Pages

MaSYgHuL (SuKa DuKa) HaTiKu.........

HiDuPku........PeRjaLaNaNku.........DeStinAsiku......

Muqaddimah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم (Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm)

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

My Life......Hidupku
My Journey......Perjalananku
My Destinations..........Destinasiku

Sedihku sakitku ku terima,Ku rela ku pasrah jalanku,Ini suratan aku dicuba,Demi rahmat-Mu ku memohon

Kenapa susah untuk memaafkan dan kenapa susah lagi untuk melupakannya....

Sunday, April 17, 2011

MeNYiCaH.......................AsAm ReNDaa........

Memandangkan tak ada apa-apa aktiviti hujung minggu...aku mengemas la kat belakang rumah tu...pas tu ternampak la pokok buah asam renda yang berbuah sesangat-sangat tapi tak dak sapa nak makan pun...apa lagi aku pun kutip la buah nie....pas tu apa lagi mak beli lak kuah rojak, aku lak buat la kuah sambal belacan pedas untuk menyicah..fuh apa lagi campur ngan buah mempelam...sedap sungguh walaupun asam renda nie sangat lah masam.... Tengok pokok dia rendah tapi buah lebat sungguh.....mmmmm............


Hari Isnin kat ofis aku pun surfing internet la...kat tempat lain pokok asam renda nie dipanggil jugak dengan pokok keradang...apa yang specialnya kita baca kat bawah nie.......

Asam Renda....PEtuA AwEk MuDa........


ULAM mahupun sayuran sebenarnya tidak hanya tertumpu daripada jenis tumbuhan renek atau melata diatas
tanah atau memanjat. Ada sesetengahnya terdiri daripada jenis tumbuhan yang sesuai dijadikan tempat teduhan, mempunyai buah dan warna daun yang menarik.


Contohnya ialah POKOK KERADANG yang tumbuh rimbun dan sesuai dijadikan tempat teduhan. Pokok ini mempunyai buah berwarna merah jambu dan unggu gelap pekat bila sudah matang.


Menurut Pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Intitut Biosains UPM, Tajuddin bin Abdul Manap, pokok keradang atau nama botaninya carissa carandas, bukan sahaja cantik tetapi mempunyai khasiat dari segi kesihatan diri. “Kalau ia berbuah lebat, pokok keradang ini kelihatan cantik kerana rimbunan hijau daun-daunnya bercampur dengan buahnya berwarna merah jambu dan unggu gelap pekat. Ini ditambah pula bunganya yang berwarna putih pecah lima,” kata beliau ketika ditemui baru-baru ini. Menurut beliau sesetengah masyarakat Melayu percaya pokok yang sederhana tinggi dan berdaun keras serta
batangnya berduri keras ini mempunyai khasiat untuk awet muda. Biasanya buah keradang yang sudah matang dimakan bersama ulam atau sayuran yang lain. Namun begitu, buahnya yang sudah matang (warna ungu gelap pekat) itu bergetah bila dipetik. Sebab itulah, sebelum dicampur di dalam mana-mana sayuran, ia harus direbus sehingga memdidih terlebih dahulu.


“Mungkin kaedah itu adalah untuk menghilangkan keracunan getah yang ada pada buahnya itu. Rasanya agak kelat. Tapi berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional, ia dikatakan boleh membantu meningkatkan kesihatan diri,” katanya.




Hasil Kutipan yang lumayan.............
Kuah Rojak dan Kuah sendiri buat........

1 comments:

Lady Owner said...

salam, ainun dok mana ye. dah lama mencari pokok ni..hajat haji nak tanam. kalau ada beinhnya kak sanggup beli. nnt emel ke zazbakery@gmail.com ye

Post a Comment