3 ekor kucing parsi Shiro, Shiena dan Shibie........... |
Mmmmmm......kalau tengok kucing parsi memang seronok coz cantik, bulu yang kembang dan cute tapi penjagaannya tak semudah yang disangka.. Bagi peminat yang suka dan ingin untuk memelihara kucing parsi kat rumah sendiri mestilah mengetahui serba sedikit penjagaan yang perlu apabila anda mempunyai kucing parsi di rumah. Kat rumah aku ada tiga ekor kucing parsi seperti gambar yang kat atas nie, semuanya ada 3 ekor warna putih, oren dan kelabu. Kiranya nie dah kira kat setahun 5 bulan dah pengalaman aku menjaga ketiga-tiga ekor kucing parsi nie. Tingin pulak rasa nak berkongsi suka duka penjagaan kucing parsi nie dengan pengalaman sendiri dan ada juga tengok blog dan bahan bacaan lain untuk menjaga kucing parsi aku nie.
Bagi yang baru pertama kali ingin dan minat untuk mendekatkan diri dengan memelihara kucing atau terlintas difikiran untuk membuat keputusan nak memelihara kucing banyak perkara yang perlu diambil berat dan beberapa perkara yang perlu difikirkan oleh penjaganya. Diantaranya ialah duit atau kewangan yang mencukupi, masa terluang untuk bersama dengannya, pengorbanan dan kasih sayang yang perlu diberikan. Jika anda mempunyai anak yang agak alergic ngan bulu kucing ia agak tidak sesuai untuk memelihara kucing dibiar didalam rumah tapi boleh jugak klu dikurung tapi bila dikurung macam agak kecian la.
Anak Kucing yang di bawa pulang bersama................
Pertama sekali membawa kucing pulang bersama kita ke rumah , adalah penting untuk kita memastikan keperluan asasnya dijaga contohnya makanan, minuman dan tempat perlindungan untuk si kucing berehat dan membuang najis. Bila dibawa pulang untuk hari yang pertama, kucing akan rasa agak stress dan mendiamkan diri ja, so sebaiknya dibiarkan dia di dalam kurungan untuk beberapa hari supaya dia dapat menyesuaikan diri di sangkar dan kemudian baru dilepaskan untuk menyesuaikan diri di dalam rumah pulak. Kucing perlu dibiarkan untuk rehat dan menyendiri di dalam sangkar dia untuk sementara sebelum dilepaskan ke dalam rumah kerana ini dapat mengurangkan tekanan kepada kucing kerana berpindah tempat dan tuan. Walaupun kita nak dia berlegar di dalam rumah tapi aku rasa sepatutnya ada sangkar juga so dia akan lebih rasa selesa dan tenteram coz sangkar tu macam rumah kecil untuk dia sendiri. Apa pun yang penting sekali apabila kita membawa pulang kucing mestilah dipastikan bahawa dia telah habis menyusu...sekurang-kurangnya umur 2 bulan kerana jika tidak susah jugak kita nak cari susu untuk si comel nie...klu dia dah habis menyusu so kita bagi je dia makan baby kitten punya makanan biskut kering tu sudah mencukupi dan air masak. Pengalaman aku membawa pulang ketiga-tiga ekor kucing nie pun tak la susah sangat coz semua dah habis tempoh menyusu so bagi je dia makanan baby kucing iaitu Royal Canin for baby.
Gambar Shiro yang baru saja dibawa pulang ke rumah...... Masa nie baru umur dia 2 bulan sesudah habis masa menyusu....
Gambar Shiena yang baru saja dibawa pulang ke rumah...... Masa nie baru umur dia 2 bulan sesudah habis masa menyusu....
Makanan untuk Si Comel.......
