Pages

MaSYgHuL (SuKa DuKa) HaTiKu.........

HiDuPku........PeRjaLaNaNku.........DeStinAsiku......

Muqaddimah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم (Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm)

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

My Life......Hidupku
My Journey......Perjalananku
My Destinations..........Destinasiku

Sedihku sakitku ku terima,Ku rela ku pasrah jalanku,Ini suratan aku dicuba,Demi rahmat-Mu ku memohon

Kenapa susah untuk memaafkan dan kenapa susah lagi untuk melupakannya....

Wednesday, April 18, 2012

LuNch KaT SeOuL GaRdEn AuTo CiTy JuRu............


           Baru-baru nie g lunch kat Seoul Garden kat Auto City Juru ngan mak, akak dan adik aku yang kuat makan tu.....nak pi makan kat situ pun coz akak aku dapat baucar percuma RM20 untuk RM80 sekali makan tu pun selepas dia buat kad ahli kat situ...Boleh la tahan untuk weekday biasa dewasa dalam RM32.99 dan untuk warga emas macam mak aku leh dapat RM19.99 saja..apa lagi dah leh untung RM20 pa lagi belasah ja la makan kat situ...untuk sampai kat Seoul Garden nie senang ja restoran nie kat Auto City Juru pas tu cari KFC dan restoran nie sebaris ngan KFC...

            Kat atas nie gambar pa makanan kat Seoul Garden nie..mula-mula sampai staff kat situ akan bagi tempat untuk kita duduk dan dia akan bagi pilihan soup yang kita nak so pilih ja mcm tomyam ka dan macam-macam lagi..pas pilih dia akan pasangkan api dan dia letakkan sup yang di pilih dan pas tu kita g ja pilih pa yang kita nak makan untuk dicampurkan di dalam sup tu atau pun untuk dipanggang.....senangkan..macam-macam pilihan ada contohnya sayur-sayuran, buah-buahan dan pilihan untuk panggang contohnya ayam, kambing , sotong dan sebagainya....
         Untuk kengkawan yang nak tau pa lagi yang ada so leh ar try sekali bila dapat gaji nie untuk makan kat Seoul Garden nie, makan la sebanyak mana pun yang anda larat dari 11.30 sampai kui 4 petang...tapi yang pasti memang tak larat nak makan banyak sangat pun kan..hehee......terdampar kepenatan aku dan yang lain-lain  coz makan yang banyak....yang pasti laksa kat situ aku tak lupa try...rojak pun sedap...
             Kat atas nie bergambar sebelum pulang..aku pulang bersama aiskrim malaysia...tu pun di buat oleh Seoul Garden nie..hehee..sapa kata kat Seoul Garden nie tak dak aiskrim malaysia.......balik makan aiskrim nie rupanya sedap jugak mungkin dia campur ngn aiskrim yang tak habis dan cendoi yang tak habis kot sebab tu depa wat aiskrim nie.....

Sunday, April 15, 2012

KuRsUs UmRaH di PeJaBat AnDaLuSia SeBeRaNg JaYa......

            Baru-baru nie pada 31hb Mac yang lalu aku, akak dan mak telah menghadiri kursus umrah yang diadakan di Pejabat Andalusia di Seberang Jaya dari jam 9.00 pagi sehinggan 1.00 tengah hari...Kursus umrah ini  diadakan 2 minggu sekali di pejabat tersebut...masa aku gi dengar kursus nie ramai jugak la yang hadir untuk mendengar cara-cara untuk menjalai ibadah umrah di tanah suci Mekah....Banyak jugak yang aku dapat pelajari daripada ustaz yang memberi ceramah pada hari tersebut...dalam masa 4 jam sahaja kami dah belajar cara nak mengerjakan umrah tapi rasa macam tak berapa faham jugak... Insyallah aku akan datang lagi untuk mendalami dengan lebih lagi cara nak mengerjakan umrah...
Di antara yang aku dapat ialah :-
                        * Sunat membawa duit lebih semasa ke Mekah supaya
                           senang nak wat pa pun
                        * Memperbanyakkan derma kat sana
                        * Jangan marah - marah atau bertelagah ngan orang arab kat sana
                        * Jangan ditegur yang bukan - bukan dan mulut kena jaga
Yang penting sekali ustaz tu pesan kita kena banyak - banyak sabar bila berada kat sana...Ikhlas mengerjakan ibadah umrah dan berdamping dengan Allah ...Khusyuk dan Tawaduk mengerjakannya...........

