof. Muhaya. insyaAllah.. moga ada kebaikan yg boleh dimanfaatkan bersama

Tanyalah Ustaz : Allah CEOku

Post a Comment