Baru-baru nie g lunch kat Seoul Garden kat Auto City Juru ngan mak, akak dan adik aku yang kuat makan tu.....nak pi makan kat situ pun coz akak aku dapat baucar percuma RM20 untuk RM80 sekali makan tu pun selepas dia buat kad ahli kat situ...Boleh la tahan untuk weekday biasa dewasa dalam RM32.99 dan untuk warga emas macam mak aku leh dapat RM19.99 saja..apa lagi dah leh untung RM20 pa lagi belasah ja la makan kat situ...untuk sampai kat Seoul Garden nie senang ja restoran nie kat Auto City Juru pas tu cari KFC dan restoran nie sebaris ngan KFC...
Kat atas nie gambar pa makanan kat Seoul Garden nie..mula-mula sampai staff kat situ akan bagi tempat untuk kita duduk dan dia akan bagi pilihan soup yang kita nak so pilih ja mcm tomyam ka dan macam-macam lagi..pas pilih dia akan pasangkan api dan dia letakkan sup yang di pilih dan pas tu kita g ja pilih pa yang kita nak makan untuk dicampurkan di dalam sup tu atau pun untuk dipanggang.....senangkan..macam-macam pilihan ada contohnya sayur-sayuran, buah-buahan dan pilihan untuk panggang contohnya ayam, kambing , sotong dan sebagainya....
Untuk kengkawan yang nak tau pa lagi yang ada so leh ar try sekali bila dapat gaji nie untuk makan kat Seoul Garden nie, makan la sebanyak mana pun yang anda larat dari 11.30 sampai kui 4 petang...tapi yang pasti memang tak larat nak makan banyak sangat pun kan..hehee......terdampar kepenatan aku dan yang lain-lain coz makan yang banyak....yang pasti laksa kat situ aku tak lupa try...rojak pun sedap...
Kat atas nie bergambar sebelum pulang..aku pulang bersama aiskrim malaysia...tu pun di buat oleh Seoul Garden nie..hehee..sapa kata kat Seoul Garden nie tak dak aiskrim malaysia.......balik makan aiskrim nie rupanya sedap jugak mungkin dia campur ngn aiskrim yang tak habis dan cendoi yang tak habis kot sebab tu depa wat aiskrim nie.....
0 comments:
Post a Comment