Pages

MaSYgHuL (SuKa DuKa) HaTiKu.........

HiDuPku........PeRjaLaNaNku.........DeStinAsiku......

Muqaddimah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم (Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm)

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

My Life......Hidupku
My Journey......Perjalananku
My Destinations..........Destinasiku

Sedihku sakitku ku terima,Ku rela ku pasrah jalanku,Ini suratan aku dicuba,Demi rahmat-Mu ku memohon

Kenapa susah untuk memaafkan dan kenapa susah lagi untuk melupakannya....

Tuesday, July 31, 2012

BiLa SHiBie diGaNggu tiDoNya...hehee....

               Selepas berbuka posa dengan perut yang kenyang sesangat aku terus seperti biasa menuju ke depan tv untuk tengok ceta..sebelum tengok tv dapat tengok dulu aksi Si Shibie yang kerjanya tido ja 24 jam jaga badan montelnya yang semakin gemok nie..hehee......
           Nie rupanya Si Shibie yang sedang tido lena di atas bantal kusyen sambil memeluk bantai....apa lagi aku pun mencapai handphone dan terus ambik gambar si gemok oren nie..hehee...
                   Bila dengar ja suara aku bercakap ngan akak... Si Shibie nie macam pakai telinga gajah besar... dengar ja orang cakap pasai dia, ehheeee.......mula ar dia buka mata dia tu...macam paham ja orang cakap pasai dia....

                    Bila Si Shibie mula membesarkan bukaan matanya dan mula melihat kat aku..hehee...............


                Last reaksi Si Shibie nie bila dah tengok orang tengah duk memerhatikan dia...pa lagi terus tenung aku dan membaring macam kat atas nie..tanda marah la tu macam la orang nak tangkap dia lak...heheee.............


Wednesday, July 25, 2012

ReZeKi......

Rezeki dari Allah datang lagi..........

                 Alhamdulilah..Ari Sabtu, 21 Julai yang baru lepas nie adalah ulang tahun kelahiran aku yang ke 30 tahun jatuh pada 1 ramadhan 1433...Terima Kasih untuk ucapan dari kengkawan semua...dah masuk 3 series da, apa pun terima ja kenyataan yang masa berlalu ngan pantas...mmmm....bila ek nak kawin, heheee........tahun nie pun selamat jugak wat kenduri nasi lemak untuk kengkawan kat ofis....
                Dalam penantian untuk menjadi Tetamu Allah dalam masa tak sampai sebulan lagi dah nie dan dalam menyiapkan persiapan untuk raya dan umrah  walaupun tak beraya kat rumah dan sesampai di ofis awal pagi terus online maybank2u dan bila check...Alhamdulilah duit APC RM1,000.00 yang ditunggu-tunggu dah masuk akaun da sekali dengan gaji bulanan ari nie..tak lupa ucapan terima kasih untuk Puan K kerana mempercepatkan kemasukan duit APC nie, hehee.....Sesudah berbuka posa terus tengok berita macam biasa..tiba-tiba rezeki lagi da....PM umumkan bonus untuk raya lagi....Alhamdulilah rezeki datang lagi.....Alhamdulilah....

Sunday, July 15, 2012

KuRsUs KaLi ke 3......

               Kursus ari nie adalah kali ketiga aku, akak dan mak hadiri kat Pejabat Andalusia Seberang Jaya...Alhamdulilah majlis start dalam kui 9 pagi oleh Ustaz Shuhaimi...Diantara yang menarik untuk ari nie  dari Ustaz Shuhaimi ialah:-
Adab-adab bagi orang yang hendak mengerjakan umrah
a)Mesti  dengan niat yang suci - sebelum pi Mekah hendaklah wat sembahyang sunat contohnya solat tahajud, taubat, witir dan perbanyakkan doa
b)Hendaklah banyak bertaubat - minta ampun kat Allah dan orang dan lain
c)Hendaklah berwaksiat kepada keluarga
d)Hendaklah dengan perbelanjaan yang halal
e)Bawa bekalan lebih cth duit untuk bagi makan orang yang puasa
f)Perbanyakkan doa dan munajat - doa dan taubat hingga mengalir air mata untuk bersih hati, jiwa dan batin

