Pages

MaSYgHuL (SuKa DuKa) HaTiKu.........

HiDuPku........PeRjaLaNaNku.........DeStinAsiku......

Muqaddimah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم (Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm)

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

My Life......Hidupku
My Journey......Perjalananku
My Destinations..........Destinasiku

Sedihku sakitku ku terima,Ku rela ku pasrah jalanku,Ini suratan aku dicuba,Demi rahmat-Mu ku memohon

Kenapa susah untuk memaafkan dan kenapa susah lagi untuk melupakannya....

Tuesday, September 25, 2012

3 HaRi 2 MaLaM di CAiRo DaN aLeXaNdRiA........

27 Ogos hingga 30 Ogos 2012 di Cairo dan Alexandria
 
                  Alhamdulilah selesai sudah umrah dan ziarah di Madinah dan Mekah...kami meneruskan perjalanan kami untuk makan angin ke  Cairo dan Alexandria.  Bertolak dari Hotel di Mekah pada jam 3.30 pagi....kami sampai di airport Jeddah dalam jam 5.30 pagi....Penerbangan ke Cairo pulak dalam 11.30 pagi so kami terpaksa berehat dulu di airport Jeddah sambil menatni penerbangan ke Cairo..semasa terpaksa beratur di terminal aku terpaksa bertolak dan berhimpit dengan orang-orang Mesir lak..dah la badan depa besar betoi..adui sampai ada akak belakang aku menjerit bila ditolak oleh salah seorang dari depa...gaya depa macam orang kampung yang tak mau beratur dan hanya nak ke depan ja macam flight nak tingai depa..adoi....sedih...
                 Dalam jam 5.30 petang sampai la kami kat Cairo selepas 1 jam 45 minit di dalam flight... dari airport ke hotel kami di Cairo hanya 45 minit...dalam perjalanan kiri kanan kami dapat tengok rumah-rumah flat macam kat tempat kita tapi kat sini rumah-rumahnya agak suram coz mengikut cakap tour guide di situ rumah kat sana suram coz depa tak buh cat..sbbnya bila depa buh cat so depa kena bayar tax..tax sana agak mahal dan depa kat sana tak mampu coz gaji sana murah...sedih tgk kiri kanan jalan rupanya macam kat bawah nie..rumah yang nampak macam tak siap dan tak bercat....
 
 
                        Kat bawah nie rupa dalam bilik hotel kami di Cairo...ok jugak la tapi macam sedih coz bilik berdua dijadikan bilik untuk bertiga just depa tambah satu katil single  di tepi..adoi..aku rasa klu badan besar leh jatuh jugak la duk atas katil tu....hehee....disebabkan badan aku kecil so selamat la aku kat atas katil tuh...bila sampai di bilik terus mandi, turun makan kat restoran hotel dan balik bilik tdo terus coz keletihan....makanan kat hotel nie adoi sedih la..tak ikut selera aku da..nasi pun halus semacam ja dah la tak sedap mcm beras kita........
 
 
                   Pada keesokan harinya kami dibawa melawat tempat yang tingin sangat aku nak pi iaitu 3 Piramid dan 'The Sphinx'...

 
                Memang kagum dan terpegun aku tengok 3 Piramid nie ada kecik dan ada besar.... batu-batunya teguh betoi berdiri..besar-besar lak tu blok batu tu...tapi yang tak boleh aku lupa ialah penjual-penjual warga mesir kot yang macam gaya penyangak dan penyamun yang tak sabar-sabar nak cari mangsa..ada yang terkena sampai terpaksa dan dipaksa bayar dengan harga yang tak sepatutnya...adoi...takut tul bila terpaksa hadapi keadaan kat situ...pas pa yang terjadi kami semua terus naik kat atas bas...kat sini juga anda boleh naik unta, kuda....kat sini juga macam-macam cenderahati dijuai tapi hati-hati bila disapa oleh mereka takut depa terus ja ambik duit kita macam penyamun..
 
                    The Sphinx nie pulak kami tengok dari atas bas ja...coz tour guide tu pun takut nak bawa kami turun dari bas selepas pa yang terjadi kat kami semua kat Piramid tuh..............
                    Selepas tu, kami dibawa ke Kedai Minyak Wangi seperti gambar kat atas nie..kami diberi taklimat tentang kedai tersebut dan jenis minyak wangi kat situ...kat situ minyak wanginya semua original tiada bahan campuran lain....so harganya memang la mahai tambah di guna duit dolar..adoi..duit tak ckup ar nak beli so bau dan tengok ja la..hehee.......