Aku bagi makan Royal Canin(RC) ja coz semua penjaga dan pemelihara kucing parsi cakap dalam Royal Canin semua vitamin cukup so tak payah tambah apa-apa vitamin lain lagi....Apabila umur dah nak dekat setahun aku bagi makan Royal Canin Adult campur ngan IAMs coz harga Royal Canin sesangat la mahal berbanding dengan yang lain.....Doktor pun kata Royal Canin adalah baik untuk si comel coz tak mudah dapat penyakit dalaman antara sakit buah pinggang atau hati....Aku pun ikut cakap depa semua coz takut jadi apa-apa kat kucing aku coz mahal harganya, hehheee..........Bagi anda yang nak ikut bagi RC nie so kena la budget gaji anda tiap2 bulan coz kucing nie makan kuat jugak la tak kira baby, kitten atau adult...cuma masa baby kita buh sikit ja tapi dia makan berulang la....Bila dah adult lagi dia kuat makan pantang nampak aku pi lalu tempat sangkar dia, apa lagi ikut ja dan mula mengiau lapar.....kalau nak bagi perut dia kenyang, so seeloknya campur dengan ayam rebus tapi jangan bagi banyak sangat macam orang makan, campur sikit ja ngan makanan kering dia sudah memadai. Bagi ja dia makan dalam 2 hari sekali macam tu... kalau selalu makan ayam takut dia obesiti pulak,hahhaha...macam orang pulak.....ayam tu seeloknya rebus ngan air ja jangan tambah perisa atau garam ka apa takut dapat penyakit lain pulak nanti.
Penjagaan Bulu Kucing Parsi............
Memandangkan Kucing Parsi nie mempunyai bulu yang panjang atau long-haired dan bulu yang agak tebal so penjagaan rapi untuk si kucing nie perlu dan penting. Disebabkan itu bulu si kucing nie perlu disikat setiap hari tapi untuk penjaga yang agak malas so boleh lah menyikat si comel nie sekurang-kurang 3 ari sekali.... Mengapa seeloknya setiap hari kerana bulunya yang amat senang tergumpal dan berselirat. Jika terlambat menyikat bulu yang dah tergumpal teruk tu kemungkinan kita perlu cukur lak bulu dia jika dah melekat kat bahagian kulit si comel nie... aku pernah ada pengalaman bila bulu shiro yang tergumpal tu dah melekat kat kulit dia so tak berani nak gunting sendiri terpaksa bawa shiro pi klinik. So doktor apa lagi cukur ja dengan kos RM10.00. Gumpalan yang semakin teruk pada kucing nie akan menarik bulu lain dan akan menyebabkan kucing kita menjerit kesakitan bila dipaksa untuk digunting....Jika dapat kucing yang berbulu lembut macam Shiena yang kelabu tu senang sikit just guna sikat bulu untuk tarik pun dah dapat keluarkan gumpalan tersebut.... Gumpalan yang selalu terjadi kat kucing aku nie ialah bawah ketiak dan leher dia la.....Memandangkan aku kerja dari pagi sampai lewat petang so tak dak masa untuk sikat bulu dia setiap hari ini la akibatnya gumpalan pada bulu si comel aku nie...
Selain itu, menyikat juga dapat mengurangkan bebola rambut atau hairball yang terkumpul di dalam perut si comel. Ini kerana bila kita selalu menyikat bulu kucing nie, ia akan mengeluarkan bulu-bulu yang lama dan akan tumbuh yang baru....Jika tidak bulu tersebut akan dijilat dan masuk ke dalam perut si comel kita. Kucing suka menjilat bulu sebagai cara dia mengemas dan mendandan diri sendiri... Bulu-bulu tersebut akan masuk ke dalam perut dia dan terjadi la hairball tersebut....Jika kita bagi dia makan biskut kering yang mahal dan terbaik selalunya dia akan menuntahkan sendiri hairball tersebut atau akan keluar melalui najis dia nanti. Jika makanan yang murah, hairball tersebut akan menyebabkan dia sakit dalam perut. Kucing aku nie selalu mengeluarkan hairball so alhamdulilah la...nie pun sebab bagi dia makanan yang mahal tu...Aku selalu mengunakan sikat yang dari jenis metal comb yang sesuai untuk kucing parsi. Kebanyakan kucing parsi nie tidak menyukai sesi menyikat nie sama gak macam kucing aku nie tapi kita kena ajar la dari kecik....So bila dah lama dia akan jadi biasa la ngan sesi menyikat nie tapi bagi Shiro yang putih tu dari kecik sampai besar dia tetap tak suka..so terpaksa la pujuk sampai dia mau so baru mula menyikat. Shiena (kelabu) dan Shibie (oren) agak suka dan senang apabila sesi menyikat bulu dengan berbaring dan diam ja tak banyak kerenah.
