Pages

MaSYgHuL (SuKa DuKa) HaTiKu.........

HiDuPku........PeRjaLaNaNku.........DeStinAsiku......

Muqaddimah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم (Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm)

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

My Life......Hidupku
My Journey......Perjalananku
My Destinations..........Destinasiku

Sedihku sakitku ku terima,Ku rela ku pasrah jalanku,Ini suratan aku dicuba,Demi rahmat-Mu ku memohon

Kenapa susah untuk memaafkan dan kenapa susah lagi untuk melupakannya....

Sunday, July 17, 2011

WaNg KeLiAn, GuA KeLaM dAn PaDaNg BeSaR................

WaNg KeLiAn....

                      Hari nie aku sekeluarga bersama ngan abang yusri ngan si kecik hanif bercadang untuk ke Wang Kelian.  Bertolak dari rumah kami di Pulau Pinang  pada jam 6.45 pagi sesudah subuh, suasana pagi yang tenang dan segar ditambah dengan gelagat si kecik hanif bagun tido sungguh heppy di tambah lagi bila kegembiraan dan senyuman terukir di muka mak aku  yang tersayang nie...perjalanan nie pun mengikut kehendak mak aku yang dah lama sangat tingin nak sangat pi Padang Besar. Aku pa lagi mencadangkan untuk terus ke Wang Kelian sekali memandang jarak kedua tempat nie tak la jauh sangat...Selepas 1 jam lebih perjalanan kami menaiki kereta maka sampailah kami kat Tol Hutan Kampung. Nie rasanya pertama kali aku tahu yang adanya tempat nama Hutan Kampung, selalu dengar Hutan Melintang ja rumah kawan aku Ieda kat Perak..hehehee.....bayaran tol kt Hutan Kampung tu hanya RM13.00 ja untuk kereta... tak lama selepas tu kami sampai pulak kat Tol Jitra harganya RM1.60 ja...Selepas tu kami pun meneruskan perjalanan sampai ke exit  Changlun...pas tu terus ikut signboard ke Padang Besar dan Wang Kelian.  Dalam jam 9.45 pagi sampailah di Wang Kelian.. Perjalanan nak ke Wang Kelian agak mencabar jugak la gaya pemanduan seseorang pemandu kereta tu....nasib adik aku sorang nie teror jugak la bawak kereta menaiki bukit yang agak selekoh tajam jugak la..tinggi jugak bukit nie tapi nasib la dekat 10KM je lebih kurang....

                Panas terik jugak la walaupun kami sampai awai kat Wang Kelian nie..ramai sungguh la orang termasuk orang Thailand..Peniaga kat situ kebanyakkanya orang Thailand la coz kami masuk area Thailand..tapi yang bagusnya depa nie terima jugak duit Malaysia sekali ....macam-macam la hasil barangan Thailand di juai kat sini..Aku sempat la bergambar kat toto-toto yang banyak dijual kat sini dan harganya pun boleh tahan jugak la dari tempat asal sendiri.

                Lepas 2 jam shoping nie la hasilnya.... tiga toto dan beras pulut n beras wangi....penat tapi masih senyuman terukir dibibir semua...Toto nie harganya RM36.00 ja...murah kan....tengok si Hanif nie pkai topi besar dari tuan yang pakai....
               Nie yang menjadi kegilaan budak-budak kat sana...ramai la yang membeli..murah ja satu moto or kereta dalam harga RM150 ja tu belum dapat tawar lagi..berbaloi la murah dan besar lak tu....pakai charge bateri ja..Teringin gak nak beli tapi memandangkan bonet kereta tak muat terpaksa la tengok ja..klu tak dapat jugak beli untuk si kecik Hanif nie..dia minat sungguh tengok moto yang warna putih tu..macam logo BMW tapi tipu ja la..hehehhee..........
GuA KeLaM...

                 Selepas penat di Wang Kelian, kami singah untuk makan dan mandi kat Gua Kelam selepas turun bukit dari Wang Kelian....Selepas makan bawa Hanif untuk mandi sungai...Air agak dalam so mandikan dia jap ja coz tak dak orang nak jaga lagi pun kami semua tak bawa pakaian salin so yang lain tengok ja la si Hanif nie mandi..sonok sungguh klu dapat mandi dan terjunke dalam air sungai yang sejuk di kala panas terik nie..hehheeee...............
 PaDaNg BeSaR..........

             Nampak macam tinggi ja, penat rasa nak panjat selepas pi Wang Kelian tadi...tapi memandangkan mak aku pun leh panjat, aku pun msti leh panjat..hahahhaa...gagahkan jugak la panjat......kedai yang kat bawah pun ada tapi nak nek jugak kat atas nie.....

                   Berehat dan bergambar jap dengan si Hanif nie...hehehee.....Dalam kui 4 petang selepas habis pusing bazaar padang besar nie kami pun bertolak pulang la ke rumah kami di Penang......Dalam kui 6.00 petang sampai juga kami di rumah kami...penat dan kaki semua mula lenguh-lenguh......

               Apabila di rumah sempat bergambar jap dengan barang yang aku beli.....menambah koleksi bear besar untuk simpanan aku sendiri...nie bear besar ke 3 dalam koleksi aku....harganya RM65.00 ja, murah kan berbanding ngan harga kt tempat sendiri.....Bear nie aku beli kat Padang besar..hahahaa...dah nak besar sama macam aku.....

              Nampak gambar Shibie si kucing oren aku nie kat bawah Bear aku nie..hehehhehe...........sonok kot dengan bulu bear tu sampai tak nak bangun dia dari Bear tu....sama tak mata aku ngan mata Shibie, heehee....pnggil  nama dia terus dia tengok....


Hanif memakai baju Ultraman Mebius yang aku hadiahkan untuk dia....memang dia suka sangat ngan Ultraman nie............



0 comments:

Post a Comment