Pages

MaSYgHuL (SuKa DuKa) HaTiKu.........

HiDuPku........PeRjaLaNaNku.........DeStinAsiku......

Muqaddimah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم (Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm)

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

My Life......Hidupku
My Journey......Perjalananku
My Destinations..........Destinasiku

Sedihku sakitku ku terima,Ku rela ku pasrah jalanku,Ini suratan aku dicuba,Demi rahmat-Mu ku memohon

Kenapa susah untuk memaafkan dan kenapa susah lagi untuk melupakannya....

Monday, January 2, 2012

MaKaN AnGiN PeNuTuP 2011


                   Selamat Tahun Baru 2012 buat kengkawan dan blogger semua....Apa azam tahun baru 2012 nie ek...ntah la azam dah lama pergi dalam hidupku tinggai harapan ja kot..harapan aku tahun baru nie, moga-moga dapat bawa mak aku pi Umrah tahun nie....Sebelum penutup tahun 2011, aku ngn akak pi rumah akak aku yang kat Puncak Alam coz dia dah duk rumah baru kat Shah Alam 2 tak jauh pun dari rumah lama dia pun.  Rumah baru nie lebih luas dan cantik tapi mahai jugak la..sebelum pi sana plan nak pi tengok pertandingan kucing kat SACC Mall dan Icity Shah Alam tapi keduanya tingai plan ja tempat lain yang kami pi.  Pi rumah akak pada hari Sabtu 17hb Disember 2011..cian kami dah lama tak gi sana sampai tersesat jugak la cari Exit Rawang Selatan, leh lak terlepas sampai ke jejantas Sungai Buloh, kecewa betoi macam mana leh terlepas dan tak jumpa pun exit yang tulis Rawang Selatan...aduh..sedih tul....apa pun kami sampai dengan selamatnya ikut exit Shah Alam walaupun jauh sampai jugak kami ke Puncak Alam nie... Bila sampai tengok rumah baru akak yang luas dan sangat cantik.....Seronok ja kak dan anak-anak dia tengok kami....

MeLaKa.....

                Pada hari Ahad, 18hb disember 2011 awal-awal lagi kami bertolak ke Melaka seperti pa yang kami rancangkan sebelum kami ke rumah akak kat Puncak Alam...Hotel pun dah tempah...Sampainya kami kat Melaka nie coz ikut keinginan akak Nurul aku nie yang tingin sangat nak pi Jonker Walk...So ikutkan ja la....punya la search dan survey hotel yang dekat ngan Jonker Walk so kami pun ikut satu blog nie yang menyatakan dari hotel nie jalan kaki ja nak ke jonker walk dan dataran pahlawan....



              Sebelum mencari hotel yang kami dah booking kami singgah dulu kat Muzium Lebah Sedunia....Muzium nie tak jauh dari Plaza Tol Air Keroh..kuar ja tol tu nanti jumpa la muzium nie..papan tanda pun ada....senang ja nak cari...kat sini banyak pameran tentang lebah...Madu Lebah pun ada juai....harga pun boleh tahan jugak la...ada madu untuk kurangkan kolesterol la untuk bagi anak pintar la macam-macam ada.......Kat sini aku beli madu untuk kurangkan kolesterol, selepas habis tengok lebah kami terus mencari hotel yang kami dah tempah...



  Nie ha hotel yang menjadi pilihan kami.....so kalau ada yang tingin nak duk hotel nie seperti gambar kat atas nie leh ar try search blog nie http://hotelmesramelaka.blogspot.com/.  Walau tak secantik mana hotel nie tapi berbaloi la dengan harganya dan tempat letaknya hotel nie....Hotel nie pun kami ambik coz dekat dengan Dataran Pahlawan dan Jonker Walk..Dari hotel nie memang dekat sangat dengan Dataran Pahlawan tapi nak pi Jonker Walk ni jauh jugak la kat 1 KM jugak la tapi kedua tempat nie leh jalan kaki ja dari hotel nie memang puas ati la puas lagi la hati akak nurul aku tu dapat gi Jonker Walk seperti yang diimpikannya tu..kami tido kat hotel nie satu malam ja coz memang nak gi Jonker Walk ja impian dia ke Melaka kali nie...nie kali pertama duk hotel budget kat Melaka nie coz sebelum nie pi mesti ambik apartment coz kami pi ramai..kali ni kami pi dekat 10 orang so ambik 2 bilik..bilik kat hotel nie tak la besar mana pun tapi yang penting semua leh dapat katil sorang satu, heheee......so tak yah bawa toto lagi.. tengok katil seperti gambar kat atas tu..banyak kan...ada 5 katil semuanya untuk satu bilik...ruang santai ja kecil tapi tak pa la untuk satu malam ja lagi pun harganya RM150 ja satu bilik....Hotel nie pun dekat ja dengan kedai makan dan deretan kedai-kedai yang lain...senang dan mudah nak cari pa pun....
            Dalam kui 5 lebih macam tu kami pun bertolak ke tempat favourite kami bila ke Melaka iaitu Restoran makan Ikan Bakar Parameswara di Umbai..fuh..memang tempat yang tak pernah terlepas bila kami ke Melaka setiap tahun..memang best la Restoran nie dari kedai yang lain..dari kedai makan yang kecil kali nie kami pi tempat duduk dia jadi semakin banyak dan ditambah lagi kat belakang kedai tu dengan tempat masaknya semakin besar dan ramai kerja..mungkin jugak pelanggan makin suka ke Restoran Ikan Bakar Parameswara nie....kali nie pun tak mengecewakan..walaupun masih awal petang tapi orang ramai jugak kalau pi waktu malam lagi la ramai dan susah nak cari tempat duduk jugak pun...

