Muqaddimah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم (Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm)
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
My Life......Hidupku
My Journey......Perjalananku
My Destinations..........Destinasiku
Sedihku sakitku ku terima,Ku rela ku pasrah jalanku,Ini suratan aku dicuba,Demi rahmat-Mu ku memohon
Kenapa susah untuk memaafkan dan kenapa susah lagi untuk melupakannya....
Sama seperti tiap-tiap tahun dah lebih kurang 3 tahun kebelakangan nie tempat yang selalu kami tuju ialah Coral Fishing Chalet kat Lumut..untuk tahun 2012 nie adalah pertama kali gi sini untuk memancing..dari aku tak minat n suka mancing akhirnya nie jadi kesukaan aku lak..nie sebab abang ipar aku sorang nie giler memancing sampai la giler tu sampai kepada anak-anak dia so giler nie sampai lak kat aku ngn kak nurul aku yang sorang nie..dia pun dari tak minat jadi minat nak memancing mana nya tak nie kali pertama dia dapat ikan besar ikan siakap lak tu..ada la kat 1kg kot..nanti aku tunjuk gambar ikan siakap tu kat bawah k...
Kat atas nie adalah rupa kat dalam chalet tu..ok la selesa jugak ada 2 bilik dalam satu chalet muat la untuk kami yang kat 10 orang nie kan padat tapi best la dapat mancing..semua menghilangkan ketagih memancing termasuk aku..hehehe.........
Aktiviti kami pabila sampai kat Chalet tu di masa panas terik mengambang kui 12 tengahari ialah cari tiram..sedih dapat la dalam 10 ekor tiram ja..ingat leh dapat banyak dalam semangkuk macam tu seperti orang yang kami tengok dia dapat tiram untuk aktiviti mancing kami tahun lepas..mungkin kami tak sepandai orang tu so tak dapat la nak rasa tiram nie....anak buah aku iki yang sorang nie giler nak cari tiram nie bertungkus lumus ar mencari tapi kecewa kerana tak pandai nak teka yang mana satu tiram yang mana satu kulit tiram yang tak dak isi, heheee..........so aktiviti mengorek tiram terpaksa di hentikan coz kami semua tak pakar untuk mengorek dan mengenali yang mana satu tiram yang boleh dikorek, hehehe...........
Memandangkan pencarian tiram terpaksa kami hentikan, so kami meneruskan aktiviti kebiasaan kami iaitu memancing.......hurray...wah nie pertama kali aku dapat 3 ekor ikan kerapu seekor besar tapi tak besar mana sangat pun seperti gambar kat atas nie pas tu 2 ekor kerapu kecik ja tapi manis jugak la bila mak masak wat steam.....makan ikan yang dapat sendiri tu lebih memberikan kegembiraan dan puas ati untuk aku, manis kerapu tu lebih terasa coz mancing ngan tangan sendiri.......suka nya....
Kat atas nie adalah antara ikan yang kami dapat masa mancing kat situ untuk 2 hari 1 malam di Coral Fishing Chalet..hehee...untuk sesapa nak try leh ar cari website dia...kerapu singa pun banyak...yang siakap besar tu la akak nurul aku dapat..yang ikan daun baru tu adik bongsu aku yang dapat manakala ikan ebek tu abang ipar aku dapat..hehee......bila lagi nak gi mancing kat situ lagi ek abang rosli..best ooooo...........
Alhamdulilah......akhirnya.....aku nak ucapkan terima kasih kepada Miss Suzanne Lee daripada Desa Termamaju Sdn Bhd kerana memberi rumah nie kat aku....Pada 21 hb Mac 2012 aku dapat call daripada Miss Suzanne yang menyatakan rumah yang aku gi tengok ari tu adalah milik aku so dia suh la aku gi pejabat dia 22hb mac untuk bayar booking RM1,000 untuk pemaju dan Rm500 untuk lawyer...seperti perjanjian aku pun gi office nie kat Jalan Raja Uda tempat yang dah bertahun aku tak lawat nie untuk buat pembayaran nie takut rumah nie dapat kat orang lain........lega rasanya...bila dah setle wat pembayaran kat Miss Suzanne aku kena gi jumpa lawyer lak untuk sign aggrement........so dah booking ar rumah nie atas nama aku....heheee.........sukanyer.........
