27 Ogos hingga 30 Ogos 2012 di Cairo dan Alexandria
Alhamdulilah selesai sudah umrah dan ziarah di Madinah dan Mekah...kami meneruskan perjalanan kami untuk makan angin ke Cairo dan Alexandria. Bertolak dari Hotel di Mekah pada jam 3.30 pagi....kami sampai di airport Jeddah dalam jam 5.30 pagi....Penerbangan ke Cairo pulak dalam 11.30 pagi so kami terpaksa berehat dulu di airport Jeddah sambil menatni penerbangan ke Cairo..semasa terpaksa beratur di terminal aku terpaksa bertolak dan berhimpit dengan orang-orang Mesir lak..dah la badan depa besar betoi..adui sampai ada akak belakang aku menjerit bila ditolak oleh salah seorang dari depa...gaya depa macam orang kampung yang tak mau beratur dan hanya nak ke depan ja macam flight nak tingai depa..adoi....sedih...
Dalam jam 5.30 petang sampai la kami kat Cairo selepas 1 jam 45 minit di dalam flight... dari airport ke hotel kami di Cairo hanya 45 minit...dalam perjalanan kiri kanan kami dapat tengok rumah-rumah flat macam kat tempat kita tapi kat sini rumah-rumahnya agak suram coz mengikut cakap tour guide di situ rumah kat sana suram coz depa tak buh cat..sbbnya bila depa buh cat so depa kena bayar tax..tax sana agak mahal dan depa kat sana tak mampu coz gaji sana murah...sedih tgk kiri kanan jalan rupanya macam kat bawah nie..rumah yang nampak macam tak siap dan tak bercat....
Kat bawah nie rupa dalam bilik hotel kami di Cairo...ok jugak la tapi macam sedih coz bilik berdua dijadikan bilik untuk bertiga just depa tambah satu katil single di tepi..adoi..aku rasa klu badan besar leh jatuh jugak la duk atas katil tu....hehee....disebabkan badan aku kecil so selamat la aku kat atas katil tuh...bila sampai di bilik terus mandi, turun makan kat restoran hotel dan balik bilik tdo terus coz keletihan....makanan kat hotel nie adoi sedih la..tak ikut selera aku da..nasi pun halus semacam ja dah la tak sedap mcm beras kita........
Pada keesokan harinya kami dibawa melawat tempat yang tingin sangat aku nak pi iaitu 3 Piramid dan 'The Sphinx'...
Memang kagum dan terpegun aku tengok 3 Piramid nie ada kecik dan ada besar.... batu-batunya teguh betoi berdiri..besar-besar lak tu blok batu tu...tapi yang tak boleh aku lupa ialah penjual-penjual warga mesir kot yang macam gaya penyangak dan penyamun yang tak sabar-sabar nak cari mangsa..ada yang terkena sampai terpaksa dan dipaksa bayar dengan harga yang tak sepatutnya...adoi...takut tul bila terpaksa hadapi keadaan kat situ...pas pa yang terjadi kami semua terus naik kat atas bas...kat sini juga anda boleh naik unta, kuda....kat sini juga macam-macam cenderahati dijuai tapi hati-hati bila disapa oleh mereka takut depa terus ja ambik duit kita macam penyamun..
Selepas tu, kami dibawa ke Kedai Minyak Wangi seperti gambar kat atas nie..kami diberi taklimat tentang kedai tersebut dan jenis minyak wangi kat situ...kat situ minyak wanginya semua original tiada bahan campuran lain....so harganya memang la mahai tambah di guna duit dolar..adoi..duit tak ckup ar nak beli so bau dan tengok ja la..hehee.......
Kami di beri satu cawan air bunga raya 'hibiscus' merah untuk kami rasa dan satu aiskrim...memandangkan aku dah mula deman dan selsema so tak dapat la nak rasa aiskrim tuh...tapi sempat ja rasa hibiscus tu..masam.....
0 comments:
Post a Comment