                        Kami di beri satu cawan air bunga raya 'hibiscus' merah untuk kami rasa dan satu aiskrim...memandangkan aku dah mula deman dan selsema so tak dapat la nak rasa aiskrim tuh...tapi sempat ja rasa hibiscus tu..masam.....
 
                      Kat atas nie antara restoran yang kami pi.....adoi..memang tak leh masuk tekak tapi sebab lapar bedai jugak la...
 

Monday, September 24, 2012

DiARi UmRaH - Part 6

25 Ogos 2012 (Sabtu)
 
 
 
                    Melawat ladang unta bersama dengan mutawif....memang kat situ padang pasir yang dipenuhi dengan ladang unta....kiri dan kanan penuh dengan ladang unta....
                   Air kencing unta juga ada dijual kat ladang unta kat situ....memang bagus untuk kesihatan tapi tak tau kesahihannya...hehee...nak cuba...beli la kat sana..aku tengok ja la....

              Aku beli susu unta yang fresh nie untuk dibawa balik ke hotel untuk diminum.....satu botol nie baru ja harganya 5 riyal.....aku rasa jugak sikit tapi biasa ja rasanya...nasib baik ok ja pas rasa tu...........

            Akak lak try buih susu unta..heheee......depa cakap untuk muka..ntah la kesahihanya...try ja la

Sunday, September 23, 2012

DiARi UmRaH - Part 5

24 Ogos 2012 (Jumaat)

 
                  Pada Malam nie, kami di bawa mendaki Gua Hira, tempat dimana Nabi Muhamad s.a.w menerima wahyu yang pertama dari Allah melalui Malaikat Jibrail  di Jabal Nur oleh mutawif...aku ngan akak ja pi tapi terpaksa tingaikan mak coz mak dah tak larat nak mendaki Gua nie...hehee.....Kami mula dibawa menaiki bas dalam jam 10 malam mungkin sebab malam lebih sejuk..kalau la mendaki waktu siang panas terik adoi..teruk jugak la kami semua....Selepas sampai dikaki bukit kami di suruh turun oleh mutawif dari bas coz kami akan transit sebentar kat bawah tu dimana bas tak boleh naik ke atas untuk meneruskan perjalanan untuk kami mendaki...kami terpaksa tunggu van untuk naik ke atas...memandangkan kami terlalu ramai so pendakian jagi lambat coz tunggu semua naik van pulak untuk ke atas di mana tempat yang lagi dekat dengan bukit tersebut....
 




                     Pendakian kami dimulakan selepas semua sampai di kaki bukit....adoi..memang tinggi la tengok bukit nie  dah la curam dari bawah kaki bukit tapi ok la ada disediakan jalan-jalan kecil berbatu untuk pendakian tersebut...aku yang berjubah pun leh ja panjat..hehee...ya la tak ingat langsung nak bawa seluar track suit dan tshirt...rasa macam tak mampu tapi bila dah ramai yang join so jadi excited dan pendakian tak la penat sangat tapi penat la jugak nak sampai ke Gua Hira' nie.....
 
 
                        Akhirnya selama sejam lebih pendakian sampai juga kami kat atas tu..dengan kegelapan malam dan angin kekadang datang sepoi-sepoi bahasa, mungkin sebab tu mutawif suh mendaki malam lagi pun tak dak pun pokok ka apa kan klu siang adoi teruk jugak la berpanas...Kat atas nie pemandangan  kota mekah dari atas bukit dengan cahaya lampu..fuh..cantik tul....tak rugi pendakian aku malam nie.....

                      Untuk yang keletihan coz pendakian tersebut jangan risau coz kat atas nie ada orang jual air minuman sejuk dan panas...hehee...kat atas nie jugak ada dijual barangan untuk cenderahati....bila sampai kat atas bukit tu ingat dah sampai gua hira tapi silap la kena turun jauh kebawah pulak selepas tu untuk masuk gua hira'..aku ngan akak cuba jugak turun dan sampai ke bawah untuk masuk ke gua tersebut tapi sedih tul keadaan gua yang agak sempit so susah la bila dah ramai kan..aku ngan akak tetap jugak masuk tapi sedih lagi bila masuk tak sempat nak bergambar kat tempat duduk Nabi dan sembahyang...ada jugak yang berkesempatan bergambar dan solat kat situ...ramai sangat orang so malas nak tunggu untuk masuk....adoi.sedih...bila melalui tempat yang sempit untuk ke tempat persembunyian Nabi tu kita akan terasa macam mana kesusahan Siti Khadijah bawa makanan untuk Nabi masa tu....
                   Pendakian kami malam tu berakhir kira-kira jam 2 pagi..adoi letih giler.....nak turun nasib baik la tak sepenat masa pendakian....