28.03.2012....Jumpa lawyer untuk sign sales n purchase agreement...nie adalah step yang kedua untuk beli rumah....kat tempat lawyer nie jumpa lak ngn Miss Quah yang jaga kes untuk perumahan aku nie, so dia cakap dalam masa 2 minggu lagi dia akan hantar surat untuk ambik SnP yang telah di stamping..kemungkinan harga stamping dalam RM3,000 macam tu tapi tu lum confirm lagi coz dia kata kena tunggu offer loan pulak selepas setle stamping....wah..macam-macam jugak belajar cara nak beli rumah nie, almaklumlah pertama kali..hehee......pa pun berjalan lancar...
28.04.2012.... Pi pejabat Lawyer ambik SnP yang telah distamping untuk wat pinjaman loan
11.05.2012......settle aply loan housing Pinjaman Perumahan.......
28.05.2012......dapat Kuiri daripada Pinjaman Perumahan lak kata tak dak salinan Hakmilik strata /Individu, so terpaksa pi ambik lak kt lawyer..aduh..ingat dah setle loan ada kuiri lak rupanya.......
Dan lepas settle segala-galanya nah nie bil dari lawyer..hehhee...pa lagi kena pi bayar la..hahaha.....leh tahan gak lawyer punya cas nie...
Baru-baru nie terpaksa ikut akak Nurul aku gi makan kenduri kat rumah kawan kilang dia kat Jawi, Seberang Perai Selatan......kat rumah kenduri dapat makan laksa dan bubur selain nasi kenduri.....selepas makan kenduri ajak la akak singgah kat laksa RM1.00 dan bihun sup RM1.00 ja kat rumah kawan akak kat Kampung Sungai Buaya...tak la jauh sangat la dari rumah kenduri tu..apa yang menarik kat Kampung Sungai Buaya nie adalah satu gerai makan kecik ja dalam kampung tu yang menjual senarai sama macam kat dalam gambar kat atas nie dengan harga RM1.00 je.....tak percaya?????kena la percaya coz memang gambar betoi tau kat atas nie....mungkin kedai nie dalam kampung yang agak terpencil sebab tu murah ja kalau dia juai mahal tak dak la pulak orang nak beli kan....
Kat atas nie salah satu ais kacang yang ada dijual kat kedai kak ina nie....ais kacang nie pun harganya RM1.00...banyak sangat la isinya..sedap sungguh la susu dan air gula merah dan gula hitam pun berbaloi la..tapi memang la berbaloi......hehee........boleh la kengkawan cuba kalau ada aktiviti atau ada apa-apa yang ingin dikunjungi di Jawi atau Nibong Tebal nie so jangan lupa bertanya ngan orang kampung atau orang tempatan kat sana kat mana Kampung Sungai Buaya nie......bila sampai kat sini apa yang ada kat kedai tu memang sedap..disebabkan kenyang sangat makan nasi kenduri dan laksa kat rumah kawan akak tu so aku hanya membungkus laksa dan bihun sup...aku bedai makan laksa dan bihun sup nie kat rumah ja..wah...bihun sup dia pun sedap isi ayam pun banyak..fuh...memang tak rugi....
Baru-baru nie aku ada order Pin KreatifF....aku tau tentang pin yang cute nie pun kat majalah dara.com....wah..memang minat gila la kat pin yang macam nie...pelbagai jenis bunga ada...cantik tul, memang suka aku tapi nak pakai pun macam segan ja coz macam nie sesuai untuk remaja dan kanak-kanak tapi aku pakai jugak so nampak la aku nie muda la, hehee....perasan remaja lak..tak pa memang nampak luaran aku memang remaja, hahaa........kerja aku sekarang nie asyik order barang online ja nasib baik ar semua boleh dipercayai lagi la..alhamdulilah sama jugak ngan pin kreatif nie sampai dengan selamatnya kat aku melalui pos laju yang dimasukkan kemas di dalam kotak yang sehari ja dah dapat kat tangan aku asal ada duit dalam maybank2u ja so terus online ja...
