Pages

MaSYgHuL (SuKa DuKa) HaTiKu.........

HiDuPku........PeRjaLaNaNku.........DeStinAsiku......

Muqaddimah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم (Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm)

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

My Life......Hidupku
My Journey......Perjalananku
My Destinations..........Destinasiku

Sedihku sakitku ku terima,Ku rela ku pasrah jalanku,Ini suratan aku dicuba,Demi rahmat-Mu ku memohon

Kenapa susah untuk memaafkan dan kenapa susah lagi untuk melupakannya....

Wednesday, March 2, 2011

SHiBie DaH MaNdUL.........

Petang selepas balik kerja, aku ngan akak pi ambik Shibie kat Klinik Hazlim Seberang Jaya selapas 4 hari 3 malam Shibie bermalam kat Klinik tu....Cian Shibie diam ja pas dibawa pulang ke rumah, bila sampai rumah Shibie terus pi tempat makan dia, lapar sungguh dia..ne mesti doktor dan pekerja dia tak kasi Shibie makan...hehehhee.......Shibie dah tak banyak bergerak seperti biasa.... Kos nak mandulkan Shibie ne RM150.00 sekali dengan ubat gatal, antibiotik dan bengkak. Staff klinik tu kata jangan bagi Shibie makan ayam dan makanan yang boleh menyebabkan gatal....Selepas 2 minggu Shibie perlu dibawa kembali ke Klinik untuk dibuang Jahitan tu....

Gambar Shibie sebelum di buat pembedahan........


Shibie dah dibedah....dibuang rahim dia...pas ne Shibie dah mandul.......


Ubat Gatal


Antibiotik



Ubat Bengkak
Selepas 3 minggu Shibie dimandulkan baru kami bawa dia pi jumpa doktor Hazlim semula....Masa dia lepas dimandulkan doktor suruh bawa pi kembali ke klinik selepas 2 minggu.  Memandangkan aku ngan akak agak buzy walaupun ari minggu so terpaksa bawa dia pi buang jahitan tu selepas 3 minggu tapi apa pun alhamdulilah la semuanya berjalan lancar dan jahitan tu pun tak jadi apa-apa.  Doktor Hazlim pun buang jahitan tu dengan senang sekali.  Nasib baik la tak jadi apa-apa kat jahitan tu, risau jugak coz bawa Shibie pi klinik lambat dari tarikh yang doktor bagi.... apa pun tak susah sangat la nak jaga kucing yang dimandulkan nie..cuma jangan bagi makan macam2 cuma bagi makan biskut kering dia ja....pas tu kurung dia supaya dia boleh berehat sepenuhnya dan jangan campur dengan kucing lain.....yang penting jangan bagi dia makan makanan yang gatal contoh ayam..


Harus kasi kucing-

Petikan dari Harian mETRO, Selasa 10 Mei 2011.. sOAL JaWAB AGAMA...dR MASHITAH Jawab...

soalan...
APAKAH hukumnya jika saya berhajat mengkasi kucing saya memandangkan ia kerap beranak iaitu tiga kali setahun. Adakah perbuatan itu berdosa?
Saya beberapa kali membatalkan hasrat untuk berbuat demikian kerana khuatir perkara itu dilarang dalam Islam dan kemungkinan ia dianggap menganiaya haiwan.


SYAZWANI
Kota Bharu


Jawap Dr Mashitah.....
Jakim mengeluarkan satu ketetapan pada 2002 yang menyebut bahawa mengembiri (kasi atau memandulkan) haiwan kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah harus dengan sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.


Justeru, bagi menjaga maslahat kucing agar anaknya tidak terbiar serta menjaga kesihatan kucing itu, adalah harus berbuat demikian.

2 comments:

GreeNapLLeLoveR said...

salam

Kucing awak alergik pada ayam eh? awak bagi makan apa yer tukar dia punye makanan?

Nor Ainun Mansor said...

oooo...tak alergik ayam....pas di mandulkan doktor kata jgn bg mkn ayam ja wat sementara waktu smpai jahitan tu sembuh takut gatal kt jahitan tu...tapi sekarang dia mkn ayam mcm biasa...ayam favourite shibie...

Post a Comment