Sabtu, 29 Oktober 2011..aku, akak dan mak berkunjung ke Hari Peladang, Penternak, Nelayan & Karnival Koperasi Peringkat negeri Pulau Pinang yang telah diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya. kami sampai kat situ jam 9.30 pagi so tak ramai lagi yang buka kedai jualan masing-masing mungkin awai sangat lagi kot.
Sampai kat sana aku ngan mak apa lagi memang suka tengok tanaman yang menghijau kat sana pa lagi mak aku walaupun tak larat nak berjalan pun gagah juga tengok smua tempat jualan yang ada. Macam-macam ada jualan pokok, bunga, barangan keluaran Bumiputera, binatang dan lain-lain. Aku rasa macam nak beli semua bunga ros tu cantik dipandang tapi bila bawa balik tanam kat rumah mesti mati ntah la mungkin tangan tak sesuai kot.... masa tengok pokok-pokok kat sini ada yang nak dikongsikan bersama diantaranya ialah:-
Pokok nie digelar buah ajaib atau Miraculous Berry dan satu tempat lagi aku pi dia panggil sweet berry tapi still pokok yang sama la...memang sweet....Pokok nie dari Afrika....Digelarkan buah ajaib kerana memang benar-benar menepati rasannya manis, daunnya lebar, lonjong dan berwarna hijau tua buahnya pula bersaiz kecil dan lonjong seperti buah kopi. Sweet berry nie akan berwarna merah apabila matang dan mempunyai biji. Buahnya manis tapi kandungan gulanya tidak membahayakan kesihatan. Ia dikatakan ajaib kerana buah ini menimbulkan rasa manis yang berpanjangan bila memakannya selama dua atau tiga jam selepas memakannya.. apabila makan buah ini, sebarang makanan atau minuman yang masam akan terasa manis kerasa rasa manis buah melekat pada lidah. rasa manisnya mengandungi protein miraculin yang merangsang deria rasa manis pada lidah yang mengubah rasa masam walaupun cuka. Daunnya pula boleh digunakan untuk mengubat sakit gigi. Manakala bagi penghidap kencing manis dengan memakan tiga helai daunnya setiap hari dapat mengurangkan kadar gula yang tinggi dalam darah. Ia jugak boleh menghilangkan rasa lenguh dan bisa-bisa tulang hilang dengan sendiri. Tubuh jugak akan berasa segar walaupun memandu berjam-jam untuk perjalanan jauh, mata jadi cerah dan boleh menghilangkan mengantuk.. Klu terasa tidak sedap seperti nak demam ambik daun dan makan insyallah akak kebah.. Ia juga menyegarkan tubuh dan meningkatkan nafsu seksual. Selain itu, sweet berry ini berkhasiat untuk merawat gout, kencing manis dan darah tinggi juga baik untuk luka dalaman dan gastrik.. Ia juga berkhasiat untuk kecantikan.... Banyak tul khasiat pokok ajaib nie tapi ntah la betoi ka tak kan apa pun sebaik-baiknya disertakan dengan doa kerana dari situlah akan datang keberkatan dari rezeki yang ditumbuh kan kelak...walahualam...hanya Allah yang mengetahui kan....
Satu lagi pokok yang menarik ialah Pokok Mahkota Dewa atau (phaleria macro carpa) dikenali sebagai satu tanaman ubat di Indonesia yang berasal dari Papua/Irian Jaya. Diantara khasiatnya ialah:-
Daun - Ubat ghout, jerawat, tenaga bain lelaki/wanita
(dikeringkan dahulu, direbus dan diminum)
Bunga - sakit kepala, minyak wangi
(letakkan dibawah lidah apabila sakit kepala)
ranting - sakit urat, organ dalaman
batang - kanser tulang, organ dalaman
(direbus dan diminum 1/2 gelas)
isi buah - darah tinggi, kencing manis, kolesterol, maigrain
(hirisan dikeringkan dan direndam dlm air panas)
sabut buah - barah pangkal rahim, barah payudara, kolesterol
(hirisan dikeringkan dan direndam dlm air panas)
biji (ada racun) - ubat gatal
Ada juga booth dari Jabatan Veterinar dan Perhutanan Negeri...kat atas nie gambar binatang yang ada masa pameran tu ada kambing, burung, arnab, ular dan macam-macam lagi.
Nie lak gambar ayam selasih...nie pertama kali tengok ayam selasih nie memang berbeza cket dari ayam biasa la..akak kata leh wat ubat tapi tak tau la untuk sakit pa atau kegunaannya macam mana....harganya rm150...
Nie lak ayam silkie...rasanya ayam paling pemalu kot coz memang tak nak tengok muka orang pn..dia sembunyikan muka dia dah tu gebu betoi la....harganya rm100...
Gambar kat atas nie lak adalah nenas yang sangat besar tak tau mai dari mana coz tak tanya pun lalu ja dan ambik gambar. Nenas nie jenis Moris Gajah..besar sesangat......
Nie adalah booth kawan kak aku....depa juai Serbuk dadih yang mudah sangat nak guna...bancuh ngan air ja... So kalau sapa nak order serbuk dadih nie leh ar call Zulkefli Bin Osman telepon nombor 012-5275064 atau 017-4901539. Alamat depa ialah No.8 Taman Penanti Indah, Penanti, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang....
Singgahan selepas penat berjalan di Ekspo tadi..makan di Hussein Nasi Kandar kat Carrefour Seberang Jaya....