Pagi nie buka fb nak tengok update citer ieda kawan aku yang pada hari khamis lepas aku mendapat khabar dari suami dia bahawa dia dalam keadaan koma kerana kemalangan dengan lori waktu pagi untuk ke tempat kerja. Aku jadi serba tak tentu mendengar citer dari suami dia coz dia lah teman luahan perasaan aku walau pun kami tinggal jauh dan dah lama tak jumpa.. kami berhubung hanya melalui sms saja.....
Kesedihan melanda bila tengok update fb dari kengkawan bahawa arwah ieda telah kembali ke rahmatullah......sedih sangat aku tengok update tu dan terus hadiahkan al-fatihah untuk beliau...semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan ditempat orang-orang yang beriman..tiada lagi teman untuk berbicara dan mendengar luahan perasaan aku...sedih lagi tidak dapat menatap wajah arwah untuk kali terakhir......semoga suami arwah tabah dan menjaga anak-anak arwah dengan baik..........
2 comments:
Innalillah..Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..
Amin..apa pun tahniah untuk akak coz dpt nek pangkat n untuk hazwan lak selamat bertunang..hehee..sonok la melaty n tuah bakal dapat mak su..hehee.......
Post a Comment