Wednesday, September 19, 2012

DiARi UmRaH - Part 4

23 Ogos 2012  

                   Pada jam 6.30 pagi kami berkumpul di Hotel Lobi untuk dibawa Ziarah Luar kali ke 2 ke Gua Thur...tempat persinggahan Nabi dari Kota Mekah ke Kota Madinah...kami cuma dibawa untuk melihat Bukit tersebut dari kejauhan.....apa lagi kami semua bergambar ja la tanda kami pernah tengok tempat nie..eheee....kalut juga orang arab yang menjual barangan datang kat kami.    
 
                   

                     Selepas tu, kami semua dibawa ke Jabal Rahmah....kat sini pun ramai yang menjual kat atas tu....ada juga peminta sedekah kat atas jalan masa nak naik Jabal Rahmah tu..kecian rasa tengok... Dapat juga berdoa pa yang patut tapi mutawif kat sana kata kat sini tak dijamin pun doa dimakbulkan tapi ntah la pa pun berdoa ja la moga Allah kabulkan di mana tempat pertemuan Adam dan Hawa nie moga ada jugak untuk aku satu hari nanti..

 
                     Kat sini juga ada jualan ais krim yang seperti kat bawah nie...sedap jugak...aku boleh jugak habiskan coz panas sama kot..hehee.......

                    Selain itu, yang menarik kat sini ialah unta berhias.....leh ja bergambar dan nek unta kat sini cuma kena bayar la...ehehee...dalam 10 riyal kot sekali naik...tapi bergambar harga lain pulak....

 
                 Selepas tu....kami di bawa menaiki bas untuk melihat tempat-tempat manasik haji contohnya Padang Arafah, Mudzalifah, mina dan tempat melontar....Dalam hati moga ada la rezeki aku nak menunaikan haji plak pas nie..Amin

Tuesday, September 18, 2012

DiAri uMrAh - PaRt 3

19 Ogos 2012 (Ahad)
 
                    Hari ini hari Raya Aidilfitri....aku beraya di Masjid Nabawi, Madinah bersama saudara sesama islam dari serata pelusuk dunia...Sembahyang raya kat sini lebih kurang jam 6.30 pagi...walaupun tak semeriah raya di Malaysia tapi raya kat sini kami dipenuhi dengan cokelat dan kurma hadiah dari pak arab yang dermawan kat sini....Di dalam masjid dapat kami tengok anak-anak kecil orang Arab yang berpakaian serba cantik seperti kanak-kanak di Malaysia...yang dewasa pulak macam biasa ja jubah hitam ja la cuma kanak-kanak dapat kita tengok berbaju skirt kembang..hehhee....Mengikut plan semalam sepatutnya hari nie adalah Ziarah Dalam tapi memandangkan mutawif cakap ari nie penuh dengan orang sempena hari raya Aidilfitri so terpaksa di tunda keesokan harinya...
                    Di Kantin Hotel pulak kami dapat merasai nasi impit, lontong , sate dan rendang seperti di Malaysia... Disebabkan ari nie tiada Ziarah Luar atau Dalam so kami gi shopping ja....
 
20 Ogos 2012 (Isnin)
 
                     Kami berkumpul di Lobi Hotel dalam jam 6.30 pagi untuk Ziarah Dalam iaitu Ke makam Rasulullah dan masuk raudhah bersama dengan Mutawif perempuan yang disediakan oleh Pihak Andalusia...Kami mendengar taklimat ustazah tersebut dan ustazah menyatakan bahawa kita Masuk Masjid Nabawi adalah untuk :-
a) Nak beriktikaf bersama Rasulullah 
b) Nak masuk Raudah di mana selalunya doa mausia adalah mustajab dan
c) semoga mendapat syafaat dan berkat daripada Rasulullah.
 
