Baru-baru nie pada hari Sabtu lepas, aku memulakan langkah pertama untuk menjadikan harapan tahun 2012 aku nie untuk bawa mak pi umrah dengan pi kat Pejabat Andalusia Travel & Tours Cawangan Pulau Pinang iaitu di Seberang Jaya. Sebelum memilih Andalusia Travel & Tours sebagai pilihan kami untuk mengerjakan umrah, banyak lagi syarikat yang menyediakan Pakej Umrah yang kami tengok ada yang murah ada yang mahal tapi biasa la bila murah lak dia terus pi mengerjakan Umrah tanpa ziarah ke tempat lain. So aku ngan akak mengambil keputusan untuk mengerjakan umrah sambil ziarah ke Cairo..rasa macam teringin nak pi tengok Piramid, Sphnix dan mumia kat mesir tu. Aku pun pi la tanya kat pejabat Andalusia kt Seberang Jaya nie ofis nie pun baru ja buka dalam sebulan lebih macam tu...alhamdulilah la....sampai ja kat depan pintu tu di buka oleh seorang pekerja lelaki di depan yang sungguh baik dan penuh dengan senyuman...sebelah kaunter tu ada lak kaunter untuk pertanyaan, aku dilayan oleh seorang gadis yang ramah, baik dan penuh dengan senyuman..layanan yang sungguh baik, heheee...........teruskan bersikap macam tu ek.....macam-macam aku tanya dan macam-macam jugak aku dapat pengetahuan..so aku bawa balik semua tu untuk bagi tau kat akak dan mak aku..tapi pa pun mak tu mengikut ja.....keputusan akan dibuat di dalam masa yang terdekat coz takut juga terlepas flight nie coz ada 2 ja penerbangan untuk umrah akhir ramadhan..harap-harap tercapai untuk raya kat Mekah nanti............Insyaalah.....kat atas nie gambar Pejabat Andalusia kat Seberang Jaya..senang ja nak cari pejabat nie dekat ja ngn Kassim Mustafa Nasi Kandar ngan 7eleven....semua kedai nie berdepan ngn Sunway Carnival.......apa-apa leh cari kat website Andalusia Travel & Tours....kawan ofis kata Pakej Andalusia nie bagus coz ada Mutawwif yang bagus so nak jugak try, hehehee.........Insyallah moga murah rezeki dan dapat sampai ke sana dengan lancar dan dapat wat pa yang patut kat sana sambil bawa mak tersayang aku...Amin...
Antara pakej yang disediakan oleh Pihak Andalusia dan pakej yang menarik perhatian aku dan akak...hehee....umrah dan ziarah ke Cairo.....Moga harapan tercapan............Amin
0 comments:
Post a Comment