KuRsuS AsAs HaJi / UmRaH 2012 di MaSjiD TuAn AbDuLLaH......

              Baru-baru nie bermula Kursus Asas Haji dan Umrah kat Masjid Tuan Abdullah seberang jalan kat rumah aku ja.... Kursus nie start mulai 15 April sehingga 15 Julai setiap hari ahad mulai jam 9 pagi berakhir dalam 11 lebih ke 12 tengah hari oleh Ustaz Haji Hassan.
Jadual adalah seperti diatas.....
Minggu pertama - 15 April 2012 (Pengenalan Haji dan Umrah)
1.  Hukum mengerjakan Haji dan Umrah - Wajib sekali seumur hidup untuk Haji dan Umrah ke atas setiap mukallaf laki dan perempuan yang berkemampuan berdasarkan al quran dan hadis dan Ijmak.
     Firman Allah - Dalil Al-quran - "Dan laksanakanlah Haji dan Umrah sesempurnaanya"
     (Al-Baqrah ayat 196)
2.   Talbiah hendaklah diganjilkan di antara 3 hingga 11 diselangi ngan selawat ke atas Nabi dan bacaan doa.
    

Pesanan Ustaz Hassan untuk minggu nie ialah untuk mengerjakan Haji atau umrah kita perlulah mengorbankan duit/wang , masa untuk haji yang sempurna. 
Apabila selesai tawaf hendaklah sembahyang di makam ibrahim sebelah kiri atau belakang sebagai mensyukuri nikmatnya, ini adalah kerana seruan Nabi Allah Ibrahim a.s.
Minggu kedua - 22 April 2012 (Syarat Haji dan Umrah)
Syarat Wajib Haji
1.  Islam
2. Baligh(sampai seruan Islam cth solat , puasa)
3. Merdeka (bukan hamba abdi)
4. Berakal (waras, tidak gila)
5. Berkuasa(Istitha'ah)
   - berkuasa dengan sendirinya
   - berkuasa dengan perantaraan orang lain

Semasa Haji atau Umrah - diantara perkara yang tidak boleh wakil atau kena dilakukan sendiri walau guna pegusung atau kerusi roda ialah:-
1. Tawaf
2. Saie
3. Gunting
4. Niat

Konsep Berkuasa ialah:-
1. Perbelanjaan yang cukup untuk dirinya pergi dan balik dan tunai haji dan untuk sara hidup dan nafkah orang yang dibawah tanggungjawabnya dan ditinggalkannya dan harta melebihi hutangnya (periadi dan sedara mara dan kawan-kawan)
2. Mempunyai kemudahan keperluan seperti makan , minum dan sebainya dengan harga yg berpatutan menurut tempat dan keadaan pada ketika dalam permergiaan ke tanah suci tersebut.
3. Mempunyai kenderaan samaada dengan dibeli atau disewa untuk pergi ke tanah suci dan pulang ke tanah air
4. Aman dan selamat dalam perjalanan daripada perkara yg boleh membahayakan diri, harta, kehormatan serta org2 yang bersamanya.
5. Sedia mematuhi undang2 dan peraturan negara arab saudi kedua tanah haram.
6. Mempunyai masa yang cukup utk mengerjakan kesemua urusan hajinya.
7. Anda termasuk dalam kuota
8.Bakal Haji wanita - wajib ditemani mahram atau ditemani 2 wanita Tsiqah.
*Boleh pergi tanpa mahram kalau dia leh jaga keselamatan dirinya sendiri / boleh kuar tanpa mahram iaitu boleh berjalan dengan aman

