Hari nie aku pergi satu Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Basri Bin Abdullah daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM). Di bawah nie aku highlighkan untuk semua.. Ceramah yang memuatkan matlamat dalam berkeluarga dan kerjaya...Surah kat bawah nie ialah surah al-baqarah ayat 261 yang menyatakan bahawa sepatutnya kita membelanjakan duit ke jalan Allah...
Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Ciri-Ciri Keluarga Bahagia
1. Isteri yang solehah
2. Suami yang soleh
3. Anak-anak yang soleh dan solehah
4. Jiran tetangga yang baik
Ayat-ayat untuk keluarga bahagia - Surah al-fajr ayat 27 hingga 30
Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal salih akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! -
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia -
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!"
Antara pengisian rohani
1. Menuntut Ilmu
2. Sentiasa bersyukur - Surah ibrahim ayat 7
Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
3. Beramal Jariah
4. Sedekah
5. Niat kerana Allah