21 Ogos 2012 (Selasa)
                    
                     Pada hari nie tak ada aktiviti bersama mutawif dah coz ari nie adalah hari terakhir kami berada di Madinah so terpaksa la meninggalkan bumi Madinah untuk terakhir kalinya dan kami perlu wat Ziarah Wida' ke Makam Rasulullah sebelum kami meninggalkan bumi nabi ini...Dalam 10.30 pagi mengikut arahan mutawif kami disuruh untuk menurunkan barang ke lobi dan terus wat Ziarah Wida' sebelum zohor...Dalam jam 2.30 petang kami berkumpul di Lobi selepas makan tengahari untuk meneruskan perjalanan kami ke Mekah pula dengan menaik bas. Perjalanan menaiki bas dari Madinah ke Mekah memakan masa lebih kurang 6 jam....kami singgah di Masjid Bir Ali untuk Niat Umrah...Selepas maghrib kami singgah di Wadi Kudat untuk makan nasi ikan..hehee........sedap jugak....nasi nie leh makan 5 orang..ada ikan dan ayam....

 
                             Dalam 10 malam baru kami sampai kat Mekah....So selepas check in hotel kami terus menjalankan kewajipan dalam umrah..umrah pertama kali kami di sini akan diketuai oleh mutawif tapi bila mula ja tawaf sebelum habis tawaf pertama pun kami dah terpisah dengan ustaz ye la memandangkan orang terlalu ramai so pas terpisah kami kena la wat sendiri..hehee...untuk saie nasib baik orang yang sama ngan kami tu dah biasa wat umrah so kami ikut depa ja la..hehee....bila dah setle tawaf, saie dan bergunting so selesai sudah umrah kami..lega rasanya.....selesai semua dalam kui 2.30 pagi walaupun awal pagi orang tetap ramai kat Masjidil haram nie...
 
22 Ogos 2012 (Rabu)

                            Hari nie tak dak aktivti bersama mutawiff, so semua wat aktiviti bebas sendiri saja.....cuma ada aktiviti ceramah agama je petang dalam jam 4.45 petang...Ceramah petang nie oleh ustaz mutawif dari indonesia..ceramah tentang kelebihan kota mekah...
 

Thursday, September 6, 2012

DiAri UmRaH....Part 2

18 Ogos 2012 - Part 2

                     Pada Keesokan paginya selepas sahur dalam jam 3 lebih pagi kami ke Masjid untuk sembahyang Subuh....Selepas solat kami dapat tengok payung di luar Masjid terbuka lebih kurang jam 5.30 pagi...Payung-payung yang cantik kat luar Masjid nie di digerak secara automatik...
                     Dalam jam 7.00 pagi kami diminta oleh Mutawif berkumpul di luar hotel untuk Ziarah Luar pertama kami di Madinah...Tempat pertama kami pi ialah Masjid Quba...Masjid nie adalah Masjid pertama sekali didirikan di Madinah  atas dasar takwa oleh Rasululah selepas perpindahan beliau dari Mekah ke Madinah..
 


Sabda Nabi Muhammad s.a.w :-

"sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan solat di dalamnya,ganjaran pahalanya samalah dengan pahala orang-orang yang mengerjakan ibadah Umrah"
                    
                 Selepas selesai solat di Masjid Quba..kami di bawa ke Ladan Kurma Abdul Aziz untuk melihat Pokok Kurma dan untuk membeli belah di sini....Macam-macam ada kat sini yang boleh dibawa pulang sebagai cenderahati untuk kengkawan contohnya cokelat, kurma, buah-buah macam apricot, tine dan macam-macam lagi..aku apa lagi ambik ja cokelat campur-campur yang sekilo RM30 riyal untuk kengkawan kat Malaysia.
 
 

 

                     Kat sini juga ada dijual buah zuriat macam kat atas nie baik untuk orang yang susah dan tak dak anak....buahnya keras...dalamnya baru ada isinya yang lembut....orang kata rebus isi dan makan..moga-moga pas makan dengan izin Allah dapat la zuriat....Selepas tu kami dibawa ke Bukit Uhud..tempat di mana berlakunya peperangan Uhud...
                   

 
                   Kat sini pun banyak dijual macam-macam la.....boleh jugak dibawa pulang untuk dijadikan cenderahati dan sebagainya...
 
 
 
                    Selepas Bukit Uhud kami dibawa ke Pasar Kurma....kat sini memang murah kurmanya..kurma pun macam-macam jenis jugak la....kat sini kami dapat Kurma Nabi yang kecik saiznya sekilo dengan harganya 50 riyal ja... Selepas habis shoping kat sini kami dibawa pulang ke hotel......
 