IkAN BaKaR PaRaMesWaRa, UmBaI

 

 Dalam kui 5 lebih macam tu kami pun bertolak ke tempat favourite kami bila ke Melaka iaitu Restoran makan Ikan Bakar Parameswara di Umbai..fuh..memang tempat yang tak pernah terlepas bila kami ke Melaka setiap tahun..memang best la Restoran nie dari kedai yang lain..dari kedai makan yang kecil kali nie kami pi tempat duduk dia jadi semakin banyak dan ditambah lagi kat belakang kedai tu dengan tempat masaknya semakin besar dan ramai kerja..mungkin jugak pelanggan makin suka ke Restoran Ikan Bakar Parameswara nie....kali nie pun tak mengecewakan..walaupun masih awal petang tapi orang ramai jugak kalau pi waktu malam lagi la ramai dan susah nak cari tempat duduk jugak pun...

                  Atas nie di antara makanan yang kami order..fuh memang kenyang dan harga pun berpatutan....Lepas semua  dah kenyang balik ke hotel dan pas magrib kami pun memulakan perjalanan kami ke tempat yang kami plan mula-mula nak pi iaitu Jonker Walk.....

JoNkEr WaLk

               Kat atas nie gambar kat  Jonker Walk...perjalanan dengan menggunakan kaki ke Jonker Walk nie ada la makan masa kat sejam jugak la dalam 1KM jugak la dari hotel yang kami duduk nie...di tambah jalan dengan mak dan kakak ku yang kekadang terpaksa berhenti sekejap untuk hilangkan letih....rasanya hujung minggu ja kot ada pasar malam kat Jonker Walk..memang banyak jualan macam kat pasar malam jugak la tambah lagi kedai-kedai yang terletak berhampiran dengan pasar malam nie jugak turut dibuka dengan pelbagai jenis barang jualan ada..tapi yang sedihnya penjualnya semua cina so tak dapat nak rasa semua jualan kat sana..macam-macam ada dengan keadaan cuaca yang sejuk kerana hujan renyai-renyai sangat best berjalan waktu malam nie....

MeLaKa RiVeR CruIse

              Last day kat Melaka sebelum balik ke Puncak Alam kami mengambil kesempatan hari terakhir di Melaka untuk menaiki Melaka River Cruise nie...Memang menarik dapat naik Melaka River Cruise nie.. pelayaran yang  sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit... kalau naik dapat la  menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia. Memang best..tiket pun RM 10.00 untuk dewasa berbaloi ar jugak kat tempat lain tak dak...

MaSjId TeNgKeRa


               Selepas naik Melaka River Cruise kami singgah ke Masjid Tengkera kat Melaka jugak untuk menunaika sembahyang zohor...Makan Angin..Makan Angin jugak tapi jangan lupa ye kengkawan solat 5 waktu wajib tu........Masjid ini merupakan masjid lama yang terletak di Jalan Tengkera yang berdekatan dekat Jalan Gajah Berang. Masjid ini telah dibina pada tahun 1728 dan merupakan masjid bersejarah pertama kerana dibina pada zaman pemerintahan Belanda. Masjid ini juga merupakan masjid kedua tertua di Melaka selepas Masjid Peringgit.



                Kat sebelah Masjid Tengkera tu ada kedai makan yang menjuai kuey teow sup dan popia..ramai betoi orang kat situ..popia pun habis dah nasib masa aku adalah di saat popia tu dah nak habis..aduh..nasib dapat rasa jugak popia tu, akak kata sedap dan memang sedap pun..keteow sup dia pun sedap........tak tau la kedai nie nama pa tapi memang kat Masjid Tengkera, so cari ja Masjid Tengkera so leh jumpa kedai makan nie.......


     
            Kat atas nie gambar belangkas...nie abang aku dapat masa memancing kat Pantai Puteri..Sambil berkelah dan mandi manda kat Pantai Puteri nie sambil la abang aku mancing kat situ...so dapat la belangkas sepasang tapi kami lepaskan yang banyak telur yang seekor lagi dilepaskan semula ke laut untuk mencari teman baru, heheee......sedap jugak isinya......apa pun kena rebus dulu......isi dia macam isi ketam jugak la...nie first time aku rasa isi belangkas.... 
BeRcUti di CoRaL FiShiNg ChALet, LuMuT
 

              Selepas percutian di Melaka, kami mengambil keputusan untuk meneruskan percutian kami di Lumut lak..nie memang tempat yang selalu kami sekeluarga pi iaitu kat Coral Fishing Chalet.Kami memandu dari Jeram, Kuala Selangor ke Teluk Intan dan terus ikut signboard sampai la ke Lumut....aku pun dah tak ingat berapa kali kami sekeluarga pi tapi memang dah banyak kali tak terkira rasanya coz abang ipar dan anak-anak dia minat sungguh la Chalet nie coz dekat ngan tepi laut so senang dan mudah untuk memancing.....ikan kerapu ja banyak coz tepi-tepi nie tempat ikan kerapu singgah..kat atas nie adik aku, Fitri dapat ikan apa ntah..mak kata ikan lembu kot ntah la betoi ka tak tapi bila wat goreng sedap jugak..aku lak bergambar ngan ikan kerapu besar yang ikah dapat..heheee......aku mancing jugak tapi tak dapat pun dapat bergambar pun jadi la kan..abang ipar aku lak dapat sotong....Dua malam kami bermalam dan memancing kat sana..puas sesangat walaupun ikan kerapu ja banyak yang dapat..hehee....Nie la makan angin terakhir aku untuk 2011..tahun 2012 nak pi mana lak ye..Semoga tercapai hasrat nak bawa mak pi umrah..Insyallah.....