Mahram untuk jemaah wanita:-
-ayah                                                              - bapa saudara (Abang dan adik ibu)
-datuk dan keatas                                       -ayah mertua dan menantu
-anak lelaki                                                  -abang, adik laki2
-cucu laki2 dan kebawah                          - anak tiri dengan suami yang telah bersatu
-bapa saudara (abang atau adik ayah)   - bapa tiri yang telah bersatu dengan ibu
-anak susuan dan saudaranya(5 kali susuan)
Minggu ketiga - 29 April 2012 (Rukun/Wajib Haji dan Umrah)
 Rukun -  merupakan perkara asas yang mesti dilakukan untuk sah dalam ibadah. Sekiranya ditinggalkan sesuatu rukun atau tidak dilakukan  mengikut syaratnya umrah itu tidak  sah dan pelaku masih dalam ihram terpaksa ulangi semua amalan itu sehingga selesai  dan wajib disegerakan qada'.

Wajib - Perkara yang kena buat tapi jika ditingalkan sesuatu atau tidak dilakukan boleh buat timbang tara atau mcm mana nak buat iaitu:-
a) berdosa - kena minta ampun dari Allah
b) berdosa dan kena dam
c) tak berdosa dan tak kena dam
d) dikenakan dam tapi tidak berdosa

Jenis Niat
a) Niat Haji
b) Niat Umrah
c) Niat Haji dan Umrah - serentak
      

Minggu keempat  - 06 Mei 2012
Amalan di tanah suci :-
a) Perbanyakkan Istighfar - 11 ribu istighfar untuk ringankan kerja
b) perbanyakan bacaan Qulhuallahuahad
c) berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

Tawaf
-iaitu mengelilingi kaabah sebanyak 7 pusingan
Hikmat Tawaf
-Malaikat Allah mendekatkan dirinya dengan "Baitul-Makmur" maka Allah menyuruh orang2 islam mendekatkan diri dengan "Baitul-Llah/Kaabah"
Jenis2 Tawaf
a) qudum
b) Haji / Umrah
c) sunat & Tahiyyat (masuk masjid)
d) Nadzar
e) Wida' (meninggalkan makkah)

Syarat Tawaf
a) Mestilah dalam Masjidil Haram
b) suci daripada 2 hadas & najis
c) Menutup aurat
d) 7 pusingan dengan yakin
e) bermula dari hajarul Aswad
f) Sentiasa mengirikan kaabah
g) Tidak berubah niat

Saie
- mula dari as shafa
-450 m x 7 kali
- lebih kurang 3.15 km
Sah Saie
a) Mula di Safa dan berakhir di Marwah - 7 x
b) ditempat yang dikhaskan -Batnul Wadi (perut lembah)
c) tak berubah tujuan berjalan
Tahalul
-melepaskan diri dari pantang larang semasa dalam ihram
-menghalalkan semua perkara yang diharamkan ketika dalam ihram
-keluar dari ihram
*Untuk Murah rezeki -Jangan aniaya orang atau binatang
-sembahyang tahajjud
-solat Dhuha (buat luar rumah)

Minggu kelima- 13 Mei 2012 (Rukun/Wajib Haji dan Umrah)

