Pages

MaSYgHuL (SuKa DuKa) HaTiKu.........

HiDuPku........PeRjaLaNaNku.........DeStinAsiku......

Muqaddimah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم (Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm)

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

My Life......Hidupku
My Journey......Perjalananku
My Destinations..........Destinasiku

Sedihku sakitku ku terima,Ku rela ku pasrah jalanku,Ini suratan aku dicuba,Demi rahmat-Mu ku memohon

Kenapa susah untuk memaafkan dan kenapa susah lagi untuk melupakannya....

Sunday, June 26, 2011

PaNtAi MeRdEka, TaNjUnG DaWai DaN PuLaU SaYaK..............

                                                          PaNtaI MeRdEkA...

        Hari nie Ahad, 26 Jun 2011 aku bawa Iema kawan aku yang sorang nie, belajar uitm sekali yang datang makan angin kat Penang pi Pantai Merdeka, Tanjung Dawai dan Pulau Sayak...tak sangka lak sempat ketiga-tiga tempat nie dalam masa yang singkat.  Iema lak dah lama cakap nak datang penang, so lama jugak aku berfikir akhirnya dapat jugak plan bawa dia pergi ketiga-tiga tempat nie coz dengar kawan-kawan cakap ok tempat nie so aku pun decide la nak bawa Iema ngn husband dia, pojie n anak dia hazim ke tempat nie tak jauh sangat tapi nampak macam jauh je, hehehee........
          So kami bertolak dari rumah aku kui 3 petang coz tunggu Iema check out hotel kat Penang...Pojie husband Iema jadi driver kami ari nie...Apa lagi ikut plan la melalui Highway, nak ikut jalan kampung tak pandai coz memang nmpak macam susah walaupun kengkawan aku bagi tau jalan mana nak ikut tapi aku prefer ikut highway.  So sesapa yang tingin nak ke Pantai Merdeka boleh la ikut Highway nak ke Alor Setar pas tu masuk ja exit Sungai Petani Selatan....Lepas exit tol nie pa lagi bayar tol la harganya Rm3.60 ja... pas tu ikut ja kiri..jangan risau memang ada signboard..ikut ja signboard tikam batu n pantai merdeka, aku gerenti mesti sampai punya la walaupun pertama kali datang sini..Dari Sungai Petani nak ke Pantai Merdeka dalam 32 KM jugak la....Kami sampai kat Pantai Merdeka dalam pukui 4 lebih, so pa lagi kalut la cari bot nak ke Tanjung Dawai takut tak sempat nanti...

Nie gambar sepanjang Pantai Merdeka..nampak bot yang akan kami naik untuk ke Tanjung Dawai...

Nie gambar aku yang kat tengah...tiba2 lak memisahkan Iema ngan Pojie n Hazim....


                 Lepas naik bot tu dalam 5 minit sampai la..dekat sangat la tapi dapat jugak la aku rasa pengalaman nek bot meredah arus kuat....kami semua keseronokan cuma cian Hazim la takut sangat nasib ditenangkan Pojie....Mak ngan akak aku diam ja, sonok kot.....Harganya pun RM2 ja sehala....

Nie ha..rupa ketiga-tiga wanita ..akak aku, mak aku ngan Iema tengah shoping kat atas Arked Tanjung Dawai nie.... Arked nie dekat sangat ngan tempat kami nek bot..jalan kaki ja.....Mak ngan Iema shoping paling banyak la..Iema nak bawa balik ole-ole untuk mak ngn mak mertua dia lagi.....

PuLaU SaYak......
          Pas shoping ikan kering ngan ikan bilis kat tanjung dawai, kami decide untuk meneruskan perjalanan kami ke Pulau Sayak tak sempat nak rest kat Pantai merdeka takut tak cukup masa coz dah nak malam....Pulau Sayak lak tak jauh dari Pantai Merdeka tu, ikut signboard jugak dari Pantai Merdeka... Bila sampai kat Pulau Sayak kiri kanan ada pokok petai apa lagi mak suka la tengok..dah Sampai kt Pulau Sayak tu tengok banyak kedai makan mee udang.. so tak tau yang mana sedap, tengok ramai n banyak ja kereta apa lagi kami pun stop la kat situ..
Nie ha....tempat yang kami nampak banyak orang n kereta..pa lagi singgah la.....