Petua jika si comel anda demam...
-Bagi dia minum air kelapa, klu dia tak nak jugak shrink ja air kelapa tu jugak ke dalam mulut dia..Jika berlarutan demam dia kena gi jumpa doktor vet jugak.
Petua jika si comel cirit birit...
-Mesin kentang dengan ayam, mula-mula rebus kentang dan isi ayam sehingga lembik pas tu baru mesin sehingga hancur pas tu bagi ja dia makan. Klu berlarutan kena bawak gi jumpa doktor dan doktor akan bagi ubat antibiotik dan ubat keras najis. Tapi selalunya bagi kentang ngan ayam tu dia dah tak cirit birit lagi kerana dia akan kencing ja pas makan tu..Sebaiknya jangan bagi dia makan biskut kering atau makanan dia jika dia cirit birit.
Petua lain jika si comel macam tak sihat dan bertenaga ja, bagi ja campuran air ngan glucose pas tu bagi dia minum..insyallah ok.....
Memandangkan Kucing Parsi nie mempunyai bulu yang panjang atau long-haired dan bulu yang agak tebal so penjagaan rapi untuk si kucing nie perlu dan penting. Disebabkan itu bulu si kucing nie perlu disikat setiap hari tapi untuk penjaga yang agak malas so boleh lah menyikat si comel nie sekurang-kurang 3 ari sekali.... Mengapa seeloknya setiap hari kerana bulunya yang amat senang tergumpal dan berselirat. Jika terlambat menyikat bulu yang dah tergumpal teruk tu kemungkinan kita perlu cukur lak bulu dia jika dah melekat kat bahagian kulit si comel nie... aku pernah ada pengalaman bila bulu shiro yang tergumpal tu dah melekat kat kulit dia so tak berani nak gunting sendiri terpaksa bawa shiro pi klinik. So doktor apa lagi cukur ja dengan kos RM10.00. Gumpalan yang semakin teruk pada kucing nie akan menarik bulu lain dan akan menyebabkan kucing kita menjerit kesakitan bila dipaksa untuk digunting....Jika dapat kucing yang berbulu lembut macam Shiena yang kelabu tu senang sikit just guna sikat bulu untuk tarik pun dah dapat keluarkan gumpalan tersebut.... Gumpalan yang selalu terjadi kat kucing aku nie ialah bawah ketiak dan leher dia la.....Memandangkan aku kerja dari pagi sampai lewat petang so tak dak masa untuk sikat bulu dia setiap hari ini la akibatnya gumpalan pada bulu si comel aku nie...
