Pages

MaSYgHuL (SuKa DuKa) HaTiKu.........

HiDuPku........PeRjaLaNaNku.........DeStinAsiku......

Muqaddimah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم (Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm)

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

My Life......Hidupku
My Journey......Perjalananku
My Destinations..........Destinasiku

Sedihku sakitku ku terima,Ku rela ku pasrah jalanku,Ini suratan aku dicuba,Demi rahmat-Mu ku memohon

Kenapa susah untuk memaafkan dan kenapa susah lagi untuk melupakannya....

Tuesday, September 18, 2012

DiAri uMrAh - PaRt 3

19 Ogos 2012 (Ahad)
 
                    Hari ini hari Raya Aidilfitri....aku beraya di Masjid Nabawi, Madinah bersama saudara sesama islam dari serata pelusuk dunia...Sembahyang raya kat sini lebih kurang jam 6.30 pagi...walaupun tak semeriah raya di Malaysia tapi raya kat sini kami dipenuhi dengan cokelat dan kurma hadiah dari pak arab yang dermawan kat sini....Di dalam masjid dapat kami tengok anak-anak kecil orang Arab yang berpakaian serba cantik seperti kanak-kanak di Malaysia...yang dewasa pulak macam biasa ja jubah hitam ja la cuma kanak-kanak dapat kita tengok berbaju skirt kembang..hehhee....Mengikut plan semalam sepatutnya hari nie adalah Ziarah Dalam tapi memandangkan mutawif cakap ari nie penuh dengan orang sempena hari raya Aidilfitri so terpaksa di tunda keesokan harinya...
                    Di Kantin Hotel pulak kami dapat merasai nasi impit, lontong , sate dan rendang seperti di Malaysia... Disebabkan ari nie tiada Ziarah Luar atau Dalam so kami gi shopping ja....
 
20 Ogos 2012 (Isnin)
 
                     Kami berkumpul di Lobi Hotel dalam jam 6.30 pagi untuk Ziarah Dalam iaitu Ke makam Rasulullah dan masuk raudhah bersama dengan Mutawif perempuan yang disediakan oleh Pihak Andalusia...Kami mendengar taklimat ustazah tersebut dan ustazah menyatakan bahawa kita Masuk Masjid Nabawi adalah untuk :-
a) Nak beriktikaf bersama Rasulullah 
b) Nak masuk Raudah di mana selalunya doa mausia adalah mustajab dan
c) semoga mendapat syafaat dan berkat daripada Rasulullah.
 
21 Ogos 2012 (Selasa)
                    
                     Pada hari nie tak ada aktiviti bersama mutawif dah coz ari nie adalah hari terakhir kami berada di Madinah so terpaksa la meninggalkan bumi Madinah untuk terakhir kalinya dan kami perlu wat Ziarah Wida' ke Makam Rasulullah sebelum kami meninggalkan bumi nabi ini...Dalam 10.30 pagi mengikut arahan mutawif kami disuruh untuk menurunkan barang ke lobi dan terus wat Ziarah Wida' sebelum zohor...Dalam jam 2.30 petang kami berkumpul di Lobi selepas makan tengahari untuk meneruskan perjalanan kami ke Mekah pula dengan menaik bas. Perjalanan menaiki bas dari Madinah ke Mekah memakan masa lebih kurang 6 jam....kami singgah di Masjid Bir Ali untuk Niat Umrah...Selepas maghrib kami singgah di Wadi Kudat untuk makan nasi ikan..hehee........sedap jugak....nasi nie leh makan 5 orang..ada ikan dan ayam....

 
                             Dalam 10 malam baru kami sampai kat Mekah....So selepas check in hotel kami terus menjalankan kewajipan dalam umrah..umrah pertama kali kami di sini akan diketuai oleh mutawif tapi bila mula ja tawaf sebelum habis tawaf pertama pun kami dah terpisah dengan ustaz ye la memandangkan orang terlalu ramai so pas terpisah kami kena la wat sendiri..hehee...untuk saie nasib baik orang yang sama ngan kami tu dah biasa wat umrah so kami ikut depa ja la..hehee....bila dah setle tawaf, saie dan bergunting so selesai sudah umrah kami..lega rasanya.....selesai semua dalam kui 2.30 pagi walaupun awal pagi orang tetap ramai kat Masjidil haram nie...
 
22 Ogos 2012 (Rabu)

                            Hari nie tak dak aktivti bersama mutawiff, so semua wat aktiviti bebas sendiri saja.....cuma ada aktiviti ceramah agama je petang dalam jam 4.45 petang...Ceramah petang nie oleh ustaz mutawif dari indonesia..ceramah tentang kelebihan kota mekah...
 

0 comments:

Post a Comment