Sebelum terlewat aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua kengkawan dan blogger semua.. Maaf Zahir dan Batin... Sibuk betoi aku bila raya nie ya la akak, abang, adik beradik, sedara mara, anak buah semua ada..penat tapi heppy... Raya ke 3 ja sempat nak g beraya rumah sedara mara nie hari lain sibuk ja dengan kedatangan sedara mara...Raya ke 3 kami plan pi rumah Mak Long Balik Pulau tu pun sebab mak tingin sangat nak pi sana tengok sedara mara dan tok teh yang dah mula jadi pelupa, cian tok teh.....Pa lagi awal-awal pagi kami dah kuar rumah takut bila kuar lambat nanti mesti ada saudara mara yang datang... Selepas melawat tok teh dan Mak Long kat Sungai Burung pa lagi alang-alang dah sampai kat Balik Pulau pa lagi terasa nak makan laksa pokok janggus tapi malang dan terus terliur la coz kedai tu tutup lagi..so kami dengan kesedihan meneruskan perjalanan ke Pulau Betong nak cari ikan tapi sebelum sampai kat situ nampak kedai makcik kt simpang nak ke Pulau Betong....nie ha....
Nie ikah poyo yang dah sampai menjilat sudu dia coz laksa tu sedap katanya...tak dapat makan laksa pokok janggus laksa tepi simpang nie pun jadilah ikah poyo nie kata, hehee...sedap sangat la tu....
Nie ha gambar mak cik yang berniaga kat simpang nie...ntah tak sempat nak tanya mak cik nama pa pun..mungkin coz lapar sangat so kami terus capai mangkuk laksa mak cik nie...Mak cik nie kerja dia buh mangkuk kecik atas meja nie ja yang lain semua kena wat sendiri..ambik mangkuk buh laksa sendiri, kuah sendiri sampai nak buh sayur-sayur untuk laksa pun kena buh sendiri...nama pun Self service so semua wat sendiri la..nak buh banyak pun tak leh coz mangkuk kecik sangat sesuai la ngan harganya RM 1 ja semangkuk...sedap jugak.....leh la klu nak try senang ja nampak kedai mak cik nie..ramai jugak singgah mungkin sebab laksa pokok janggus yang famos tu tak buka kedai lagi mungkin masih beraya lagi kot....
Selepas tu kami singgah la ke tempat seterusnya tempat orang naikkan ikan di Pulau Betong......Ikan banyak jugak tapi harganya lebih mahal la dari tempat kami di Bukit Mertajam so kami tengok ja la..Mak ngan akak pun tengok ja macam tak minat pun....Tengok muka orang kat atas nie, semua tengok ja..nak beli pun fikir 10 kali ka, hahahaa...........
Penat berjalan pas tu rest jap kat Batu Feringhi untuk ambik angin sebelum ke Masjid Terapung untuk menunaikan sembahyang asar dan magrib.....dapat makan rojak kat situ.....
Cantik tak Masjid Terapung Tanjung Bungah nie....Masjid nie baru ja lagi didirikan selepas kejadian Tsunami kat Penang nie....jom sembahyang dulu....
Selepas menunaikan sembahyang asar dan magrib kat Masjid Terapung, kami pun meneruskan perjalanan untuk pulang..Kami pun plan nak nek feri ja coz bawa si Hafizudin yang tingin sangat nak nek feri so ikut kan ja la walaupun jem ja nak ke sana....Di atas feri kami plan nak makan Char Keteow lak..So teruskan perjalanan kami ke Bandar Baru Perda lak untuk pekena Char Keteow kat situ...Kat atas gambar Char Keteow kat bandar baru Perda nie...gelap la pulak so tak nampak la 3ekor udang dalam keteow tu..hehehee.....Sedap jugak tapi service lambat cket coz sorang ja yang mengoreng tapi bila dah kami nak habis makan baru la kawan dia yang sorang lagi datang untuk membantu...orang pun ramai...tempat nie dekat ja dengan kedai 7 eleven Bandar baru perda..Area Maybank tu ja.....
Licin pinggan aku ngan pinggan yang lain-lain..Sedap bebbbb...leh try la.....tapi keteow cket la pulak tak cukup rasanya....Si Hafizudin nie pun leh habiskan sepinggan licin jugak dia pun.
Lepas makan Char Keteow, akak aku yang puncak alam tu tingin lak nak makan Nasi Kandar lak so singgah pulak kat Kapitan nie pulak untuk membeli Nasi Kandar lak..Aduh...kerja makan ja kami malam nie..dari siang sampai ke malam kerja kami makan ja la.....nie semua untuk akak dan anak-anak dia yang duk puncak alam nie sekali sekala balik Penang semua depa nak bedai la..untung jugak aku nie duk Penang macam-macam makanan ada, hehehee.........