Selain itu, menyikat juga dapat mengurangkan bebola rambut atau hairball yang terkumpul di dalam perut si comel. Ini kerana bila kita selalu menyikat bulu kucing nie, ia akan mengeluarkan bulu-bulu yang lama dan akan tumbuh yang baru....Jika tidak bulu tersebut akan dijilat dan masuk ke dalam perut si comel kita. Kucing suka menjilat bulu sebagai cara dia mengemas dan mendandan diri sendiri... Bulu-bulu tersebut akan masuk ke dalam perut dia dan terjadi la hairball tersebut....Jika kita bagi dia makan biskut kering yang mahal dan terbaik selalunya dia akan menuntahkan sendiri hairball tersebut atau akan keluar melalui najis dia nanti. Jika makanan yang murah, hairball tersebut akan menyebabkan dia sakit dalam perut. Kucing aku nie selalu mengeluarkan hairball so alhamdulilah la...nie pun sebab bagi dia makanan yang mahal tu...Aku selalu mengunakan sikat yang dari jenis metal comb yang sesuai untuk kucing parsi. Kebanyakan kucing parsi nie tidak menyukai sesi menyikat nie sama gak macam kucing aku nie tapi kita kena ajar la dari kecik....So bila dah lama dia akan jadi biasa la ngan sesi menyikat nie tapi bagi Shiro yang putih tu dari kecik sampai besar dia tetap tak suka..so terpaksa la pujuk sampai dia mau so baru mula menyikat. Shiena (kelabu) dan Shibie (oren) agak suka dan senang apabila sesi menyikat bulu dengan berbaring dan diam ja tak banyak kerenah.
Suntikan Vaksin untuk Kucing Parsi............
vaksin adalah sejenis virus yang dilemahkan untuk membantu memberikan antibodi kucing supaya mendapat memberi perlindungan daripada penyakit tetapi tak semestinya jauh dari penyakit. Mengikut search internet atau blog2 kebanyakan cakap dalam beberapa minggu lepas kelahiran dalam lebih kurang 4 bulan umur si comel dah kena diberikan suntikan vaksin. Melalui pengalaman yang dilalui oleh aku sebagai penjaga kucing parsi yang 3 ekor nie...umur dalam 4 bulan terlalu kecil dan agak cian rasa nak diberikan suntikan vaksin so dalam umur 6 bulan baru kami baru gi vaksin..nasib baik doktor kata bukan waktu yang lewat...doktor kata terpulang jugak la tapi elok nya dalam umur dia 4 bulan tapi terlalu kecil badan dia so tak sampai hati nak bawa si comel aku ne nak di suntik, hahhaha.......bukan apa nampak besar dek bulu ja tapi badan kecik ja....aku bawa shiro dan shiena nie ke doktor hazlim ja suntikan pertama kena rm35 kira dia guna vaksin yang 3 in 1 la...klu yang 4 in 1 tu mahal cket la....pas suntikan yang pertama sebulan lepas itu aku bawa untuk suntikan yang kedua, so sama jugak harganya dalam rm35...yang pasti doktor check dulu suhu badan dia tu..doktor jolok ja dalam dubur si comel nie klu ok dan sihat baru doktor bagi suntikan vaksin..selepas di suntik jangan mandikan dia...seandainya si comel demam tu perkara biasa tapi bila tengok dia diam dan badan dia panas terus bagi air kelapa...klu berterusan kena bawak jumpa doktor veterinar jugak la....selepas 2 kali vaksin lepas tu tunggu setahun sekali ja vaksin....Petua jika si comel anda demam...
-Bagi dia minum air kelapa, klu dia tak nak jugak shrink ja air kelapa tu jugak ke dalam mulut dia..Jika berlarutan demam dia kena gi jumpa doktor vet jugak.
Petua jika si comel cirit birit...
-Mesin kentang dengan ayam, mula-mula rebus kentang dan isi ayam sehingga lembik pas tu baru mesin sehingga hancur pas tu bagi ja dia makan. Klu berlarutan kena bawak gi jumpa doktor dan doktor akan bagi ubat antibiotik dan ubat keras najis. Tapi selalunya bagi kentang ngan ayam tu dia dah tak cirit birit lagi kerana dia akan kencing ja pas makan tu..Sebaiknya jangan bagi dia makan biskut kering atau makanan dia jika dia cirit birit.
Petua lain jika si comel macam tak sihat dan bertenaga ja, bagi ja campuran air ngan glucose pas tu bagi dia minum..insyallah ok.....
Cara Memotong Kuku Kucing.......