Adab-adab umrah
a)Bersederhana dalam semua keadaan
b)Bersihkan diri dari sebarang sangkutan dengan keluarga dan sahabat
c)Hilangkan hak milik terhadap binatang liar peliharaanya
d)ucap selamat tinggal kepada sahabat
e)Berusaha bersungguh-sungguh memahami selok belok ibadah umrah
f)Solat sunat musafir - untuk selamat perjalanan
f)utamakan ibadah daripada yang lain bila berada di tanah suci

Ziarah Madinah
a)Bacaan sewaktu masuk ke Kota Madinah
b)Bacaan apabila di Masjid Nabawi
c)Sebelum ke Masjid Nabawi pakailah pakaian yang secantik-cantiknya berserta dengan minyak wangi
d)melangkah dengan kaki kanan dan bacaan doa
   Sunat dilakukan masa masuk masji
   i)Bersatahajud
   ii)Selawat
   iii)Doa masuk masjid
   iv)Niat Iktikaf
e)Beribadat dan berdoa di Raudhah - sembahyang sunat supaya mudah masuk Raudhah dengan pertolongan malaikat
f)Ziarah Maqam Rasulullah dan Sahabat
g)Ziarah Perkuburan Baqi'
h)Ziarah Masjid Quba'
   -terletak 4.8km dari Masjid Nabawi
   -Tempat Nabi Hijrah di Madinah
   - ke empat termasyur
   - solat kat sini dapat 1 umrah cthnya:- sebelum keluar hotel mestilah ada wuduk,
     bertasbih dan zikir dan sembahyang sekurang-kurangnya 2 rakaat di Masjid ini
i)Zirah Bukit Uhud
   -terletak 12km dari Masjid Nabawi
   -sejarah perang uhud dan kisah tentera pemanah
j)Masjid Qiblatain
k)Ziarah Wada'

Selepas tu, Ustaz ajar cara nak pakai Ihram untuk lelaki........macam gambar kat atas nie


               Majlis habis dalam kui 1 petang..pas tu gi ambik beg dari Andalusia nie...sorang 3 beg macam kat bawah nie.....cantik kan.....bila dah dapat semua beg macam dah tak sabar rasanya............Semoga semua berjalan lancar dan selamat....


Wednesday, July 11, 2012

GeMBiRa......

               Alhamdulilah.........rezeki murah lagi untuk tahun nie....Terima Kasih Ya Allah....Gembira datang lagi apabila dicalonkan dan dapat jadi salah seorang pekerja cemerlang untuk tahun lepas tapi kegembiraan terasa pada tahun nie...Insyallah dapat RM1000 tak lama lagi....Alhamdulilah......rezeki.....Majlis untuk pesara dan cemerlang nie diadakan kat salah satu pusat konvensyen kat Seberang Jaya....nasib baik la dekat ngan rumah klu dibuatnya kat Pulau tak dapat la nak pi..hehee........

              Menu kami untuk makan malam kat Majlis nie seperti di atas...ok jugak la....dimulai dengan sup dan menu beratnya nasi dan diakhiri dengan buah-buahan.....

                Alhamdulilah..sonok bila dapat duduk semeja ngan geng-geng jabatan..makan pun tak la malu dan segan sangat....dapat semeja ngan kak ziha, kak fauziah dan kak suryani..yang lain lelaki tapi sejabatan juga la tapi semua sporting......heheee.........Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan sejabatan......Gembiranya rasa tak tau la tahun bila lak ada peluang nak dapat lagi.....hehee........Terima Kasih Ya Allah kegembiraan yang datang untuk Tahun nie satu demi satu..Tak lama lagi dapat seruan jadi Tetamu Agung di Mekah...tak sabar dah rasanya lagi sebulan ja.....