Nie rupanya Mee Goreng Udang Besar yang diorder untuk mak aku...Mak memang peminat Mee Goreng la

Nie aku punya Mee Kuah Udang besar yang diorder dan dikongsi ngan akak....sedap tapi mee dia agak kembang la...
         Apa pun memang sedap la Mee goreng udang nie n harganya RM8.00 coz pakai udang besar klu udang kecik harganya RM7.00 ja....Memang sedap n power la tapi Mee goreng dia la paling power..Mee Kuah dia kurang cket coz mee kembang cket la coz aku kurang minat mee yang kembang sangat, hehhehe........Klu yang suka memang sesuai untuk mengunjungi n merasa sendiri kesedapan mee depa nie....fuh...........try la..............

Sunday, June 19, 2011

MaJLiS FaTwA MuKtaMad PeLaBuRaN AsN, AsB HaRuS.............

Info daripada Berita Harian bertarikh 16 Jun 2011 (Khamis)

            Majlis Fatwa Kebangsaan tetap berpendirian hukum melabur dalam AsB dan AsN termasuk dividen dan bonusnya adalah harus sekali gus berpegang pada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia ke-80 diadakan pada 2008.
            Pendirian itu hasil pemantauan dan laporan daripada panel syariah yang dilantik PNB yang dianggotai lima tokoh agama. Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emiritus Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin berkata laporan 6 bulan sekali itu diperoleh sejak 2 tahun lalu sebaik panel syariah dilantik untuk memantau operasi dan aktiviti perniagaan PNB.
           Katanya, hasil laporan itu menunjukkan komitmen PNB ke aras menjadikan urus niaga dan aktiviti pelabuaran mereka berlandaskan syariah sepenuhnya. Di samping itu, katanya laporan panel syariah juga menunjukan pelaburan PNB tidak membabitkan urusniaga pelaburan yang diharamkan dalam islam termasuk arak dan judi.
            " Hukum melabur dalam AsB dan AsN dibincangkan sejak 2008 dan pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan diambil kira melalui penjelasan PNB, melihat dari sudut maslahat atau kepentingan umat islam dan masyarakat umum serta apa yang dihadapi PNB dalam pelaburan.
            " Selepas mempertimbangkan perkara ini, kita minta PNB melantik panel syariah dan hasil laporan dikemukakan 6 bulan sekali, kita bersetuju hukumnya HARUS melabur dalam ASb dan AsN, " katanya.

Saturday, June 4, 2011

MeNjAmU SeLeRa di PuNcAk MuTiAra...............

                Makan Free......Memandangkan adik Fitri dah confirm nak pi Amerika bulan nie cuma lum confirm tarikh untuk ke sana, dia pun belanja la kami sekeluarga termasuk keluarga akak dan abang cuma yang tak dak akak yang kedua....Adik belanja kami kat Puncak Mutiara Cafe Kampung Pelet, Kubang Semang Hari Jumaat malam sabtu.....Kami sampai dalam pukul 8 lebih malam...Bila kami sampai semua tempat yang special semua dah ditempah habis tinggai tempat yang tak menarik ja ada..terpaksa la jugak coz kami tak wat reservation awal...untuk kengkawan yang nak p makan kat sana dan nak tempat yang best jangan lupa wat booking tempat awai2...Klu nak lebih info leh la layari website Puncak Mutiara cafe nie di http://www.puncakmutiara.com/.
                Nie bukan pertama kali kami ke sini, aku rasa dah banyak kali aku datang sini tapi kedatangan kami ke sini semula tak mendukacitakan seperti dulu....banyak penambahan dan perubahan yang dilakukan oleh pemilik restoran nie....binatang yang ada still sama....service makin bagus coz ramai pekerja n ramah tamah lak tu..ada yang senyum dan suruh kami datang lagi so kami semua gembira n tersenyum bila dapat layanan yang macam tu...walaupun ramai, makanan yang diorder cepat jugak sampai....pekerja yang agak muda tapi layanan yang bagus.....
               Memandangkan ada orang nak belanja malam nie, pa lagi...aku ngan akak pesan la makanan yang teringin kami nak rasa antaranya ostrich, arnab, ikan masak kheongsom, kambing grill n tomyam campur...

Depan Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet

Aku, abang yang ke3 (yusri) dan si kecik Hanif , kak Ijah n Nina...........

Akhirnya .....Semua tinggai pinggan ja


Hafizudin..Bakal Ustaz baca doa..hehehe.....


 


ABC Puncak Mutiara



 
Perjalanan Pulang..........

2 orang Ultraman Mebius yang menghiburkan kami.......

Last sekali..gambar orang yang nk g Amerika nie...Terima Kasih untuk makan malam yang free untuk malam nie...Kami semua berdoa...Pak Su akan berjaya dan terus berjaya....Jangan sedih2 kena posa dan raya kat tempat orang.....kami Semua mendoakan yang terbaik dan semoga pak su bergembira dan belajar pa yang patut kat Amerika tu.............Good Luck