Memotong Kuku kucing adalah salah satu aktiviti yang sukar jugak la...dah banyak kali buat pun kucing-kucing aku nie meragam dan tak mau jugak. Memang sukar la..tak tau nk wat mcm mana lagi....So terpaksa la potong satu, dua atau tiga kukunya saja, pas tu yang lain kena cuba pada ari lain lak....memang kucing nie tak suka kita potong kuku dia...
Kucing mempunyai kuku yang unik. Tidak seperti anjing, kuku kucing dapat ditarik keluar dan ke dalam. Dalam keadaan normal kuku kucing tertarik ke dalam dan tersembunyi. Bila kucing sedang marah atau mencakar, barulah kukunya dikeluarkan.
Manusia yang mempunyai jaringan daging yang berada di bawah kuku. Dalam bahasa Inggris jaringan ini disebut “quick”. Kucing juga mempunyai jaringan ini, hanya letaknya sedikit berbeda dari manusia. Jaringan ini berwarna merah muda, berbeda dengan warna kuku yang berwarna putih transparan.
Batas Potongan Kuku
Alat & bahan
Gunting kuku adalah alat utama yang diperlukan bila ingin memotong kuku. Banyak model dan jenis gunting kuku khusus hewan kesayangan yang dijual di petshop-petshop. Gunting kuku yang sering dipergunakan sehari-hari untuk memotong kuku orang juga bisa digunakan. Pastikan gunting kuku yang akan digunakan benar-benar tajam kerana bila kurang tajam, bentuk potongan kuku kucing kurang bagus, bahkan kadang-kadang kukunya boleh pecah.
Berikutnya bisa juga disediakan serbuk perak nitrat atau PK (baca : peka)/Kalium permanganat/KMnO4. Serbuk PK berwarna merah-ungu, bisa dibeli di apotik-apotik. Serbuk PK dan perak nitrat ini berguna untuk mempercepat berhentinya perdarahan bila daerah “quick” terpotong.
Serbuk-serbuk di atas bisa ditaburkan/ditempelkan ke bagian kuku yang terluka, agar perdarahan segera berhenti. Bila serbuk-serbuk tersebut tidak tersedia, perdarahan pada kuku dapat dikurangi dengan cara menekan daerah sekitar kuku. Normalnya perdarahan akan berhenti kurang lebih dalam waktu 5 minit.
tipe guillotine
tipe gunting
gunting kuku manusia
Cara memegang kucing
Tidak ada peraturan yang pasti cara memegang kucing pada saat memotong kukunya. Yang terpenting kucing merasa nyaman dan meminimalkan pergerakan kucing. Selain itu juga perlu diperhatikan reaksi kucing menggigit atau mencakar, sebaiknya posisi tangan kita pada saat memegang kaki kucing agak jauh dari jangkauan mulut kucing. Bisa juga memegang kucing dengan bantuan orang lain, agar kucing lebih mudah dikendalikan.
cara memegang kucing pada saat memotong kuku
cara memegang kucing pada saat memotong kuku
memotong kuku dengan bantuan orang lain
cara menekan telapak kaki agar kuku muncul
1. tekan telapak kaki kucing agar kuku muncul
2. perhatikan batas kuku dengan daging di bawahnya (quick). Potong kuku dengan jarak sekitar 1 mm dari quick. Bila terlalu dekat, akan terasa sakit.Yang perlu diperhatikan adalah posisi alat pemotong dengan kuku. Masing-masing alat pemotong berbeda cara penggunaannya. Prinsipnya kuku dipotong dari bawah ke atas (vertikal), bukan dari samping. Kemungkinan kuku pecah akan semakin besar bila dipotong dari samping.
