Memandangkan Tarif Elektrik yang baru akan berkuatkuasa mulai 1 Jun 2011, aku bagi info kat kengkawan semua panduan penjimatan elektrik. Info nie aku dapat dari Berita Harian bertarikh 31 Mei 2011........
PANDUAN PENJIMATAN ELEKTRIK
- Padam semua lampu bilik atau ruang yang ada di rumah sekiranya tiada sesiapa di situ
- Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan dan seeloknya jangan dibiarkan dalam mode 'standby'
- Gunakan kipas angin (kipas dinding atau kipas berdiri) dan elakkan penggunaan penyaman udara dan gunakan jika perlu saja.
- Gunakan satu mentol lampu bersaiz besar jika memerlukan lebih pencahayaan berbanding menggunakan mentol bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya.
- Mendidik ahli keluarga supaya sentiasa beringat untuk menutup suis lampu, kipas atau alatan lain selepas mengunakannya atau jika tidak menggunakannya
- Pasang lampu di luar rumah jika perlu saja seperti menunggu kedatangan tetamu, menyambut perayaan atau ketika mengadakan majlis atau kenduri
- Pastikan pintu peti ais ditutup rapat selepas digunakan
- Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya 'freezer' peti ais anda kosong letakkan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu saja
- Elakkan menyimpan makanan yang panas atau yang baru dimasak dalam peti ais
- Seterika pakaian seminggu sekali
- Jangan terlalu kerap buka tutup peti sejuk
Selain itu.................
Sumber : Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
1. Cuci Pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang betul.
2. Keluarkan palam bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, Tv dan Vcr mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya ditutup.
3. Pastikan label "Energy Star"pada peralatan cekap tenaga dan buatan malaysia yang dikeluarkan oleh suruhanjaya tenaga.
4. Jika peralatan elektrik melebihi10-15 tahun. Praktiskan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.
5. Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak dan letakan periuk atau kuali mengikut saiz pembakar.
6. Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan
0 comments:
Post a Comment