Pages

MaSYgHuL (SuKa DuKa) HaTiKu.........

HiDuPku........PeRjaLaNaNku.........DeStinAsiku......

Muqaddimah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم (Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm)

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

My Life......Hidupku
My Journey......Perjalananku
My Destinations..........Destinasiku

Sedihku sakitku ku terima,Ku rela ku pasrah jalanku,Ini suratan aku dicuba,Demi rahmat-Mu ku memohon

Kenapa susah untuk memaafkan dan kenapa susah lagi untuk melupakannya....

Friday, August 10, 2012

PeNaNTiaN SeBaGai TeTaMu ALLaH......

                 Alhamdulilah......Seminggu ja lagi nak jadi tetamu agung kepada Allah....macam-macam rasa sama macam orang nak kawin la pulak tapi untuk menjadi tetamu Allah nie lain pulak rasanya...kekadang terfikir adakah aku dah menyediakan cukup bekalan dalam dada untuk ke sana...adakah persiapan yang dibuat mencukupi untuk ke sana...Persediaan demi persediaan telah dibuat...Persiapan untuk raya pun dah buat..pertukaran duit raya dah pun ready, biskut raya pun dah buat dalam tak nak buat tapi dah siap 4 jenis dah pun...hehee.........
                 Pertukaran duit Arab Saudi iaitu Riyal dah pun dibuat...pertama kali survey kat Money Changer pun memeningkan kepala...semua tempat harganya berbeza-beza...mmmm....untuk pertukaran Egypt Pound lagi aku pening, so tak wat pun pertukaran ke Egypt Pound..mungkin tukar kat Mekah or Madinah ja ar nanti...baju-baju dan barang-barang keperluan telah siap sedia masuk beg...apa pun tunggu masa ja nak pi sana...heheee......kepala pun penuh dengan doa-doa dan pesanan orang-orang kat sini...Berharap sangat pada diri aku sendiri semoga aku dapat membawa semua itu dan semoga aku diberi kesihatan dan ingatan yang kuat untuk membawa semua tu....Semoga doa anda semua dan doa diri aku sendiri akan dimakbulkan dan diperkenankan oleh Allah....Insyaalah anda semua akan mendapat seruan jugak suatu hari nanti......Amin
                Apa pun berharap sangat dan yang sentiasa ada di dalam doa kami sekeluarga ialah semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan kami untuk ke sana....Semoga kami dapat umrah yang Mabrur, diberkati dan diredhai Allah..Amin...untuk kengkawan yang nak tau pengalaman aku kat sana sebagai Tetamu Allah jangan lupa k nanti tengok catatan aku setelah pulang nanti..