 
                    Kat atas nie gambar saat menanti time buka puasa untuk terakhir kalinya ramadhan di Madinah memandangkan sok dah raya!!!!!!!!!sonoknya time berbuka posa kat sini...ramai dermawan-dermawan arab nie yang bagi kami semua makanan untuk berbuka posa...tunggu ja kat dataran masjid tu tanpa makanan apa pun tapi bila saat dah nak dekat-dekat azan dah dapat macam-macam...dapat la aku kurma, air mineral, roti, yogurt, buah epal la untuk berbuka..semuanya pemberian orang arab yang dermawan kat sana...hehee......tapi pa pun selepas tu tetap kena cari nasi jugak so kami pun balik ke kantin hotel selepas berbuka yang ringan-ringan kat dataran tu...
 
 
                       Gambaran di Luar Dataran Masjid...ramai jugak Pak-Pak Arab nie berbuka posa kat luar nie dengan meja dan kerusi di hantar ke situ untuk berbuka posa pada ari tu ja.....Pada malamnya pulak mutawif bawa kami gi shoping jubah lak kat kedai Encik Rashid yang pandai cakap melayu dan leh dapat jubah dengan harga yang paling murah...
 
 

 

Tuesday, September 4, 2012

DiARi UmRaH 2012 - PeNyuCiaN JiWa di TaNaH SuCi......Part 1

16 Ogos 2012 (Khamis) - Part 1

                  Alhamdulilah.........Segala Penantian sebagai Tetamu Allah dah tiba la.....aku, mak dan akak mula melangkah ke rumah akak di Puncak Alam awal sehari sebelum keberangkatan ke Madinah dengan menaiki kapal terbang.
                 Bertolak dari rumah akak kat Puncak Alam dalam pukul 4.30 petang memandangkan kami kena berada di KLIA dalam pukul 7.00 malam dan flight dalam pukul 10.00 malam.  Bergambar dulu sebelum kuar dan azizi sebagai bakal ustaz membacakan doa dan azan sebelum kami melangkah kuar dari rumah akak....

                        Perjalanan ke KLIA dalam bulan puasa nie jugak banyak menduga kami jugak, akak tetiba muntah lak di tengah jalan coz terlalu lama kami tersangkut dalam traffic jem mungkin sebab ramai dah kuar dari ofis, coz semua kalut nak balik rumah untuk berbuka posa....nasib la plastik ada dalam kereta kalau tak berterabur dah muntah akak dalam keta gen2 dia sendiri, heheee...Alhamdulilah aku dan mak ok ja....dalam kui 6.00 petang sampai la aku kat KLIA, tempat yang pertama kali jugak aku jejak...luas jugak dan banyak kedai dibuka atas tu tak lupa jugak kedai fast food...bila sampai ja kat dalam KLIA tu dah dapat tengok orang yang bawa beg Andalusia so kami pun berkumpul la kat situ jugak..mudah kan..hehee...dah confirm satu geng punya la dah beg pun sama...
                   Selepas jumpa staff Andalusia dan kami diberi beg berisi biskut dan buku yassin...kami disuruh datang semula selepas berbuka puasa dalam pukul 8.00 malam untuk mendengar briefing yang seterusnya daripada pihak Andalusia...
                    Akak Zirah membawa kami sekeluarga untuk berbuka puasa di Burger King..apa lagi anak buah aku Zikri suka giler la fast food nie..aku pun first time jugak nak rasa Burger King..hehhee.....kita makan dulu...
 