cara memegang gunting tipe guillotine
memotong kuku dengan guillotine
memotong dengan tipe gunting
memotong dengan gunting kuku biasa
4. jangan lupa memotong kuku “jempol”. Kukunya terletak lebih dekat pergelangan. Kuku “jempol” paling jarang dipakai menggaruk, sehingga biasanya lebih panjang dibandingkan kuku lainnya. Pada beberapa kasus yang kukunya jarang sekali dipotong, kuku “jempol” ini tumbuh melingkar dan menusuk kaki.
kuku “jempol” jangan lupa dipotong
6. potong kuku dengan jarak agak jauh dari quick (+ 1 mm). Lebih baik memotong kuku sedikit-sedikit tetapi lebih sering dilakukan (1 atau 2 minggu sekali). Dari pada jarang, tetapi sekalinya dipotong, kuku dipotong pendek sekali hingga ke dekat quick.
Source : kucingkita.com
Ubat Kutu untuk kucing.......
Memandangkan ketiga-tiga ekor kucing aku nie banyak sangat kutu yang kecik-kecik sampai tak tau nak buat macam mana dah lagi...try jumpa doktor tiap-tiap bulan pun tak menjadi still sama jugak kutu tu masih bermaharajalela kat atas badan ketiga-tiga ekor kucing kau nie.
Frontline spray nie adalah salah satu cubaan aku tiap-tiap bulan untuk kucing-kucing ku nie tapi still tak memberi kesan yang ketara. Keseluruh kedai PETS SHOP aku mencari...doktor pun still guna frontline jugak tiap-tiap bulan tapi still tak berkesan..Cari punya cari akhirnya aku gi kedai satu nie kat Kulim, tauke dia offer kat aku ubat kutu biru nie seperti kat bawah...
Ubat nie tak dak nama tapi tauke tu cakap bagus....takut jugak nak try tapi ada sekali tu tersearch kat google ada jugak pencinta kucing ada guna ubat nie, so aku pi la balik kat kedai tu dan beli la sebotol untuk cubaaan.........tauke tu cakap bubuh ja setitik kat tengkok, badan dan ekor dia, kira tiga titik la sekali guna....aku harap berkesan.....dan akhirnya 3 ari lepas tu tengok berkesan la...aku dan akak amatlah gembira, huray.......berkesan jugak tapi takut tetap ada coz tauke tu tak tau pa kandungan dalam ubat tu, cuma dia tau ubat tu datang dari IPOH..dia kata leh bawak mati kalau kucing terjilat ubat nie..takut jugak aku tapi cuba jugak la.....walaupun tak berkesan sepenuhnya tapi hilang jugak la kutu tu tapi tak tau semua pi mana dah, mati jatuh ke lantai ka lari terbang ka ntah la tak dapat di kesan...apa pun kutu tu still ada jugak la tapi tak sebanyak dulu la....Harap-harap tak membawa kesan yang boleh membahayakan atau pun leh bagi mati kucing aku sudah la risau jugak la......
35 comments:
if u nk ubat kutu yang bgus try gune ni "ANIDEST" ..coz i gune ni utk my cats .sangat bagus ...mmg kutu hilang terus ...bleh sembur pada tempat tido or bhgian pasir najis ...n pada badan kucing ..elakkan pada mata n bhgian genital .yang bestnye ubat ni xeffect bile kucing jilat2 bdan dia ;)..bleh beli kat pet shop midvally taw :)
Terima kasih atas nasihat tu Kittyshawls...Kat Midvally....jauh tu sis....ainun duk penang ja...kalau pi KL pun lum pernah sampai lagi kat Midvally..Insyallah ar lain kali saya leh ar g cna tengok....Tq for your information...
Hai.. nak tny.. mahal x ubat kutu biru tu..try cr tapi xde.. semu suggest fronline n adv.
Hai ainmanan.....ubat kutu tu harganya RM10.00 ja murah ja...tapi tak semua tempat ada...kat tempat ainun nie pun kat kulim ja pun ada..area kt rumah ainun tak dak juai pun....frontline n adv tu mahal kan...
