Majlis Fatwa Kebangsaan tetap berpendirian hukum melabur dalam AsB dan AsN termasuk dividen dan bonusnya adalah harus sekali gus berpegang pada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia ke-80 diadakan pada 2008.
Pendirian itu hasil pemantauan dan laporan daripada panel syariah yang dilantik PNB yang dianggotai lima tokoh agama. Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emiritus Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin berkata laporan 6 bulan sekali itu diperoleh sejak 2 tahun lalu sebaik panel syariah dilantik untuk memantau operasi dan aktiviti perniagaan PNB.
Katanya, hasil laporan itu menunjukkan komitmen PNB ke aras menjadikan urus niaga dan aktiviti pelabuaran mereka berlandaskan syariah sepenuhnya. Di samping itu, katanya laporan panel syariah juga menunjukan pelaburan PNB tidak membabitkan urusniaga pelaburan yang diharamkan dalam islam termasuk arak dan judi.
" Hukum melabur dalam AsB dan AsN dibincangkan sejak 2008 dan pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan diambil kira melalui penjelasan PNB, melihat dari sudut maslahat atau kepentingan umat islam dan masyarakat umum serta apa yang dihadapi PNB dalam pelaburan.
0 comments:
Post a Comment