 
                     Selepas briefing dari staff Andalusia...beg kami yang nak dimasukkan ke dalam kargo dan mula ditandakan oleh staff depa...so lepas tu apa lagi pi bawa la beg yang nak masuk dalam kargo untuk pemeriksaan oleh staff KLIA...lepas tu terus ke step yang seterusnya masuk untuk pemeriksaan imigresen dan sebagainya...sedih terpaksa tinggalkan akak dan Malaysia...huhu...Sempat wat sembahyang Jamak magrib dan isyak...hehe...nie jugak aku baru start belajar wat sembahyang Jamak..sebelum ni klu pi kuar untuk perjalanan yang jauh still sembahyang ikut masuk waktu tak pernah wat jamak...Selepas selesai imigresen kami terus naik train kecil kat dalam tu tak sangka lak ada train untuk ke terminal....hehee....
                     Dalam kui 10.30 flight mula bertolak dari terminal...hati gugup, takut, berdebar n teruja pun ada jugak ye la first time naik flight..huhu...bunyi kuat kipas kapal terbang wat ati berdebar-debar tapi ok lagi leh tahan jugak la..perlahan-lahan bergerak dan terus naik atas..adoi....kami menaiki flight egypt air so dapat la tengok pramugara dan pramugari Mesir, leh tahan jugak rupa depa nie..hehee.....Sebelum flight bertolak, kat depan tempat duduk masing-masing ada tv seperti kat bawah nie.. so tak perlu risau bosan ka apa ka..hehee..
                        Sebelum bergerak, akan ditunjukan bacaan doa naik kenderaan dan cara-cara penjagaan keselamatan di dalam flight contohnya cara nak pakai belt dan arahan-arahan lain kat skrin nie dalam bahasa arab dan English...dalam nie jugak ada macam-macam movie la, kartun la lagu la dan macam-macam lagi so tak la bosan...hehee.....kat skrin tu jugak leh kita tengok information tentang flight contoh dah kat mana dan flight berapa laju dan ketinggian flight masa tu..tapi memandangkan malam so tak nampak apa-apa pun kat luar flight tuh...
                       Dalam masa 2 jam macam tu sampai la kami kat bangkok so terpaksa transit dalam sejam lebih kat situ..transit pun just kuar dan jalan-jalan dalam terminal tu jugak dan bila dah ready flight depa suh la masuk balik..adoi..masa transit nie la depa cuci dalam flight tuh...pasai makan lak tak payah risau coz 3 kali makan kami atas egypt air nie..jom ushar kat bawah nie pa yang kami makan kat atas flight tu..leh tahan jugak la tapi aku nie biasa la kurang makan so just rasa sikit-sikit ja..hehehe......


                      Makanan yang last kat atas nie depa bagi masa dah pagi, so memandangkan kami semua posa so depa bagi plastik untuk membungkus roti dan air kotak nie untuk kami bawa balik hotel..ehheeee..........Kami sampai ke Cairo pada 17 Ogos dalam pukul 4.30 pagi di Malaysia dan 10.30 pagi di Jeddah....
                      Di Terminal Jeddah kami terpaksa menaiki bas untuk ke Madinah yang mengambil masa lebih kurang 6 jam lebih..dalam pukul 7 lebih malam sampai la kami kat hotel di Madinah, so kami terus disediakan makan malam iaitu berbuka posa di kantin hotel tersebut...adoi, penat sungguh perjalanan kami tapi alhamdulilah semua berjalan lancar sampailah kat hotel di Madinah....sampai dah aku kat Madinah...dalam bas sebelum stop di hotel, mutawif bercerita sikit tentang Bumi Madinah dan memperingatkan kami tentang Rasulullah dan kami mula berselawat sambil terasa syahdu dan titisan air mata mula menitis......
                        Atas nie rupanya makanan kami untuk berbuka posa..apa lagi dalam kelaparan terus bedai ja la..boleh la tahan lauknya seperti kat Malaysia jugak la walaupun tak sehebat lauk mak masak......kat sana tak leh la nak mengharap lauk macam kat Malaysia nama pun dalam musafir kan so bedal ja la asalkan perut anda tak berbunyi kuat, hehehe..... Selepas makan terus naik atas hotel..letih betoi la...tertanya-tanya sok jagi raya ka tak..sedih tak dapat terawih kat Madinah...pas tu dengan kepenatan perjalanan dari Malaysia ke Madinah so tak sempat nak sembahyang berjemaah kat Masjid Nabawi...dapat tengok masjid tersergam indah....pas tu lepas sembahyang isyak pi turun bawah hotel..pas tu tengok depa terus sembahyang lagi, adoi..tak jadi la raya so ada terawih...adoi..terlepas terawih kat Masjid Nabi..sedih tul..terlepas da..kepenatan wat kami tak larat nak wat terawih..adoi..rugi besar da....kami bukan menginap di hotel yang kami makan untuk berbuka posa tadi tapi terpaksa berjalan jauh lagi untuk ke hotel yang kami boleh menginap memandangkan hotel tadi penuh..tapi sonok coz hotel baru nie dekat ja ngan Masjid Nabawi dalam 50 meter ja..dari hotel pun dah dapat tengok Masjid Nabawi...tenang betoi...Alhamdulilah...terima kasih Allah.....kat bawah nie dia rupanya hotel kami yang dekat sangat ngan Masjid....hehee...malam nie dapat rasa jus mangga yang harganya 5 riyal ja sedap tul...pekat giler la...sedap..rugi tak rasa klu pi sana..memang berbeza dari jus di Malaysia....try..try...klu anda pi kat sana...


 
                       Bilik hotel nie pun leh tahan besar jugak la...hehee....katil ada 4 tapi kami bertiga ja so satu katil untuk buh beg je.....