Boleh belikan tak ubat kutu kucing nie??
hai Fareez...minat kucing jugak ka?????boleh ja tapi baru nie ada singgah satu kedai kucing nie tapi dia kata ubat biru nie untuk lembu dan kambing la pulak...adus..ada berani ka....hehee........
salam..nk tanye kucing ni xjual ke???
wsalam.....NHidayah minat kucing jugak ka???tak jual la..3ekor nie ja ada...yang shibie oren tu dah mandul, heheee....dah 2 tahun lebih bela tapi lum ada rezeki pun nak pegang anak shiro dan shiena nie..ntah la....lambat tul nak matang si betina yang warna kelabu tu..sabar ja la
Ye, saya minat sangat dengan kucing.. hehee..
Tapi kan awak dah cube kt kucing awak tu, terbukti takde pape kan... kalau dah mmg sama (dari segi botol,saiz ubat tu dengan yang awak beli,ok la tu.) Kedai yang awak beli ubat ni dulu ade jual lagi ubat nie?? belikan saye satu.. please2..
salam ainun...nk tny...stiap kali susu y dah d bancuh,ley bertahan berape lm yea kalo meow x boley abiskan skali minum je...?
wslam...hai noor halsimal......hehe...ainun lum ada pengalaman untuk menyusukan meow nie...tggu kucing kat rumah tu beranak tp lum ada rezeki da...susah tul la keturunan hidung penyet nie nk beranak...yang beli lak dah habis tempoh menyusu so ainun bagi ja terus makanan baby kittens kat dia....
Fareez...wat masa nie tak gi lagi kedai pet tu..so jalan terbaik rajin-rajin cari kutu tu dan mandikan depa, so bila mandi dapat tengok kutu atas kulit depa tu...bila mandi depa pun bersih...
salam...nak tanye...kucing parsi y umo 4 bulan camtu memang ade 4 taring eah kat atas ,means 2 kanan 2 kiri???? ase ganjil pulak sbb kucing sy ade 4 taring....or maybe taring2 tu akan bercantum bila da besar nanti??
wslam nurinsyafiqah....ainun tak perasan dan tak tengok lak taring si kucing kt rumah tu..hehee........
hi ainun,xlama lg akk bakal mjaga seekor kucing parsi pberian seorg shbt...tgu ank kucing tu bercerai susu dulu,bru tuannya kasi akk..ank2 akk xsabar sgt2...apa2 nti akk refer kt blog ainun ni ok..thx
hehehehe......sonoknya bila dpt baby kitten nie...bila dah bercerai susu senang cket jaga..ainun pun selalu refer blog lain, ainun pun tak la banyak sangat tahu..hehee...kutu sentiasa duk ada lagi kt si comel nie, tak tau nk wat mcam mana dah...adoi
ainun ade fb x?add sy k..fb: cik syima. t ley salu sembang sal penjagaan kucing.syima lam dah bela kucing.tp asyik matiii je...dah brape ekor dah,,dan kali ni beli lg,,ade 3ekor persian kitten..
fb saya pun Ainun Mansor jugak..jarang online coz kat ofis tak leh online...kat rmh lak dah rosak pcnya..hehee...awat lak suka mati??? jaga vaksin dan ubat cacing tak???memang masa kecik kena jaga betoi2..klu tak reti jugak kena minta nasihat doktor vet coz kucing parsi klu kcing kampung tak pa la...masa kecik vaksin ngn ubat cacing kena jga klu tak leh mati....
salam .. soalan ni agak lain sikit ..
hantar kucing p sabah macam mana ya .. hehe
coz , d sabah ni .. kucing parsi xda jual la .. eheh ...
wslam eppek daachicken...oooo...tak tau la tak dak pengalaman untuk penghantaran ke sabah tapi satu hari tu pernah pi kedai pets pas tu tetiba ada sorang tu kata dia kena tukar kerja pi sabah so dia tak leh bawa kucing dia coz harga penghantaran kucing by cargo mahal la dalam seekor rm600 mcam tu...tak tau la betoi ka tak..tu kena tnya MAS plak la...mgkin juga air asia murah jgak...tak kan tak dak juai kot????pa kata makan angin kat KL nanti pas tu bwa la duit lebih cket leh pi petshop kat KL banyak kucing parsi tapi coz penghantaran mahai la pulak....
terima kasih berkongsi pengalaman
memelihara kucing parsi bukannya suatu perkara yang mudah dan suka-suka. Komitmen dan tanggungjawab dan kasih sayang perlu di curahkan.