Perkara Wajib Haji
a) Niat Ihram di Miqat
b) Memelihara Pantang larang dalam Ihram
c) Bermalam di Muzdalifah
d) melontar Jamratul Kubra
e) Bermalam 2 atau 3 malam di Mina
f) Melontar 3 jamrah pada hari Tasyrik
Minggu keenam- 20 Mei 2012 (Pantang Larang dalam Ihram)
larangan dalam Ihram adalah apabila seseorang bakal haji berniat ihram sama ada berniat umrah/haji atau berniat ihram sahaja maka terikatlah ia dengan larangan-larangan tertentu.
5 perkara pokok larangan dalam Ihram.
a) Pakaian
    Jemaah Laki-laki                                                  Jemaah Wanita
    * Tidak boleh memakai pakaian bersarung * Tidak boleh menutup muka
    * Tidak boleh menutup kepala                       * Tidak boleh memakai sarung tgn
 b) Berwangian
  Jemaah Laki-laki  dan wanita
    * Pakai bauan sama ada di badan, pakaian dan menghisapnya ke dalam hidung
      (spt tembakau yang wangi)(Sabun mandi boleh guna)
    * Pakai minyak di kepala atau janggut dan semua bulu muka selain daripada
       tumbuh di pipi dan dahi
    *Menangalkan rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan
     (dam 7 riyal / secupak gandum sekiranya sehelai bulu gugur)
      Dam - kambing seekor jika tak mampu 14 riyal untuk 6 fakir miskin
      atau puasa 3 hari
 c) Kecantikan
    *Mengerat / memotong kuku
 d) Hubungan Jantina
    *Melakukan pendahuluan persetubuhan
    *bersetubuh / berjimak
    *berkahwin / menerima wakil kahwin / mengahwinkan
e) Alam Sekitar 
    *Memotong / menebang / mengerat / merosakkan pohon & tanaman
     yang tumbuh  di tanah haram
    *memburu binatang darat yang bersifat Liar serta halal di makan.
      cth:- angsa, pelanduk, rusa dan kijang
    *boleh merosak / menebang di Arafah, Tanaiem, Ji Ranah dan seumpamanya
3 Jun 2012 (Penjagaan Kesihatan Bakal Haji)                                          <><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Surah Ali 'Imran
Ayat 97
Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk." (97)

- Ibadat Haji merupakan satu Ibadat Perbuatan sebab tu Bakal Haji/Umrah perlu sihat kerana banyak berjalan kaki ke mana sahaja untuk menunaikan ibadah atau urusan rasmi semasa berada di tanah suci

-Ibadat dalam mengerjakan umrah / haji banyak memerlukan tubuh sihat

- Ibadat haji memerlukan tenaga dan kesihatan

- Bakal Haji diwajibkan untuk menjalani checkup sebelum menunaikan haji kerana :-
   *Menyediakan rekod rawatan supaya mudah dapat rawatan ketika berada di Mekah
   *Mengesan jika bakal haji wanita yang hamil..jika hamil tidak boleh menunaikan haji
   * Mengesan kes tidak siuman, nyanyuk
   *supaya Jemaah sihat

-Untuk sihat bakal Haji/umrah perlu:-
  *memperbanyakan senaman sebelum ke Mekah
   -kebaikannya ialah memperbaiki pernafaasan, mengurangkan stress, mengekalkan berat badan, meningkatkan tenaga dan stamina, mengekalkan segar dan sihat
  * Menjaga pemakanan
  -memastikan sumber tenaga (kalori)zat yang diperlukan tubuh untuk tumbesaran,bergerak,berfikir, beribadat
 -makanan yang cukup karbohidrat dan membekalkan imbangan
-makan hidangan harian yang segar dan seimbang
-banyak minum air kosong kerana panas

Bakal Haji/Umrah dinasihatkan supaya:-
-sentiasa bersabar
-pakai pakaian berwarna putih dan tidak tebal adalah sesuai jika panas
-elak dari terdedah dengan cuaca sejuk dengan memakai pakaian tebal, berstokin, dan tutup kepala
-tutup mulut jika berhabuk
- banyak minum air kosong

1 Julai 2012 (Amali Tawaf)

              Minggu nie belajar Amali Tawaf dengan Replika Kaabah yang dicipta sendiri oleh Ahli Kariah Masjid. Wah...rasa memang betoi-betoi kat Mekah...

                Ustaz menerangkan apa yang ada kat Kaabah dan nama setiap penjuru yang ada kat Kaabah tu..aku dan mak dengar dengan penuh khusyuk ya la nie la amali yang akan kami ikut di Kaabah yang sebenar nanti..Bila tengok mak penuh khusyuk dan mak cakap dia dengar pa yang ustaz cakap coz dekat dengan speaker..hati ku terdetik kegembiraan dan alhamdulilah seronok sangat tengok mak teruja......Ya Allah Terima Kasih bagi aku kemurahan rezeki untuk bawa mak menunaikan Umrah untuk pertama kali dalam hidup mak...mak pun tak pernah rasa dia mampu nak ke Mekah disebabkan kemiskinan yang terpaksa dihadapi semasa kami kecil tapi alhamdulilah sekarang tak seperti dulu lagi selepas semua membesar....aku rasa nie hadiah terbesar yang mampu aku bagi kat mak yang tersayang dan tercinta.....
              Selepas ustaz memberi penerangan yang panjang lebar pa yang nak dibuat...sesi amali turut di cuba oleh semua mak cik -mak cik dan pak cik-pak cik termasuk mak aku..mak betoi-betoi teruja...Alhamdulilah...mak leh faham.....

