Menghabiskan cuti krismas tahun nie ngan berjalan-jalan sambil makan kenduri di Jitra.... Sebelum ke Jitra makan kenduri dulu kat Padang Serai. Kenduri kat sini kami dapat makan gulai batang pisang....memang best....hehehe.......
Selepas settle semua kenduri di Padang Serai dan Jitra, sambil perjalanan untuk pulang ke rumah singgah jap kat Laksa Zakaria Teluk Kechai kat Kuala Kedah tapi sedih n malangnya kedai tu dah tutup coz habis laksa semuanya sampai tak dak tingai sikit pun untuk kami..adoi...dah nasib...Dalam kesedihan hati pulang ke Penang terubat jugak coz dapat makan Char Koay Teow Sungai Dua...
Bila sampai kat Char Koay Teow yang glamour giler kat Sungai Dua...sepanjang jalan kiri dan kanan dipenuhi dengan kereta so terpaksa parking jauh...sederet kawasan nie banyak kedai makan yang best...... rasanya dah banyak kali jugak datang sini.. yang datang dari jauh pun kalau datang ke Penang leh ar try rasa Char Koay Teow Sungai Dua nie...mudah ja nak cari dia....kuar simpang permatang pauh or sungai dua nanti jumpa la...nampak banyak kereta dan orang kat situ la kedai nya..selepas kedai char koay teow nie ada jgk pak ngah mee udang..kedai makan western....
Kat atas nie rupanya Char Koay Teow Sungai Dua nie...kalau saiz kecik biasa punya ada 3 ekor udang untuk di makan..hehehee.......apa pun memang best.......
Selain settle kenduri, kami sekeluarga jugak terpaksa melayan kerenah dan keinginan hati seorang wanita yang sedang sarat mengandung dan mengidam macam-macam..adoi..jenuh melayan nafsu makan akak aku sorang nie.....laksa Kuala Kedai tu pun coz dia nak makan jugak la tu.... sedih dia tak dapat makan...
Kat atas nie rupanya burung merpati yang telah dicabut bulunya...nie pun ikut keinginan akak aku tu la..adoi...jenuh duk mencari burung merpati nie.....rasanya kalau tak jumpa terpaksa la kami sekeluarga pi tangkap burung merpati liar di jalanan.........
Kat atas nie rupanya daging burung merpati...........
Kat atas nie rupanya lauk daging merpati yang telah di masak oleh ibu tersayang...memang sedap masakan ibu........isi burung merpati nie pun macam ayam kampung jugak la ada liatnya jugak....hehehe..........
Selain memenuhi keinginan dia nak makan daging burung merpati kat atas nie lak isi hati pari...nie pun sebab melayan keinginan dia...adoi...tak sedap pun rasa hati pari nie.....rasa sikit boleh la....banyak-banyak jadi muak la..........
Kat atas nie rupanya gulai batang pisang..habis akak aku bedai semangkuk.........mulanya kat rumah kenduri kat Padang Serai tu depa tak kuarkan gulai nie, depa bagi gulai daging ngn kacang panjang.....pas tu pa lagi nampak kesedihan di wajah akak aku tu..so akak aku yang sorang lagi tu terpaksa la minta kat kawan dia tu..nasib la ada dalam rumah.....kalau tak adoi.........jenuh mencari la kami sekeluarga pulak batang pisang.............