Dapat ja Pin nie aku terus gi cari box yang cantik macam kat atas nie untuk dimasukan semua pin aku tu, banyak tak???mana tak banyaknya minimum order 100 pieces la..heheee.......aku pun terpaksa jugak la order 100 pcs....kalau ada yang berkenan di hati jangan lupa tengok website pin kreatif di mentarifashion.blogspot atau facebook depa di mentari fashion...........anak buah aku hani pun suka la aku tunjuk semua nie kat dia, so dia pun berminat untuk menjual kat kengkawan sekolah dia sambil nak ambik untung kat tangan dia sama, kalau tak dak orang nak beli pun aku tak kisah sangat yang penting aku dah pilih yang cantik-cantik untuk aku...untuk anak buah aku kat Puncak alam tu, tikah rosli yang comei tu, mak cik jugak tak lupa untukmu pin kreatif nie coz mak cik tau tikah pun minat gila la, heheee.......
Baru-baru nie kawan ofis nama manja dia kak bid tak jadi nak ambik satu rumah kat Bertam nie coz dia dah dapat rumah kos rendah kat Bertam Perdana dan harganya pun leh tahan jugak la baru ja RM42,000 so dia tolak ar satu rumah nie..memandangkan aku pun masih lagi duk ushar rumah untuk dijadikan aset atau investment untuk masa depan so aku ajak la akak aku pi tengok rumah nie yang harganya RM150,000 jugak la sebulan dalam RM650 jugak la yang perlu aku bayar, heheee...........pas nie dalam poket duit gaji tinggai sikit ja la tapi pa nak buat kalau aku tak ambik rumah makin lama makin meningkat harganya takut lama-lama aku tak mampu nak beli la....kat atas nie gambar rupa rumah show house dan rumah yang dah siap di bina..memandangkan kak bid nie dah booking rumah yang kebelakang sekali so rumah tu still dalam pembinaan lagi....rumah yang belakang tu pun aku tengok jugak tapi tak boleh nak gi dekat sangat coz jalan lecah sangat la coz jalan tar lum siap lagi la rumah tu pun baru depa duk wat..bila sampai ja kt Bertam tu tercari-cari jugak la Taman Putera Bertam nie coz lum ada signboard pun so aku pun pi la ke hujung Bandar Putra Bertam tu nasib jumpa rumah nie, aku pun tak dak wat apointment ka apa ka ngn pemaju or salesman kat situ so aku pun redah ja nasib la betoi just tengok kat papan tanda merancang bina rumah kat situ rupanya betoi ada nama pemaju kat situ...bila pi tengok kat rumah show house tu ada lak courtyard (tak tau ejaan betoi dia) ada kat dalam rumah tu so confirm betoi tu la rumahnya.......
Bila masuk kat dalam rumah tu sempat jugak aku snap gambar-gambar keadaan dalam rumah nie untuk ditunjukan kat kengkawan aku dan kat mak dan akak aku...aku pun rasa berkenan tengok rumah tu..berbaloi dengan harganya....cuma sedih tak dak tanah...memandangkan aku minat tanam pokok so kena tanam dalam pasu ja la pas nie, sedih tul..apa nak wat aku kena la faham zaman makin moden tanah pun dah tak dak klu nak beli tanah lot pun mahal jugak dah la kecik ja....harap-harap dapat la booking rumah nie...so sekarang still dalam perbincangan dengan pemaju..moga dapat la rumah nie.....
Semoga aku dapat beli rumah nie untuk investment atau untuk wat harta sendiri tapi dalam hati mengharap sangat satu hari nanti aku dapat beli tanah lot yang disekeliling rumah leh ada tanah yang luas untuk tanam pokok dan rehat-rehat diluar sambil dapat hirup udara segar..Amin......
Baru-baru nie aku cuba order online jubah kat http://maratussolehah.blogspot.com/ so nie yang aku terima...ok la takut jugak kena tipu ngan order online nie tapi nie dapat ikut masa yang ditetapkan ......terima kasih untuk jubah yang cantik nie......puas ati dengan harganya dan barang yang dapat.........sapa-sapa nak order jubah or abaya untuk dewasa dan kanak-kanak leh ar try online booking kat website nie.............Jubah nie untuk aku pakai mengerjakan umrah dan banyak lagi barang yang perlu dibeli..so time to time la coz budget pun tak berapa banyak..hehee.........Moga murah rezeki lagi...Amin..