Diantara yang dipelajari masa amali tersebut ialah :-

- Apabila nak memulakan tawaf mengangkat tangan kanan sebagai isyarat , isyarat sapu hajarul aswad dan sentuh bibir..pastikan jangan sampai bunyi apabila sentuh bibir

-Semasa di Rukun Yamani pun kena tunjuk isyarat tangan tapi tak perlu isyarat sapu dan sentuh bibir
-Semasa tawaf tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Kaabah/ batal menyentuh bahagian kaabah contohny kelambu Kaabah dan lampu di Hijr Ismail kecuali selepas tawaf 7 pusingan
-Antara Rukun Yamani dan Maqam Ibrahim adalah tempat yang mustajab doa..Mohon lah doa peribadi masa kat sini
-Bila wuduk batal kita kena cam tempat dan pusingan yang ke berapa supaya kita boleh kembali ke situ selepas ambik air sembahyang.. lagi elok kalau mula balik di hajarul aswad dan pusingan baru
-Kalau ada orang tolak kita semasa tengah tawaf kita kena undur balik kat tempat sebelum ditolak
8 Julai 2012 (Amali Tawaf)

            Minggu nie belajar Amali Tawaf...kat atas nie replika tayar untuk Bukit Safa.....
             Mula kat Bukit Safa...Mengiri ke Kaabah dan mengangkat kedua belah tangan menghala ke Kaabah, kucup dan kemudian baca doa dan sapu muka..pandang ke Marwah dan mulakan berjalan kaki sehingga ke tiang hijau dan berlari-lari anak untuk lelaki sahaja sampai ke Marwah..

           Bila sampai di marwah menyerong ke kanan , angkat tangan dan baca doa....ulang alik sebanyak 7 kali.  Bila dah cukup gunting rambut...masa gunting pun mengadap ke Kaabah dan baca doa pas tu buang rambut dalam tong rambut yang disediakan....doa semoga Allah terima rambut kita untuk tahalul dan terimalah umrah dan ibadah kita....
         Selepas selesai Amali Saie ada lak sesi dialog haji dan umrah oleh cikgu Salleh dan Ustaz Hassan...Diantara yang menarik di sesi dialog tersebut ialah:-
Persediaan awal
a)menyediakan 3 beg iaitu untuk beg besar(pakaian), beg sederhana dan yang kecil sekali untuk diletakan di leher
b)membawa ubat untuk keperluan
c)Sebelum keluar rumah sembahyang sunat meningalkan rumah pas tu terus keluar, sunat untuk menyeruh orang azan dan doa semoga perjalanan lancar
d)Seandainya orang bagi duit...kita kena terima dengan hati yang lapang dan klu rasa orang yang bagi tu tak elok latar belakangnya kita tak yah bagi kat Baitulmal....duit orang bukan islan boleh diterima dan bawa pi Mekah

Dalam Kapal Terbang
a)rehat ja sambil talbiah dan zikir
b)jaga sembahyang sekadar hormati waktu, qadha bila ada waktu kerana di atas kapal terbang tak tau kiblat kot mana
c)boleh buat qasar dan jamak

Sampai rumah selepas selesai umrah
a)Singgah sekejap di masjid sebelum sampai rumah untuk sembahyang sunat musafir balik
b)sembahyang sunat masuk rumah 2 rakaat
c)cerita yang elok-elok sahaja dengan orang lain
d)kena buat yang baik-baik kerana lebih 40 malaikat rahmat ikut kita pulang ke tanah air dari Mekah