Saya pun bela kucing parsi :)
hida
www.kucingparsi.com
haikak. kkk ambil kucing tu ataupun beli?? btw,thanks.sy pon ada bela kucing .tapi,susah sikit nak bela.lagipon,umo sy 12 tahon.mak pon tk suke kucing.kena kumpul duit selalunya .tu lah yg susah
sama2 kucing parsi...akak beli ketiga2 ekor kucing tu Atiqah....memang susah nak bela pun n nk kena sedia belanja besar jugak...makanan dan ubat-ubatan dia lagi..tak pa bila dah besar n dah kerja atiqah leh la bela kucing nanti...
Salam cik ainun..nak tnya sikit, saya ada seekor kucing parsi..baru2 ni sy ada bwk kucing pergi trim bulu2 dia..adakah bulu dia akan tumbuh balik??sebab skrg dia nampak hodoh sangat bila xdak bulu...sob3...
wslam zulaikha...doktor kata akan tumbuh balik...tapi tak la secantik yang ori...baru nie bawa si shiro yang putih g trim bulu kat ekor dia coz dah bercantum2 coz berminyak kerana dia jantan so tengok bulu dia tumbuh balik....do jangan risau..
slm. nk tny kedai kt kulim tu kat mna? nk p beli. kutu mnyerang plak. ble reply kt email ikhlas0105@gmail.com. tqvm.
wslam......kat taman selasih pun ada kat jalan kulim pun ada....klu nk beli tak dak duit, wat ja mcm saya..pas mandikan si kucing tu terus cari kutu kat badan dia, heheeee..........klu kutu besar..klu kutu kecik spray ja frontline tu..
hi...
best baca blog u ni..
sapa2 yg nak tau psl info penghantaran kucing2 ke sabah dan sarawak, please send me ur email... i ade info2.. klu gun agent sangat mahal...
hi...tq....info yang bagus...bleh la sesapa yang berminat untuk penghantaran ke sabah n sarawak leh ar contact u Honey.Qt.Cat.Persian...
tak tau mana nak dapat tempat breeder yang juai persian hidung penyet yang murah...ada info????tolong!!!!!! tingin nak ada sekor hidung penyet 3warna..ahhaaa...ada ka????
Eppek Daachiken,
Kat Sabah ramai breeder yang jual persian mcm yang u nak. Cattery pun banyak sini. Di mana-mana kawasan tak kira bandar, luar bandar, bahkan pedalaman sekalipun ada cattery. Nak kena pandai carik jer. Nak lebih senang, sila ke mudah.my. Sana pun ramai yang jual kucing daripada pelbagai breed. Mainecoon, persian, american short hair, siberian, scottish, bengal dan macam-macam lagi.. Kalau u nak, saya bleh bagi contact number breeder2 kat Sabah ni.. :)
tq Dj-diddy...............leh la sesapa yg duk sabah contact u.......
Ainun nak tanyer pasai ubat kutu tu.. email kat kite... ayu.hazwan@gmail.com
Jamu Montok....ubat tu kali pertama tu ja berkesan tapi bila kutu menyerang lagi...bla beli dah tak berkesan la.....
Boleh bg tahu tak kedai kulim kat mana ye...nama kedai tu..
Saya pun dok kulim nk cari ubat kutu jenis tu
wah terima kasih atas artikel ni. boleh juga ke website ni umur kucing
Post a Comment